Sunday, January 07, 2007

projek wasaii



Gambar di atas adalah, dari kiri: bos,pengurus,biskut muka,dan aku.

Esok sekolah. Aku tak pernah memanggil universiti itu uni atau kampus. Selama hidup, aku hanya pergi sekolah, dan esok sekolah akan bermula. Maka, selamat tinggal terpaksa aku ucapkan kepada pencarian lagu, pengasasan idea, pemetikan gitar, latihan vokal, dubbing, dan pelancaran lagu. Oh, bukan semata-mata asbab aku dan rakan artis nak ke sekolah. Tapi asbab kami akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan perlulah kami utamakan kerana kami tahu bahawa pendidikan itu penting, kerana bidang seni bukanlah jalan utama dalam hidup kami. Dengan izin Allah kalau kami kantoi, kami hanyalah boleh menjadi penyanyi bilik air secara tetap, atau penyanyi peribadi suami-suami kami [kalau berjaya dipinang], atau mungkin darjat yang paling tinggi untuk dicapai adalah menjadi penyanyi latar.

Tapi, secara kasar boleh dikatakan banyak program yang telah disusun oleh bos untuk kami. Antara minit mesyuarat yang sudah berapa kali aku tak hadiri, tapi aku ketahui melalui biskut muka adalah:

1. rakaman lagu baru
2. penghasilan video klip untuk lagu rakaman
3. usaha untuk lagu duet

Bos, aku harap kau boleh berlatih gitar sementelaah ketiadaan kami. Kemudian, bila kami punya bara-bara semangat dan perut yang tiada makanan [supaya boleh pakai suara perut] bolehlah kami menyanyi semahu hati kami. Dan aku amat memandang ke hadapan kepadanya [looking forward to it].

Sekian untuk masa ini. Doakan kejayaan kami. Oh, aku akan masih menitipkan jari hantu ku yang cacat ini ke badan papan kunci [keyboard] dari masa ke masa, mengikut tahap kebosanan aku. Selamat!

7 comments:

Anonymous said...

dalam kontek skolah kau adalah sama aku..akupon panggey uni aku skolah..hospital pon skolah kalo aku belaja situ ehhehe

malahan adakah prognosis aku lebey terok dari korang? keranasanya aku x de kemahiran menyanyi..maka apakah yg boleh aku lakukan?sigh

maka aku berdoa kehadrat ilahi supaya kau aku dan dia lulus dengan cemerlang..ameen

bukan tu sajer..moga kita sumer dilimpahi cahaya keimanan

Ameen lagik

Minci said...

wow.. I am lyke so sexy mexy in the picture...hahaha..
ya betul betul.. harus memberi laluan kpd peperiksaan sblm recording start balik.... boley yer boss?

Anonymous said...

yg first tu paling sexy for the OBVIOUS reason :p

Anonymous said...

erkk..
1st?? sape sape??
me kah??
saye mmg seksi meksi
hehe~

kan dah perasan
la la la~

jetjetsemot said...

hoo..nadchan..ko prognosis da napak da..jadik pengacara majlis kat kenduri kawen..
time kaseh atas doa dikau yg akan aku aminkan skang..AMEEENNN!

ko mmg seksi..malula siket biskot oi..malu la org kampung tgk..

uh..fiza..jgn pasan dolu..mule2 aku nk ltk susunan nme tuh aku,biskut muka,ko..tp aku rele korbankan diri..lgpon tanak dkt2 dgn bos yg men piano[ke?]..tatot!!

Anonymous said...

alaaaaa..
gitu ke cite nye
sedey la camni
sob sob~

jetjetsemot said...

haha..xpela..kan aku da kasik korban..maka ko kne gembire sje.apela..x syuko budak nih..