Friday, December 29, 2006

suatu pengkhianatan




Bangun pagi, sejuk sampai malas nak mandi. Nantilah! Ok. On laptop, delete recent documents and history. Defrag. Ok. Ambil semua baju kotor. Masuk mesin basuh. Ok. Naik menghadap skrin laptop, defrag selesai. Ok. On yahoo messenger. Dua offline messages, lima unread mails dalam inbox. Ok. Yadayadayada..Friendster.Ok. Hmm. Mesej dari biskutmuka. Ok. 'The Blogger user biskut muka has invited you to contribute to the private blog: Wasaii Studio'. Errr...ookk? Klik ym biskutmuka. Ok.

bakku_san: elo
biskutmuka: yer
bakku_san: ape yg ko invite aku nih?
biskutmuka: oh.blog wasaii studio.bos suro.malahan suro ko jadi admin.
bakku_san: kuaja
biskutmuka: dia kata blog ni sempoi-sempoi je
biskutmuka: kalau ko nak download gambar, pakai account ni...yadayadayadayadayada
bakku_san: ok

Ok. Wassaaaiiii!!! Tak ok dah! Berderau darah. Menyirap sampai ke otak. Bos, kau tahu aku belum nak berblog kan? Petanda apa yang kau cuba tunjukkan? Rasa macam nak ikat kau kat pokok ketapang dan lepaskan semut-semut merah. Biar kau kena gigit. Nampak pula kau online ym. Rasa nak marah, tapi kutahan bos. Biar kau aku marah dalam isen pertama blog ni.

Ok. Aku dah tarik nafas dalam-dalam. Aku dah timbang-timbang balik. Ok. Ok. Aku anggap ni sebagai hadiah hari lahir. Walaupun bukan. Lagipun bukan aku seorang je contributer. Ok tak? Oi bos, aku demand nak roti canai dengan teh tarik 2008 nanti. Sekian.

8 comments:

rafique said...

ekekeke...yelah..bapak roti pun aku banje ....janji ko kene selia port baru kita nie ha

yasmin said...

hohoyea.. nak roti canai ngan teh tarik jugak... salute sama penyelia blog ini..

jetjetsemot said...

kite jadik anak buah kne bsuara gak..bos xle tindas2 tau..da dpt ke ayat utk blog nih?motto kite pe?

yasmin said...

ntah.. boss gi cuti..canne nih...

jay aizat said...

tahniah atas perasmian blog wasaii studio....ia akan jadi menarik diatas sokongan korang semua....haha

yasmin said...

jet.. nampaknyer kau kena tukar kaler tulisan..sbb tenggelam dek template..

PEnguRus said...

nak menempek gak
leh ke?
gambate-ne minna!!
chaiyok!!
aja aja fighting!!
semangat2!!

pengurus said...

boss kirim salam!!
dia kate belatih rajin2
nnt balek mau tgk hasil

selamat hari raya aidiladha!!