Hari ini hari raya aidiladha di UK. Pagi kami dimulakan dengan mandi sunat hari raya, sembahyang sunat, dan makan raya bersama. Pengurus masak rendang. Kemudian kami lepak buang masa makan donut raya. Biskutmuka yang bikin. Raya kami tamat di situ. Kejap lagi kata mereka nak ke town. Nak cuci mata.
Bagi yang berada di Malaysia, kalian akan menyambutnya pada 31 Disember 2006. Yang aku tahu, bos dah pulang beraya ke Terengganu. Jadi secara tak langsung, hari merdeka buat kami. Tajuk isen ini sesuai di baca 'bos-an hilang.' Haha! Sebelum pergi dia tinggalkan pesan. Suruh aku buat rakaman 'Unintended'. Tapi, adeii.. Tak paham ke bos ni? Hari raya mana ada orang kerja! Mandat yang diberi aku kena siapkan sebelum dia pulang semula ke Perak. Siap pesan hantar ke emailnya. Isnin bos akan pulang. Aku dah buat rakaman 10 kali lagu yang sama sebelum ni. Semua kena tolak sebab katanya lari tempo. Terpaksa ulang rakam. Tapi sebagai anak buah yang paling liat, aku terpaksa cakap,"Tengoklah dulu." Bos jawab, "Semangat! Semangat!" Malas aku nak layan! Nak kena buat rehearsal dulu. Kenal tempo. Kenalpasti cues bila dan mana nak masuk. Baru aku boleh rakam. Kalau tak, ia akan jadi 10 rakaman yang kena reject lagi. Dan kalau itu berlaku, aku terpaksa keluar padang. Jadi penyokong. Jadi milo girl ke. Tak kisahlah.
Oh. Apa-apa pun, selamat hari raya dari kami di UK. Maaf zahir batin. May force be with you (ME). Haha!
Saturday, December 30, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
apakah milo girl tetiba nih.. tp tajuk alternatif utk entri nih mmg menarik..hahaha~~
haa..tu la..bes je aku ngutuk..haha..milo girl nnt i leh buat u air klu u haus..eheh..oi..ko lak?ape kesinambungan hasil karya pertama ko?
hah? apa karya kau seterusnya? boss tk antar pun lagu latar kat aku lagi.. nway, blog nih nampak lain skit bila tgk guna browser Opera..hehe.. lebar semacam..
mmg lebar..nta..tugu die balik la..komplen..eheh..
halo jet
ko da beblogging kah..muahahahah
tidaklah natrah..i men jge je sketi i..
Post a Comment