Tuesday, January 09, 2007

mimpi indah dan asbab gibson



Dua hari lepas, dua hari berturut-turut aku mimpi tak best. Mimpi pertama aku tak berapa ingat. Tapi secara ringkasnya, aku kena belasah dengan perempuan yang aku tak ingat siapa. Mimpi kedua, aku masih boleh bayangkan dalam fikiran. Bagaimana aku sedang berbual dengan seorang rakan. Tentang kehidupan, tentang kasih sayang. Situasinya, aku sedang duduk di tingkap bilik aku di tingkat yang tinggi, dia sedang berbaring atas tembok jejantas yang berada di luar rumah aku. Sedang berbual, dia jatuh dari jejantas, ke atas jalan raya di bawahnya. Wasaaii..! Kesan bunyi [sound effect] mimpi itu memang berjaya mengejutkan aku dari tidur. Orang-orang yang sedang lepak kat tangga jejantas kata dia mati. Kemudian, scene terus berubah kepada bagaimana seorang lagi rakan menyatakan kekesalan tak melayan si mati secara baik semasa hayatnya. Aku terus bangun dan menghafal mimpi ni.

Kenapa aku hafal? Sebab kalau betullah kata biskut muka bahawa bos nak bikin klip video dan kami kena fikirkan jalan cerita [storyline] sendiri, maka aku ada mimpi ini untuk diaplikasikan. Sebab imaginasi aku agak terbatas dan aku tak punya pengalaman hidup yang cukup menarik untuk dijadikan jalan cerita klip video. Mungkin lagu yang sesuai untuk cerita yang di atas adalah 'Ku intai cinta dalam rahsia'. Kalau nak ambil mimpi pertama ubahsuai jadi klip video, lagu yang sesuai apa ya? Oh..aku tak boleh berfikir secara lawak. Sebab aku punya otak mode serius.

Oh, semalam sesi taruhan [bid?] di eBay. Pengurus, ZA nak beli gitar Gibson. Epiphone Les Paul. Bos yakinkan dia. Aku pun yakinkan dia. Tapi rupanya pengurus hatinya lemah. Tenaga batinnya, aku kurang pasti. Aku cakap sikit, dia terus tukar fikiran. Bos cakap sikit, jiwanya melibas ke arah lain pula. Akhir sekali dia taruh juga. Tapi dalam 7-8 saat terakhir. Seorang lelaki, dalam pada masa yang sama membuat taruhan. ZA kalah di tangan dia. Maka aku yang jadi mangsa maki. Aku tak kisah dah. Haha! Hidup mesti terus. Jangan pandang ke belakang lagi.

Ok lah. Sambung belajar. Dengan kuasa Tuhan...bertukar menjadi otak serius!![baca nada Sailormoon] Sekian!

11 comments:

Anonymous said...

huhuhuh
best gak mimpi ko..

aku mimpi duduk dalam bilik penoh ngan kertas jer..mebbe sbb nak ekjemm

whoaaa..beli gitarkah..
bid memang 1,2,3 minit terakhir dgn perbezaan beberapa dollar..dah tentu x de orang kalahkan ko..

percayalah,kerana ianya benar [ikut nada rancangan kanak2 aku x ingat aper]

Minci said...

penat jugak nk bygkan mcm mana org jatuh jejantas dan mati blh jadi vid clip utk 'ku intai cinta dlm rahsia'?

jetjetsemot said...

oh nad..aku percaya [soundtrek Percayalah, ct]..hoo..die tgh dok perhati lg satu gitar..ko doakan la die dpt..mimpi ko cm bes bt videoklip la nad..tajok lagu: kapal terbang kertas..

biskut muka..aku pon xtau nk ltk lgu pe da..otak aku stret sgt la..x bpe nk gile arini..so itu je yg kua..ape lg lgu yg sesuai dgn storyline tuh?kasik idea siket..

Anonymous said...

oii nyanyi woi lagu exist..
aku suka gak..
lagi2 lagu yg ada goreng lempeng lempeng dia angus tuh..ahahahh..
biler korang nak rekod gik

Anonymous said...

erkk..
mane ade aku maki ko
huhuhuhu~

aku tgk je la gitar ty drpd jauh
kalo beli pon
bukan reti nk men
hehe~

konon2 nk sedapkan hati
la la la~


kalo ko wat video klip mcm mimpi tu
sape yg nk jatuh tembok?
kene langgo?

Minci said...

cik pengurus.. belilah gitar tuh.. pastuh blaja.. pastuh makin syok ah kitrg rekod lagu..
pasal ide vid clip tuh.. nanti kita pikir lagi intensif lepas exam ya.. kepala kau tgh serabut skrang.. hehe

jetjetsemot said...

ZA..ko x maki aku..

biskut muka..kpale spe yg serabut?akukah..ye..xmo piker la..nk tdo je..

Anonymous said...

abes sape maki ko?
bos ke?
meh aku babap bos
heppppp2~

Anonymous said...

Maknanya masih idup lagi la...
Takpa la, ingat kan dah mati, terjatuh dari jejantas.

jetjetsemot said...

ZA,tatau la spe yg maki..no komen plis..dan jgn bt pape assumption..

oh..pakteh..selamat dtg ke wasaii..dah mati da die..jatuh jejantas..kne langgar kereta lpas jatuh tuh..dlm mimpi je la..realitinye..insyaAllah, rasanye maseh hidup..

Anonymous said...

isk3
sorry la menyebabkan ko kene maki
tak sengaja
huhu~