Tuesday, January 30, 2007

adakah dentist membayar zakat?


Apa perbezaan budak-budak zaman sekarang dengan zaman dahulu? 'Dahulu' maksud aku, budak-budak yang lahir tahun 1980-an. Biar aku berikan kalian contoh hari ini. Sila baca dua sketsa di bawah.

Satu.Petang Sabtu lagi gigi Arieq dah goyang. Dia 'nervous' dan minta ibunya bawa dia ke 'dentist'. Tapi memandangkan sudah maghrib ibunya kata 'Esok sajalah.' Esoknya pagi-pagi lagi Arieq dah bangunkan ibu. Ajak ke 'dentist'. Kali ini ibunya pula yang 'nervous'. Apabila sampai, gusi dan gigi Arieq disapu ubat pelali. Bila sudah kebas, gusinya disuntik ubat pelali yang lain pula. Dua batang gigi depannya yang di bahagian bawah dicabut. Arieq tak nangis, malahan keluar dengan tersengih-sengih bangga dari bilik doktor. Doktor memuji dia berani. Orang-orang yang sedang menanti di luar bilik doktor melihat Arieq dengan hairan kerana dia tidak menangis. Arieq dapat membawa dua batang giginya itu pulang. Sampai di rumah dia berkata kepada ibunya 'Nak kena letak bawah bantal ya, bu?' Esoknya syiling sebanyak 80 sen ada bawah bantal Arieq. Pari-pari gigi [tooth fairy] beri Arieq hadiah. Arieq sengih-sengih lagi. Ibu pesan pada Arieq, 'Tooth fairy kasi hadiah ni, jangan beritahu orang lain tau. Orang-orang dalam rumah ni je yang boleh tau. Orang kat sekolah jangan kasi tau.' 'Kenapa, bu?' 'Sebab kan tooth fairy yang kasi? Dia tak suka orang bising-bising. Nanti dia marah.' 'Tapi bu, bukan ibu ke yang letak duit tu bawah bantal Arieq?'

Dua. Arieq sedang belajar rukun Islam bersama ibunya. Sampai ke rukun Islam keempat, mengeluarkan zakat, Arieq bertanya, 'Zakat tu apa, bu?' 'Zakat tu masa bulan puasa kita kena keluarkan duit untuk beri pada orang miskin.' 'Macam mana dia kasi duit kat orang miskin,bu?' 'Ada orang yang kutip duit tu. Kita panggil amil. Nanti dah kumpul baru kasi kat orang miskin' 'Macam mana dia nak tau siapa orang miskin, bu?' ' Adalah caranya tu. Ketua kampung ke, tau siapa yang susah, dia kenalpastilah siapa yang nak kena tolong.' 'Arieq tau, bu. Kita tulislah kat kertas 'SIAPA ORANG SUSAH'. Lepas tu tampal kat pokok. Nanti mesti ada orang datang.'

Aku anak tahun 1980-an. Aku tak pernah ajak mak aku pergi 'dentist' bila gigi aku goyang. Aku tak pernah tau kewujudan pari-pari gigi. Aku tak banyak soal. Zakat itu apa, bila aku tau, taulah aku. Bila aku tak tau, aku buat tak tahu. Aku tak pernah ajak mak aku paku 'signboard' kat pokok untuk mengumpulkan orang-orang miskin kat kampung aku.

Tapi masa kecil dulu, aku pernah tulis surat kat pakcik berjambang Santa Claus. Mintak hadiah. Aku letak kat bawah bantal sebab nanti malam-malam sepatutnya ia terbang keluar tingkap dan ditiupkan angin ke kutub utara. Surat aku hilang dari bawah bantal. Ei, aku dah tua dah ni. Mana hadiah aku? Lembab.

Eiisshhh...! Pengaruh televisyen betullah kalian ni!

7 comments:

Anonymous said...

hahaha,
aku lu gigi aku dapat rm5 tauuuuu..
hehehe,masa first time aku nye gigi nak tercabut wat kat klinik gigi..aku dapat satu buku nyanyi2 ABCD beserta kaset dia..

astu gigi doktor tu kasik aku..ayah akupon kasi aku rm5..

ah apa aku mepek nie

jay aizat said...

aku lak cabut gigi pakai benang ikat kat gigi...sebab aku tgk kat tv ada org buat..but tak jugak tercabut..bg aku ms kecik byk terpengaruh dgn tv...kdg2 aku panjat dinding umah coz nk jadi mcm spedemen...aku juga penah buat baju pakai ketas lukisan jadi mcm gaban...bila tgk cite kickers(cita psl bola sepak)lalu aku suh nenek aku jahit baju bola siap letak no 10...but now aku tau semua tu imaginasi kanak2....isen yg jet tulis ini telah mengigatkan zaman kesatria gana aku ms kecik..hehe

jetjetsemot said...

hoo..ko g dentist nad?yela2..aku org kmpg la..

woo..ijad..byknye pengaruh tv awk..dahsyat abes..

Minci said...

nguwaa.... komen aku dah ilang... dem.. kena tulis balik

Minci said...

tkder.. jes nak ckp nih..

seingat aku, pernah skali jer gi dentist sbb nk kuarkan gigi geraham.. other than that, gigi aku fall out naturally..

aku masa kecik2 tkderlah tulis surat kat santa claus tapi aku pernah ah balut hadiah aku sendre, pastuh ltk kat depan pintu rumah, pastuh bukak pintu tuh sendre..pastuh jerit2 kat mak aku, ckp aku dpt hadiah..heh :P

tkder kepercayann tahyul lain selain daripada
kalau aku tido, kaki kau berjuntai dan tidak diselimut.. aku akan pakai stokin sbb takut toyol dtg hisap darah kat ibu jari kaki aku..

jetjetsemot said...

hoo..biskut..lu gila kah?balot adiah senirik dan membukanye sendiri..imaginasi anda sangat mengagumkan..i salute u..bab toyol isap ibu jari kaki tuh..no komen..[sambil geleng2 kpale]tikus yela aku tau akan geget kaki ko..kakak aku pena woo..haha..kaki busuk..ngee~

jay aizat said...

apakah itu klinik gigi..apakah itu dentist..tiada dlm kamus hidup aku..aku tak penah mencabut gigi disana..penah nenek aku berkata.."cabut gigi leh mati"..so sampai skang nenek jay takut pg cabut gigi..but actually now dia takde gigi dh..mcm2 pandangan org..