Thursday, January 25, 2007

di tepi arndale manchester itu ada dia


Hei. Hei. Hei. Dah lama tak bertemu di rancangan ni kan adik-adik? Aku telah melalui suatu pengalaman wanita berkerjaya yang tak dapat diterima akalku hingga aku berpendapat bahawa aku ingin belajar sepanjang hayatku tanpa perlu berkerja. Adakah kalian berminat untuk mengetahui perjalanan hidup aku beberapa hari ini? Oh, tak perlulah. Kerana aku tak mau membebankan kalian dengan cerita-cerita remeh yang menerbitkan tahi mata di bucu mata-mata [polis?] kalian.

Sekian lama tiada isen, jatuhlah martabat wasaii dan mungkin aku akan dibakarkan [fired] oleh boss kerana tidak menjaga kebajikan syarikat. Tapi, rasanya sempat lagi untuk aku pulihkan kembali prestasi wasaii. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian tentang mimpi yang aku alami selepas menonton American History X [rujuk isen di bawah]. Aku sangat yakin bahawa aku akan mengalami mimpi buruk pada malam tersebut. Mimpi buruk yang menakutkan. Tetapi ganjil sekali, aku bermimpi sesuatu yang sedih. Biskut muka, jika aku tidak silap pernah menulis di blognya tentang mimpi yang menyedarkannya dari tidur dengan air mata yang membasahi pipi. Aku juga memlalui kejadian yang sama pada malam itu.

Mimpi berkisar tentang aku yang begitu rapat dengan seorang jejaka yang muda dari aku. Oh, aku memang paedophile. Sila google maksud 'paedophile' kerana aku segan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu yang penuh dengan adab ketimuran. Dalam mimpi itu, aku sangat sayangkan dia dan begitulah juga sebaliknya. Sampai satu masa, tiba-tiba dia menjauh hati dan meninggalkan aku sendirian. Setiap kali kami berselisih dia langsung tidak mahu memandang aku. Aku sedih lalu menangis. Bila aku terjaga, air mata terus mengalir. Tersentap pula aku dengan peristiwa masa lampau yang menyebabkan aku terus sambung menangis dan memberi bunyi tambahan iaitu esak-esakan. Aku tak sedar berapa lama aku berkeadaan begitu kerana aku tertidur semula dan bangun untuk melalui hari esoknya. Wow! Erratic R.E.M [rapid eye movement] sleep. Tidur pergerakan mata laju yang kacau bilau.

Apa lagi kejadian baru dalam hidup aku? Hoo. Bilikku dihuni makhluk baru iaitu Hudatul. Kami membuat penempatan baru yang kelihatannya pada mata Biskut muka seperti dorm [apakah dalam bahasa Melayu?]. Kami berkongsi bilik, ilmu dan kasih sayang tetapi tidaklah berkongsi katil. Hari Isnin kami [Hudatul, Biskut muka dan pastinya aku turut sama, kerana tanpa aku pastilah 'mereka', bukan 'kami'] telah memakai hood dan berlagak seperti kanak-kanak penjajah yang nakal pergi ke rumah lama Hudatul untuk mencuri tilam. Kalian pernah menonton Desperate Housewives? Dengan tema jiran-jiran yang sibuk mengambil tahu hal satu sama lain itu? Ya, kawasan rumah lama Hudatul adalah Wisteria Lane yang jika kalian duduk di situ,kalian pasti akan menjadi histeria dan 'insane'. Jiran-jirannya yang selama ini tidak pernah menarik tabir langsir tiba-tiba menarik tabir langsir pada malam kami mengambil tilam. Mungkin kerana mengetahui bahawa Hudatul tidak lagi tinggal di situ lantas tiada apa yang perlu diperhatikan. Ada baiknya aku noktahkan kisah ini di sini.

Selain daripada itu, aku mendapat tahu bahawa Anuar Zain sedang mencari pasangan hidup. Tiba-tiba memori aku kembali menjengah saat-saat aku bersama dengannya. Ya, kalian pasti tidak percaya aku pernah bersamanya. Berikut adalah nota ringkas tentang kami:
1. mama aku mengerjakan haji bersama ibu Anuar Zain. [jodoh bukan?]
2. aku sukakan dia.
3. pertemuan kami secara langsung buat pertama kalinya di Alamanda, Putrajaya. Dia memakai t-shirt hijau dan rambutnya baru dipotong pendek. Aku memerhatikannya dari kejauhan, suaranya menusuk jiwa. Kelibatnya yang lalu kupandang dari kejauhan. [jodoh bukan?]
4. aku cintakan dia.
5. mama aku memberi tawaran untuk mengenalkan aku dengan Anuar Zain melalui ibunya. Aku merengek tidak mahu walhal di hatiku menyatakan 'yes, please!' sambil berdiri tegak dan memberi tabik spring. Tapi aku rasa tiada gunanya kerana pada firasat aku tentulah makcik itu sudah melupakan mama aku.
6. aku terbang ke Manchester dan diberi peluang oleh pramugara untuk memilih tempat dudukku. Katanya, 'Atau awak nak duduk sebelah Anuar Zain?' sambil menunding jari ke arah pemuda yang duduknya beberapa langkah dariku. Aku menggeleng kepala buat-buat tidak berminat. Padahal jari pantas menaip sistem pesanan ringkas kepada kakakku tentang kisah itu, hingga ditegur manja oleh pramugara kerana tidak menutup telefon bimbit di dalam kapal terbang. Aku perhatikan dia tidur sepanjang masa perjalanan. Langsung tidak makan. [jodoh bukan?]
7. sampai di Manchester aku keluar dari badan kapal terbang lebih awal darinya. Dengan sabar menunggu dia keluar supaya dapat aku lihat kelibatnya sekali lagi [sebenarnya tunggu sepupu aku yang entah duduk di mana]. Ya, aku dapat melihatnya lagi.
8. hari pendaftaran aku di University of Manchester, dibawa oleh dua orang rakan yang sudah lama menetap di situ. Terserempak dengan dia sekali lagi, sedang menjalani pergambaran mungkin untuk Melodi. Ikhlasnya? Aku tidak perasan akan dia kerana kami berjalan begitu pantas. Aku hanya nampak jurukameranya. [jodoh lagi bukan?]

Bersama dengannya dari kejauhan sudah cukup bagi aku. Sesuatu yang patut aku syukuri dan ya, memang aku syukuri peluang itu. Sudah lama tidak melihat dia. Sesiapa pun pilihan Encik Shahrul Anuar bin Zain, aku terima dengan pasrahnya kerana aku tau jika rombongan pinangan aku tiba di rumahnya, makcik itu akan memijak aku seadanya aku. Semoga berbahagia encik. Andalah jejaka idola saya. Manakala jejaka idola Biskut muka adalah Hazami. Kami ini orang yang pelik. Tapi kami cintakan kamu. Ada baiknya jika kamu cintakan kami jua. Kerana kami tidak mau mengalami tidur pergerakan mata laju yang kacau bilau. Jika encik membaca isen ini, saya faham kenapa encik menolak saya kerana saya adalah memang tidak layak bagi encik.

Ikhlas dari hati; jet.

15 comments:

Anonymous said...

eh..
sejak bile ko minat anuar zain
aku ingat takde sape suke dia
isk3

jetjetsemot said...

kuaja..aku mmg suke die la..demn!

jetjetsemot said...

abesla..tros kne rejek sebab mengeluarkan kata-kata kesat dikhalayak ramai..ZA, sile bce entry sobrina a.k.a cyclips di mana semua persoalan kau akan terjawab..mnyebabkan aku menanes teresak-esak..

Minci said...

first and foremost, pengalaman wanita bekerjaya apa yg kau maksudkan...

2 - sedeynyer mimpi kau.. kalo aku mimpi mcm tuh pun.. aku pun pasti menambah esak-esakan..

3 - haha.. aku sgt gemar saat2 curi tilam tuh.. feel sooooo hoodies man...

4- wahhhhhhhhhh..serangan balas ke atas entry sobby..cute giller.. aku harap sgt2 anuar zain baca isen kau nih.. dan setelah dia membaca, aku harap dia bagitau HAZAMI bahawa ada seorang BISKUT MUKA menyukainya juga... dan meminta dia dtg ke UK utk memberi semangat kepadaku utk belajar dgn tekun.. hehe
huwaaaaaaaaaa... giller jodohlah kau.. apsal kau tk tau pun masa FLY tuh dia ada kat epot tuh.... demmm...

Anonymous said...

banyaknye sebab kenapa ko dan anuar zain berjodoh jet..tak sangka aku ada gak owang minat owang rambut panjang cam anuar zain [aku kutuk lemah lembut skek]

hehehe..tp akupon minat mawi..mawipon sring kene kutuk..maka tak ape

jetjetsemot said...

biskut muka:
1.maksod wanita berkerjaya adalah pegi ke sekola terlalu lama utk menimba ilmu..dan balik buat bende2 ngarot smpi x smpi utk mnjadi pelajar yg mngulangkaji..haha..
2.ye..mimpi aku itu sedey..tp..wat the heck..kan..
3.curik meje study lak nnt..
4.ye..sy mnulis ini bg mlpskn rse dijiwe sy..smuge hazami dikau juge bce..[hoo, kebarangkalian mungkin rendah..nanes lg]..oh..ko tatau psl airpot tuh yeh..mm..rse cm da cite kat sumerg..mebi cite dlm hati je..ko x dgr..

natrah..sy suke die..dlm satu situasi dan gaya yg pelik..sukar utk dinyatakan..mungkin x sme dgn gaya anda suke mawi..ntahla..

puteri nad said...

awak cinta dia..nak kawen ngan dia ke?

jetjetsemot said...

hishh..nta la kan..ikot napsu lesu a..igt x pengajaran hikayat merong mahawangsa aku?kalu da jodoh, dlm kayu ke batu ke..bertemu jua..

Minci said...

eloklah berjumpa dlm kuali yer.. :D

Anonymous said...

lantas dalam era teknologi moden,
aku rasa ko jumpa dlm tenet sajer..

jetjetsemot said...

hoo..cmtula plak..ye la..x kesa la kan..jupe je la cmne pon klu da jodo..jupe dlm kuali tuh mungkin klu kitorg g hutan yg ada kanibal bersama, lantas ditangkap msok kuali..dan berenang bsame sayo-sayoran..

Anonymous said...

owhhhh
aku tauuu
citer king solomon's mines~ dimasak dalam periuk besar..sila tengok kalo belom

jay aizat said...

berang bersama sayur sayoran..adess..jay dpt bygkan dgn jelas..hamper muntah segala apa yg aku mkn kerana tergelak besar...adess..sakitnya perut ku...yup..psl aku teringat cite king solomon's mines...

jetjetsemot said...

huissyhh..apela korg..

jay aizat said...

rs ngeri lak tgk besi kat gusi pompuan tu....milu lak rsnya...bes ke film tu...?
nie la yg korang kata teringat2 tu ke...?