Showing posts with label situ sana sini. Show all posts
Showing posts with label situ sana sini. Show all posts

Wednesday, August 20, 2008

tiada


Aku nak pergi ni. Hilang kejap eh. Jangan ditanya ke mana aku pergi.

Bermula Rabu sampailah hari yang tak aku ketahui apakah tarikhnya. Isnin atau Selasa mungkin. Atas tiga urusan duniawi:
1. Menguruskan hal kerjaya yang tertangguh. Haha.
2. Menghadiri kenduri kahwin dan pindah rumah.
3. Bertemu rakan-rakan.

Tambahan urusan:
4. Memberi sokongan padu kepada mahkluk yang akan memberi ucapan 'toast'.

Kalau kalian terlihat kelibat yang seumpama Jet di mana-mana dalam Malaysia, jangan lupa menegur. Aku patahkan 'shinguard' kalian karang. Haha. Bajet artis lah pula!

kenduri


Musim cuti sekolah. Musim orang kahwin. Musim berjumpa dengan orang yang tak disangka.

Aku tak pasti sama ada kalian masih ingat. Aku tak pasti sama ada aku pernah bercerita. Tentang seorang budak lelaki yang selalu mengganggu aku sewaktu dalam darjah dua dan tiga. Budak lelaki yang aku pukul. Dan budak yang berpindah sekolah kerana aku. Aku rasalah. Pindah sebab isu yang tercetus melibatkan aku.

Aku ke majlis kahwin sepupu kepada kakak ipar aku di Johor. Pernah beberapa kali aku melalui kawasan itu. Aku kenal rumah dia yang beratap biru. Setiap kali aku lalu, aku akan berfikir sama ada dia masih hidup. Haha. Mungkin rasa bersalah masih berbaki dalam hati aku.

Kali ini sama juga. Aku melalui rumahnya. Hidup lagi kah? Bila kereta dah berlalu, aku berhenti berfikir. Tapi mungkin Tuhan nak meredakan kalut yang aku fikirkan selama 15 tahun ini maka diberikan aku kesempatan untuk bertembung dengannya di majlis kahwin itu.

Sudah besar. Haha. Tapi mukanya masih sama. Masih boleh dicam. Aku seakan lega dia masih hidup. Lega dia menjadi 'manusia'. Berkali-kali aku menoleh ke arahnya dengan harapan dia akan mengenali wajah aku sebagaimana aku mengenali wajahnya. Tergerak hati aku untuk pergi menegur dia dan memohon maaf. Aku hanya melihat dari kejauhan. Tak ada kekuatan nak bersemuka dengannya. Mungkin juga aku salah orang. Aku tak tau. Ikhlasnya, hati ni masih rasa bersalah walaupun apa yang aku nak tau selama ini, sudah aku ketahui hari itu.

Mungkin lain kali, di saat nanti, akan datang kekuatan untuk menyuarakan apa yang ada dalam hati aku.

Mungkin nanti. Bukan sekarang.

Sunday, August 10, 2008

kaki busuk


Alhamdulillah. Aku telah selamat sampai ke Malaysia oh tanah air ku. Cerita apa yang mau kalian dengar? Ah, aku masih belum bercerita tentang perjalanan Eropah aku. Malahan 'tag' oleh Majod yang telah diberinya berkurun dahulu, masih belum aku selesaikan. Jika kalian tak keberatan, mungkin kali ini aku akan hanya menyentuh sedikit tentang keadaan aku dan urusan perjalanan aku dari Manchester ke Kuala Lumpur. Jika kalian keberatan, mungkin kalian sudah gemuk.

Aku dan keluarga telah dihantar oleh Miyaki dan Pengurus Za ke lapangan terbang. Pengurus Za menangis sewaktu kami bersalaman. Tapi aku ketawa, 'Ma, tengok ni, dia nangis.' Maaf atas ekspresi emosi yang mungkin kurang sensitif ini. Jika kalian kenal aku, aku bukanlah seorang yang arif tentang bagaimana untuk menyatakan perasaan aku hingga kadang kala orang menafsir aku ini keras hati. Memang keras, tetapi tidaklah membatu dan kejam. Orang boleh menangis bergelen-gelen air mata, dan mata aku tetap akan kering tapi tak bermakna aku tak menangis bila kalian tidak melihat. Ikhlasnya, aku tak pasti apa sebabnya air mata itu mengalir. Hanya Pengurus Za yang tau, dan aku pasti terlalu banyak hal yang berlegar dalam kepalanya. Apapun, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua mereka, atas segala susah payah selama ini melayan karenah aku dan ahli keluarga. Aku rasa manusia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk bergaul dengan aku, dan mereka-mereka ini adalah antara manusia-manusia yang hebat itu.

Satu lagi kejadian yang meninggalkan kesan di hati aku adalah apabila Kak A mula berkata-kata. Dia telah menghantar kami ke stesen keretapi. Katanya kepada Mama aku, 'Eish, sedihnya Jet dah nak balik. Mesti nanti saya rindu dia. Cara cakap-cakap dia yang manja tu.' Hahaha! Tergelak aku. Manja? Penatlah aku berlakon menjadi 'hip-hop, hard' dan 'rock'. Tetapi terkeluar juga ciri-ciri manja itu. Aku mula berfikir cara percakapan aku dengan teman-teman di rumah. Manja? Geleng-geleng kepala. Katanya lagi, dia boleh mengesan bahawa aku anak yang bongsu. Benarkah? Aku tak tau.

Selain daripada sedikit masalah teknikal seperti beg terlalu berat dan ada cecair di dalam bagasi yang tidak diletakkan di dalam plastik lutsinar, perjalanan kami berjalan lancar. Kami sampai di Dubai dan akhirnya Kuala Lumpur tepat pada masa yang dijangkakan. Bagi aku itu cukup penting, tak kisahlah tentang masalah-masalah kecil yang boleh diabaikan. Walaupun berasa sedikit tidak selesa, tetapi sekurang-kurangnya aku tidak mabuk udara seperti biasa. Aku menghabiskan masa dengan tidur ataupun membaca novel. Makanan pun tidak aku sentuh sangat. Sejak peristiwa mabuk dan muntah ketika aku pulang sebelum ini, aku menjadi loya dan tidak berselera dengan makanan kapal terbang. Sama juga isunya dengan 'jacket potato'.

Tetapi, kapal terbang, insiden pelik, dan aku sudah menjadi trio yang mungkin tak dapat hendak dipisahkan. Kalian masih ingat dengan jejaka kulit hitam yang cuba mengayat aku dalam kapal terbang satu masa dahulu? Kali ini lain pula ceritanya. Aku duduk bertiga dengan Mama dan Mak Ngah dalam satu barisan. Aku duduk dekat bahagian lorong. Sewaktu mata aku berat dan hampir terlelap, aku rasakan bahawa ada sesuatu yang menjalar pada belakang kaki dan bahagian bawah betis aku. Terus aku terjaga dan berasa segar. Aku amat-amati rasa itu yang pada fikiran aku mungkin adalah mimpi. Aku jauhkan kaki aku dari tempat duduk, dan masih juga aku terbayang-bayang rasa menjalar itu. Ah, mimpi agaknya. Kemudian aku dekatkan semula kaki aku pada kerusi. Rasa menjalar itu ada semula. Ya Allah. Apa ni??

Aku sangat yakin bahawa kaki penumpang di belakang aku bergesel dengan kaki aku. Ini bukan mimpi! Pada awalnya aku menyangka dia hanya melunjurkan kakinya dan menggoyang-goyangkan kakinya untuk tidur. Baik sangka aku ini wujud kerana tabiat tidur aku juga begitu, suka menggoyangkan kaki. Lalu aku buat tak tahu saja. Tapi kemudian lagi, kejadian berulang lagi. Kali ini kakinya naik lebih tinggi, hingga ke belakang lutut aku! Pelik bukan? Terus saja aku menarik kaki aku, jauh dari kerusi. Ini bukan perbuatan yang disengajakan ke? Itu perasaan aku.

Aku tak melihat wajah penumpang di belakang aku hinggalah aku bangun untuk ke tandas. Aku pandang dia, dan dia pandang aku. Wajahnya masih muda, dalam lingkungan 30-an, seorang Asia yang tak aku pasti bangsa apa. Hanya dia seorang yang duduk di barisan belakang aku. Barisan kerusi yang ditengah juga kosong. Kapal terbang kami agak lengang. Pada fikiran aku, ini memberikan dia kelebihan untuk berbuat demikian. Itu saja kali pertama dan terakhir aku melihat dia. Kerana selepas itu, kerusi itu kosong tak berpenghuni. Eh, buat cerita hantu ke pula kalian ni? Tak, aku sangat pasti itu adalah kerja manusia. Manusia gatal. Aih! Aku pun tak berniat nak melihat wajah dia lagi.

OK. Aku tak mau bercerita panjang. Biar kalian membuat konklusi sendiri tentang kisah aku ni. Benar atau tidak? Ilusi atau realiti? Aku nak 'blah' ni. Nak pergi tidur. Salam sayang.

Friday, August 01, 2008

haircut


Setelah sesi soal jawab agama bersama Pengurus Za berlangsung, aku bangkit ke bilik Miyaki. Dia baru saja menutup pintu tandas.

"Oi, buat apa?"

Dikuak semula pintu, "Apa? Aku nak berak."

"Weh..." aku menarik hujung rambut aku ke depan dan membuat isyarat gunting dengan jari aku (takkan jari Miyaki pula).

"Oh, potong? Hah. Kejap. Aku nak berak."

Aku berlari keluar dan menjerit, "OK. Jangan lupa basuh tangan!"

Miyaki, kerusi, gunting, rambut aku dan bermulalah proses menggunting. Kami dihiburkan dengan alunan muzik dari 'laptop' si tukang gunting, yang sekejap berkumandang dan sekejap senyap.

Terkadang aku bertindak menurut 'impulse'. Otak akan menayangkan perkataan P-O-T-O-N-G, dan aku akan segara mau potong. Aku takkan kisah rambut aku jadi apa, aku takkan kisah apa jenis 'style', asalkan kata nama 'potong' itu menjadi kata kerja 'memotong'. Aku akan puas kerana apabila aku mempunyai darjah kemahuan yang tinggi tanpa diselang-selikan dengan perasaan was-was, aku senang sekali yakin bahawa semua akan baik-baik saja.

Ah. Lega sekali. Rambut baru. Jet baru.

Terima kasih Miyaki. Aku suka hasil kerja kau!

Thursday, July 31, 2008

come back


Aku hilang lagi. Diculik pergi merantau negara Eropah. Tak serupa percutian. Aku asyik marah, dan sekejap-sekejap mau menangis. Sudah aku bilang (satu, dua, tiga), aku tak mau pergi. Bingit telinga ini mendengar bebelan orang, 'Eh, dah dekat sangat dengan Eropah tu. Pergilah jalan-jalan. Tengok-tengok negara orang.' Dalam hati aku menjawab, 'Engkau nak tampung duit belanja aku buat semua tu ke?' Akal biar panjang. Tak semestinya apa yang berlegar dalam fikiran kalian, berlegar dalam fikiran orang lain. Tak semestinya apa yang pada akal kalian bernas, bernas juga pada akal orang lain. Terima saja jawapan aku: Tak nak!

Jangan dipaksa bila aku tak mau. Sepuluh hari perjalanan adalah sepuluh hari paling panjang yang pernah aku lalui. Masa terasa berlalu begitu perlahan. Dan lebih menjengkelkan apabila aku tak dapat melakukan rutin harian aku seperti biasa. Ya, aku adalah manusia yang terlalu selesa dengan kehidupan aku, dan tak mau ianya berubah.

Bisa saja aku taipkan seluruh rasa kesal dan benci aku tentang lawatan Eropah tersebut tetapi aku yakin kalian akan mengatakan aku seorang yang terlalu banyak mengeluh. Mungkin tidak semua, tapi aku akan menaip dari masa ke masa, sedikit sebanyak peristiwa yang pada aku 'penting' supaya dapat dijadikan pengajaran buat kita semua. Apapun, syukur bahawa akhirnya aku telah selamat sampai ke bumi Preston ini dan sekali lagi menaip di Wasaii.

Jaga diri kalian.

Wednesday, June 11, 2008

gambatene nadnad


Hei. Hei. Nad akan menduduki peperiksaan bermula 12 Jun. Maka aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Untuk mengelakkan Nad daripada menangis teresak-esak dan trauma, aku akan menukar kata ganti diri 'aku' kepada 'saya' dan 'kau' kepada 'kamu'.

Nad, saya nak kamu tau bahawa saya sentiasa mendoakan kamu. Dan maafkan saya kerana tak mengutuskan kad selamat maju jaya kepada kamu walhal kamu dengan baik hati dan perasaan takzim umpama negeri Johor yang saya segani, telah mengutuskan sekeping kad dari negara bawah bayu, Simferopol sewaktu saya menduduki peperiksaan pada bulan lepas. Saya berasa hina dan keji atas kelakuan saya yang tidak senonoh ini. Saya harap semua persediaan kamu untuk peperiksaan telah selesai, dan semoga kamu menduduki peperiksaan dengan jayanya. Saya memohon dengan sangat agar kamu berjaya. Amin!!

Dan saya sayang kamu. Muah muah!

Monday, June 09, 2008

wanita menangis di atas sofa


Aku diarahkan untuk menulis sebuah esei bertajuk 'Wanita Menangis di Atas Sofa' oleh Minci. Jadi, inilah hasil karya aku yang tak seberapa.

Seorang wanita di atas sofa, merenung keluar jendela. Hari kering, tiada hujan yang turun. Dia mengambil sebuah novel, diselak dan sempat dia membaca dua buah perenggan sebelum buku bosan itu ditutup, diletaknya jauh-jauh. Masih tetap di atas sofa, dia merenung keluar jendela. Hari yang indah untuk keluar, detik hatinya. Tapi mau ke mana? Dicapai pula selimut tipis berwarna merah jambu, dihampar kasar ke atas tubuhnya, dari hujung kaki ke pangkal kepala. Bosan!

Diam di bawah kanopi merah jambu, dirinya umpama dikelilingi gula-gula kapas. Fantasi zaman kanak-kanak yang makin pudar. Setitis air mata mengalir ke pipinya. Ah, dari mana datangnya? Dia meneliti persekitarannya yang terhad itu. Akukah yang menangis? Jiwa ini tak hiba, hanya bosan, masakan dia menangis? Air mata siapa ini? Dipandangnya sofa kusam itu dalam-dalam. Direnung corak garis sendeng pada badan sofa sambil jarinya berlari lembut menuruti alir garis itu. Sofa, kau kah yang sedih?

Sofa tua punya sebab untuk sedih. Sekian lama diam di situ, siapa yang benar-benar peduli? Angkat saja kusyen lapuk itu, habuk tebal, gumpalan rambut, pen yang hilang, bagai bertahun sofa tak dibelek. Hanya bila dada lelah, punggung kebas, badan sofa dihenyak. Kebajikan sofa hal terkemudian, lelah ini biar reda dulu, kebas ini biar hilang dulu. Selamanya begitu. Biarpun usia dimamah, rupa kian lusuh, kekuatan sudah tak seberapa, sofa masih di situ, mengharap nasibnya berubah.

Wanita itu hilang bosannya, tiba hibanya. Fikiran melayang, cuba-cuba mengingat kehidupan lalunya. Tentang bagaimana kala mudanya, tua itu tak dipandang. Tua itu picisan. Tua itu menjengkelkan. Nah, tua dah menjengah. Apalah beza dia dengan sofa. Sama itu juga nasibnya. Wanita menangis di atas sofa.

Monday, June 02, 2008

seven wonders


Maaf atas kesepian yang panjang di arena Wasaii ini. Sesungguhnya penulisnya agak tidak stabil setelah menduduki peperiksaan akhir. Aku ingin menyambung semula coretan aku dengan membuat 'tag' yang telah diamanahkan oleh Nad dan Baez. Sekali lagi, maaf atas kelewatan ini. Dalam isen ini juga, aku akan cuba untuk menyelitkan gambaran tentang keadaan aku sekarang bagi mereka yang masih tidak jelas dan ingin tahu.

7 fakta tentang saya:

1. Aku tak faham kenapa hampir semua 'tag' yang dimandatkan meminta fakta tentang diri sendiri. Aku dah kering fakta. Maka, aku bantai saja dengan apa yang berbaki. Fakta pertama, aku masih hidup. Alhamdulillah.

2. Seorang rakyat Kaherah mengatakan bahawa nama sebenar aku bermaksud:
Sayang (Dear)
Kemegahan (Pride)
Dan aku berasa maksud nama ini menggambarkan diri aku dengan baik sekali.

3. Sejak selepas peperiksaan hinggalah ke hari ini, hati aku tak pernah tenteram. Paling teruk, aku akan tidak bercakap dengan sesiapa, duduk sendirian, dan menangis. Dalam keadaan paling stabil di mana aku boleh bergelak ketawa, akan ada juga terasa senak di perut ini pada satu ketika pada setiap hari. Dan perasaan itu akan cuba aku singkirkan dengan melakukan pekerjaan lain.

4. Untuk tidak terlalu memikirkan tentang Fakta 3, aku cuba untuk kembali ke arena 'stalking'.

5. Aku ada senarai nama untuk menamakan anak-anak aku, aku sudah mula meminta hadiah kahwin daripada kawan-kawan, tapi aku tak punya teman lelaki. Kata mereka, aku telah melonjak satu proses yang penting.

6. Aku mempunyai pokok bunga Primrose yang diberi nama Abrar. Aku akan berasa sedih bila ia layu, aku akan bercakap dengannya, dan membelainya. Kadang-kadang aku mencium Abrar. Haha. Abrar memberi tindakbalas yang baik dan tumbesarannya amat memberangsangkan.

7. Aku mempunyai 'scar' pada kedua belah siku aku berikutan kemalangan menaiki-basikal-tak-reti-nak-brek-lalu-masuk-longkang. Tanda ini boleh digunakan untuk mengenalpasti mayat, jika muka mayat sudah tidak dapat dicam lagi.

7 perkara yang menakutkan saya di dunia:

1. Siput babi, lintah bulan, dan rakan-rakan sepermainan mereka.
2. Lelaki gatal dan pelik.
3. Kemalangan jalan raya.
4. Badut.
5. Kehilangan dan kegagalan.
6. Komitmen.
7. Tidak menerima seadanya aku.

7 lagu buat masa sekarang:

1. Alanis Morrisette - That I would be good
2. U2 - Sometimes you can't make it on your own
3. David Cook - Always be my baby
4. Simone White - The beep beep song
5. Feist - 1234
6. Outlandish - Callin' U
7. Alanis Morrisette - Joining you

7 perkara yang selalu saya sebut:

1. Oi.
2. Bluwekkk!
3. Bismillah.
4. Pasal budak-budak.
5. Pasal rancangan di televisyen.
6. Nak jajan.
7. Woah, besarnya 'breast' dia. Takut!

7 perkara yang amat bernilai:

1. Kehidupan
2. Islam
3. Kesihatan tubuh badan
4. Keluarga
5. Rezeki
6. Kemudahan melakukan segala urusan
7. Kejayaan

7 pertama kali dalam hidup saya:

1. 1992 - Pertama kali membelasah budak lelaki.
2. 1993/94 - Pertama kali membuatkan seorang pelajar terpaksa bertukar sekolah.
3. 1995 - Pertama kali diminati pelajar sekolah menengah.
4. 1996 - Pertama kali muntah di Korea.
5. 1997 - Pertama kali bermain 'drum'.
6. 2000 - Pertama kali mendapat A dalam Bahasa Arab
7. 2006 - Pertama kali menjejakkan kaki ke Port Dickson

7 orang yang bertuah untuk menjawab 'tag' ini:

1. Bzz, dah kembali.
2. Fiza, isikan masa lapang.
3. Hei Kamen, kau dah buat ke?
4. Wanibaka, kalau belum ke Sarawak untuk bertugas.
5. Majod, apakah maksud nama kau?
6. Kasyah, entah apa perkhabarannya.
7. Nur Amirah, Deanna, dan Sid, kalau kalian mau.

Thursday, May 15, 2008

bert




You Are Bert



Extremely serious and a little eccentric, people find you lovable - even if you don't love them!



You are usually feeling: Logical - you rarely let your emotions rule you



You are famous for: Being smart, a total neat freak, and maybe just a little evil



How you live your life: With passion, even if your odd passions (like bottle caps and pigeons) are baffling to others




Hahahahha. Benarkah?

Wednesday, May 14, 2008

bloggy thingy




What Your Flip Flops Say About You



You can't help but be a little vain... it's hard when you're so good looking!

You love being the center of attention, and people love giving you attention.



Your personality is outrageous, and you do what it takes to stand out.

You have superstar appeal, even if you aren't a celebrity (yet).



Your ideal warm weather place: Los Angeles







Your Risk Taking Level: Medium



What's life without a few risks?

You're willing to be daring when the time is right.



You know that there's no reward in life without risk.

You just always make sure that you look before you leap.






What's Important to You... And What Isn't:



For you, sex is usually your number one priority.



You find getting things done to be fairly satisfying. You like feeling accomplished.



Your most important priorities get your attention. You are happily able to let the less important things slide.



You want your health to be a high priority, but you don't often get around to taking care of it.






Your Personality at 35,000 Says...



Deep down, you vastly prefer being with others to being alone. You love to engage people in conversation.



You are good with your place in the world. You are confident and comfortable with who you are.



Your gift is dreaming and imagining. You can take yourself to another world anytime you feel like it.



You are inspired by almost anything. You don't have many mental blocks.



Your life has a lot of ups and downs, but things generally end up being pretty positive. It's one big emotional roller coaster, that's for certain.






You Should Live in a Small City



You are definitely an urban person, but not any old city will do.

You want a city that matches you well. For you, big cities lack individuality.

You prefer a smaller city with lots of personality, local culture, and history.






What Your Taste in Chocolate Says About You



You are sophisticated, modern, and high class.

Your taste is refined, but you are not picky.

You are often the first to try something new.



You are lively, goofy, and a total blast.

You're incredibly happy, and you always are lifting spirits.



You love being around people. Friendships are important to you.

You feel lost when you're by yourself... so you tend to avoid being alone.






What Your Front Door Says



You are elegant, fashionable, and quite intimidating.

You wield a lot of power. And that's what scares people!

You are reserved and difficult to know.

Those who know you know that you are strong, consistent, and reliable.

Sunday, May 11, 2008

mama


Sana sini orang bikin isen pasal Hari Ibu. Ini versi aku.

Mama,

Mama ingat tak masa dulu? Masa tu Adik telefon dari asrama. Dia cakap lama dengan mama. Entah kenapa Jajah ‘excited’ lebih-lebih. Masa mama bercakap itulah, Jajah pun nak cakap sama. Hah, tak pasal-pasal kena marah. Terus kecil hati, rasa macam mama lebihkan Adik. Duduklah diam-diam dalam bilik. Rasa nak menangis. Tapi mama datang. Mama pujuk.

Mama,

Mama ingat tak masa dulu? Mama tak sihat. Jajah kasihan tengok mama terbaring. Jajah tanya, ‘Mama nak apa-apa?’ Mama geleng. Mama kata mama pening kepala. Jajah tanya lagi, ‘Mama nak air limau?’ Mama kata, boleh juga. Jajah buat air limau yang pada Jajah terbaik untuk mama. Tapi mama marah. Mama kata air limau Jajah terlalu manis. Dalam kecil hati Jajah ‘alter’ juga air limau. Esoknya, kita buat macam tak ada apa yang telah berlaku.

Mama,

Mama ingat tak masa dulu? Jajah belikan mama set pinggan bercorak bunga-bunga dari Lovely Lace. Mama tak pernah guna. Bertahun lamanya ia tersimpan dalam kotak. Hinggalah Kakak pindah ke rumah baru tahun lalu, mama kata, ‘Pinggan Jajah tu mama kasi pada Kakak ya.’ Jajah diam saja.

Mama,

Mama ingat tak masa dulu? Mama belikan Jajah tali pinggang. Warna hitam disulam benang warna perak. Tersembul laju saja dari mulut Jajah, ‘Tak cantiklah tali pinggang ni.’ Mama diam saja.

Mama,

Hakikatnya terlalu banyak kisah yang berlaku merapatkan kita. Kita belajar untuk menerima dan memaafkan kesalahan satu sama lain, secara zahir atau batin. Kasihannya mama mendapat anak yang garang seperti Jajah, yang sentiasa mengatakan mamanya degil. Kasihannya mama mendapat anak yang selamba seperti Jajah yang tanpa segan-silu membuat lawak seolah-olah mamanya adalah seorang kawan. Kasihannya mama melayan karenah Jajah yang ikut hati dan kepalanya sendiri saja. Mama tak bising. Mama jarang-jarang mengeluh. Jadi, apalah sangat kecil hati yang Jajah rasa selama 24 tahun ini, berbanding dengan berjuta-juta kecil hati yang mama rasa sejak 34 tahun yang lalu daripada setiap seorang anak mama yang berjumlah tujuh orang ini.

Mama,

Mama ingat tak masa dulu. Waktu itu Adik cakap kasar dengan mama. Mama tak marah semula. Sewaktu bersalaman dengan Adik selepas solat Maghrib berjemaah, Jajah pandang ke matanya dan berkata dalam menahan sebak, ‘Lain kali jangan cakap kasar-kasar dengan mama. Sedangkan berkata ‘ah’ itupun dah dikira menderhaka.’

Sebak bagi pihak.

Pihak mama.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu seantero dunia. Juga bacaan al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita.

P/S: *Jajah bukan nama sebenar. (Matilah aku)

Friday, May 02, 2008

setem


Perhatian.

Kalau. Kalaulah kalian menerima. Sekeping poskad. Atau sekeping kad. Apa jua perutusan dari aku. Jangan. Jangan sesekali. Kalian cuba memegang. Atau mengusap-usap setem yang digunakan. Kerana. Kerana setem itu, dengan enaknya masuk ke dalam mulut pakcik pejabat pos. Lalu dikulumnya macam makan gula-gula sedap. Dan kemudian. "KETEPEK" dia tampal. Dan dicampaknya ke dalam karung surat.

Amaran.

Benar kata Minci. Setem di sini adalah seperti 'sticker'. Hanya perlu cabut dan lekatkan pada sampul surat atau poskad. Tak perlu jilat. Apatah lagi kulum. Persoalan tentang kenapa pakcik masih nak kulum setem-setem itu, aku pun tak pasti. Mungkin pakcik berasa dirinya berada di sebuah negara tropika yang masih menggunakan setem bukan 'sticker'. Adakah dia membayangkan dirinya sedang makan KFC? Hingga menjilat setem. Eh, mengulum.

Pakcik, pulanglah ke pangkal jalan. Kalau pakcik ada infeksi, tak adalah pakcik pos sampai ke seluruh dunia.

Kalian, samaklah setem itu. Dan simpanlah ia di dalam album koleksi setem kalian. Semoga kalian sihat sejahtera.

Tuesday, April 29, 2008

ujian peningkatan


How much do you hate exams?

I hate exam so much that I wish I could bite off the 'betis' of all the examiners.

I hate exam so much that I feel like setting the exam hall on fire.

I hate exam so much that I feel like making myself sick so I don't have to sit for it.

I hate exam so much that I hope all examiner's houses 'terbakar' and they wouldn't be able to attend to mark us off.

I hate exam so much that I want to burn down my rented house so that the people high up will pity me and exempt me from sitting for it.

I hate exam so much that...I study very hard to pass it.

How much do YOU hate exams?

P/S: Kenapakah kebencian aku melibatkan api, dan api lagi?

Friday, April 25, 2008

kasyah


Satu lagi 'tag', yang kali ini dimandatkan oleh saudara Kasyah yang tak berapa nak bersaudara dengan aku, melainkan sebagai seorang saudara sesama Islam. "8 random facts about you," adalah tajuknya. Aku tak pasti sama ada aku pernah membuatnya atau tidak. Macam pernah, tapi aku tetap akan menjawabnya supaya kalian boleh menilai aku sebagai seorang yang tidak konsisten dalam menjawab soalan.

Fakta terkini tentang Jet dan ianya ada lapan, dan lapan lagi:

1. Aku pakai 'deodorant' bauan lelaki dan mendapat ketenangan. Oh, hal ini dah berlaku lama. Aku pening dengan bau wanita. Dan sebab aku suka bau abang aku.

2. Aku merasakan bahawa aku akan berkahwin lewat sebab aku nak jaga mama aku dulu. Tapi tentulah takdir aku ditentukan Yang Maha Esa.

3. Aku benci budak-budak yang bodoh bebal dan main baling-baling kertas dalam bas, saja-saja nak kenakan aku. Aku harap mereka mati kena langgar kereta. Macam s**l. Kalau anak orang Malaysia dah lama aku jerit, 'Oi mangkuk, baru je balik sekolah, kau dah lupa adab? Moral kau mana hah? Mana?' Sambil membaling buku pendidikan moral tepat ke muka mereka. Maka setiap hari aku akan membawa lebih kurang 100 keping buku tersebut supaya dapat dibalingkan sama rata pada wajah mereka.

4. Aku tak berapa bijak dalam mengendalikan wang dan selalu boros berbelanja. Malahan, aku tak ada 'saving' pun dan itu adalah satu isu yang merisaukan pelbagai pihak. Haha. Dan dalam pada masa yang sama aku telah buat rancangan untuk beli tiket untuk ke Jepun, belanja seorang rakan untuk ke Jerman, dan Bzz, akan dapat sebuah gitar elektrik. Pelik ke tak pelik? Ada lagi satu janji kepada Ijad, yang aku tak ingat apa. Haha. Dah, jangan buat aku janji yang bukan-bukan. Mungkin aku sebenarnya 'manic'.

5. Aku nak cepat-cepat berambus balik Malaysia dan tunjukkan bahawa aku walaupun minda senteng dan bebal yang amat, aku boleh bekerja sebagai doktor yang dihormati. Oh, penyataan ini dibuat atas dasar komen Dr. G iaitu aku kena pandai berinteraksi dengan yakin untuk mendapat hormat dari orang lain. 'Well, you should have seen how I worked in Malaysia last January."

6. Aku terima kritikan dan cemuhan orang seadanya. Walaubagaimanapun, aku mengambil masa untuk 'reasoning' dan kemudian akur untuk menerima kelemahan diri aku. 'I kick myself in the head if I miss something that another person could spot.' Pasal tu aku tak suka main teka-teki. Haha.

7. Aku rindu 'my little ones.' Tak sabar nak menunggu Ogos.

8. Ini bukan fakta terkini, tapi fakta sejak 7 tahun lalu. Aku bawa Robi kemana-mana saja aku akan bermalam lambang ianya sangat penting, pemberian seorang mama.

Sunday, April 20, 2008

kepada nad dan baez


Eh. Dah lusa ke? Haha. Aku telah berjanji dengan Baez dan Nad untuk buat tag ini. Maka, aku langsaikan. Maaf kerana sedikit lewat.

RULE :
  • Name 4 Things That Need To Be Invented
  • Name 4 Things That Should Never Have Been Invented
  • Name 3 Things I do not know about you
  • Name 5 Snacks you enjoy
4 benda yang perlu dicipta adalah:
1. 'Vendor machine' yang menjual mihun goreng KMJ. Aku dalam fasa mengulangkaji pelajaran dan setiap kali belajar, aku 'kangen' dengan mihun goreng KMJ yang menyayat jiwa kerana itulah ruji makanan aku sewaktu 'final' di matriks terutama sekali waktu 'stay-up'. Oh, sedap gila babeng. Aku beli sedari abang tu tak pandai goreng mihun sampailah dia jadi profesional dan menjadi buah mulut orang ramai. Sekarang aku nak ada mesin 'vendor' supaya ia boleh didapati dimana-mana, umpama mesin Coca-cola.

2. Badan yang keluar berjoging pada pukul 6 petang setiap hari dengan sendirinya, tanpa ada motivasi dan fikiran-fikiran negatif seperti, 'Oh, angin kuat.'' Hari mendung.'' Perut lapar.' Dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

3. Pakaian yang tak perlu dibasuh, digosok, dilipat, digantung, dan sebagainya. Umpama bercakap tak perlu ada pakaian. Haha.

4. Bilik yang mengemas dan menyapu dirinya sendiri. Sila sedar bahawa sekarang tengah 'exam mode.' Jadi kehidupan adalah tidak terurus dan kalau boleh tak mau buat benda lain selain ulangkaji. Walaupun benda lain itu adalah penting juga.

4 benda yang tak harus dicipta adalah:
1. Duit. Sebab ia memeningkan. Patutnya semua orang macam 'give and take' saja. Contohnya, kalau aku duduk dekat rumah pakcik Kadri, pakcik Kadri akan berkata dengan penuh kasih sayang, 'Oh, tak payah bayar sewa. Tinggallah lama mana. Kalau nak keluar, keluar. Saya tak kisah.' Ataupun orang Dell kata, 'Apa? Nak Dell Inspiron 1525 berwarna ungu, hijau, biru, merah dan hitam supaya dapat bertukar-tukar laptop mengikut 'mood'? Baiklah. Nah, amik semua. Putih tak payah, sebab Kamen dah beli.' Ataupun bila aku nak balik Malaysia, dengan tenang dan secara tiba-tiba Emirates berkata, 'Amiklah tiket ni. Free. Guna bila-bila masa kamu nak balik.'

2. Kereta. Supaya semua orang jalan kaki, tak 'eksen' dengan kereta masing-masing, dan mak-mak kita tak tanya, 'Boyfriend kau drive kereta apa?'. Dan supaya jantung kita semua sihat. Adakah kemudian mak-mak kita akan bertanya, 'Boyfriend kau jalan pakai selipar apa?' Dan dengan itu, aku 'ban' selipar juga.

3. 'Circus.' Badut dan yang sewaktu dengannya. Aku tak nampak relevan dalam penciptaan watak tu. Sesuatu yang buat orang dapat 'nightmare' je. 'Stress' bila menontonnya.

4. Sempadan dan kastam. Menyebabkan kita nak kena pakai pasport, buat visa, dan lain-lain 'procedure' untuk ke negara lain. Entahlah. Menyusahkan, walaupun aku nampak relevannya dalam perkara itu. Untuk keselamatan kan? Dan untuk 'implement' undang-undang yang sesuai dengan tempat tersebut. Tapi, ah. Ikut suka hati akulah nak 'ban' apa. Kau nak kecoh, sila jawab sendiri 'tag' ni.

3 perkara yang kalian tak tau pasal aku:
1. Ramai melabelkan aku sebagai: 'Heartless', ganas, kerek, garang, mekanik dan kurang emosi. Walaupun sesetengah menganggap bahawa aku patut rasa terhina dengan kata-kata itu, aku sebenarnya berasa 'honoured' tapi tak merasakannya ia tepat untuk aku.

2. Akan obses pada sesuatu/seseorang untuk satu jangka masa, jika aku benar-benar suka.

3. Waktu aku menaip ni, aku tengah tahan kencing. Hah, kalian tau ke?

4. Jawapan ketiga yang sebenar adalah aku 'health freak' tapi aku tak konsisten. Kadang-kadang aku ada 'urge' untuk menjadi 'hypochondriac' yang sejati.

5 makanan ringan yang aku suka pada saat ini adalah:
1. 'Tunnock's dark chocolate tea cakes'
2. 'Asda's chocolate truffles'
3. 'Mc Cloy's salt and vinegar crisps'
4. 'Crinklys: Baked mini cheddars'
5. Wrigley's chewing gum

Oh. Ini ke snek yang dimakan oleh 'health freak'? Haha. Penipuan apakah yang berlaku? Mungkin patut cakap fakta ketiga: Aku suka menipu. Kecuali bab bila aku memang nak pergi kencing. Eh tak. Kadang-kadang itu pun aku tipu juga. Ahah. Dah melalut. Dan lain-lain tentang aku yang kalian tak tau pasal aku, itu semua jawapan menipu kerana ikhlasnya, tak ada apa tentang aku yang kalian tak tau. OK. Tipu lagi.


Thursday, April 10, 2008

teg teg


Haha. Terima kasih kepada Baez dan Nad Nad atas 'tag' ini. Aku benar-benar terhibur membuatnya.

The rule is simple. Turn your ipod/mp3/mp4/winamp/phone mp3 player on, have your songs shuffled and write down the answers below according to the shuffled list (no need to suit the songs with the question). It may sound ridiculous at one time but continue-lah answering. :)

'No cheating!!'

1) IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?

Jambatan Mana - Elyana

2) WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?

Kasih Berkalih Tuju – Elyana

3) WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

Laskar Cinta ‘Chapter One’ – Dewa
4) HOW DO YOU FEEL TODAY?

Takkan Melupakanmu - Radja

5) WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

Kamu - Nitrus

6) WHAT IS YOUR MOTTO?

Kalis Rindu - Elyana

7) WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

Pendosa – Sheila on 7

8) WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?

Dengarkan Aku – Andra and the Backbone
9) WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Engkau - Nidji
10) WHAT DO YOU THINK OF YOUR BESTIE?

Laskar Cinta ‘Chapter Two’ – Dewa

11) WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?

Tak Ada Yang Abadi – Jikustik

12) WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Hanya Ingin Kau Tahu - Repvblik

13) WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

Mudik – Radja

Hei. Kenapa kawan-kawan aku fikir aku pendosa? Haha. Wow. Aku rasa jawapan yang diberikan di atas sangat kena, bertepatan dan menjawab soalan seolah-olah aku menjawabnya dari hati aku sendiri. Dan untuk pengetahuan kalian:

Mudik adalah kegiatan perantau untuk kembali ke kampung halamannya. Mudik di Indonesia identik dengan tradisi tahunan yang terjadi menjelang hari raya besar keagamaan misalnya menjelang Lebaran. Bagi sebagian besar masyarakat Indonesia, khususnya masyarakat Jawa, Mudik boleh dikatakan sebuah tradisi yang mutlak harus dilaksanakan. Pada saat itulah ada kesempatan untuk berkumpul dengan sanak saudara yang tersebar di perantauan, selain tentunya juga sowan dengan orang tua. Wikipedia

Aku memang nak jadi mudik bila aku besar nanti. Pembalik kampung yang tegar.

Sila buat, sesiapa yang berkenaan: Zu, Wani, Deanna, Sid, Majod, Bzz, dan yang tidak menyekutukan Allah.

temuduga pertama


Bagi yang tidak tahu, terutama Dr. G yang sedang mencari-cari aku ASAP lagaknya, aku telah ke London bermula Ahad lalu dan baru saja pulang semalam. Tujuan ke London ada dua:
1. Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
2. Temuduga sosial

Jadi, di sini inginlah aku cerita serba sedikit tentang kisah temuduga aku. Yang pertama, bukan yang kedua. Aku tak tidur lena pada malam sebelum temuduga. Bukan kerana aku risau atau terlampau ghairah untuk temuduga itu, tetapi kerana bilik tempat aku menginap adalah sangat sejuk. Lokasinya di tepi jalan dan strukturnya yang tidak 'sound-proof' juga adalah antara faktor yang menyebabkan aku tak dapat lena dengan baik pada malam itu. Akhirnya aku ke bilik temuduga dengan wajah yang penat dan mengantuk. Tak seperti makhluk Minci yang 'hyperactive' dan 'cheerful' itu. Jika Minci ditegur kerana terlalu 'cheerful', aku pula ditegur, 'You look so tired this morning.' Aku tersengih, 'Yes, I didn't get a good sleep last night.'

Soalan-soalan yang aku terima agak dahsyat juga. Tapi aku tak kisah, kerana semua yang mereka tanya, mereka dengan senang hati menjawabnya sendiri. Kerana tak ada jawapan yang keluar dari mulut aku. Antaranya:
1. Siapa Ketua Setiausaha Negara?
2. Siapa Ketua Pengarah Kesihatan?
3. Apakah misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia?
4. Selain daripada KKM, kementerian mana lagi yang membuat kempen kesihatan?
5. Penyakit berjangkit di Malaysia dan 'management'
6. Penyakit tak berjangkit di Malaysia dan 'management'
7. Vaksin untuk mencegah kanser

Aku menjawab sekadar yang aku tau. Adalah amat mengecewakan apabila kau telah baca semua ini tapi kau tak dapat menjawab kerana otak kau 'blank'. Aku hampir-hampir hendak menjawab KSN adalah Datuk Idris walhal jawapan sebenarnya adalah Tan Sri Mohd. Sidek b. Hj. Hassan. Siapa Datuk Idris, adalah sangat misteri. Nasib baiklah aku sekadar mengunci mulut dan berkata, 'Er..I am not sure.' Dan soalan tentang misi dan visi KKM yang telah aku dalami dan pelajari, adalah suatu malapetaka. Apabila ditanya, aku menjawab, 'Yes, I've read about it. Er..' 'What is it?' 'Er..err..' Aku hanya memandang syiling dan berdoa ada jawapan tertera di situ. Tapi hampa. Memang orang yang bertanya tadilah yang menjawab soalannya sendiri. Aku tak ingat!!! Umpama orang bodoh yang memang sedia bodoh. Tapi betul Encik, saya dah baca!

Tak cukup dengan muka penat aku, aku ditegur tentang yang lain pula. Soalan pembuka berbunyi begini, 'So, what do you do to keep fit?' Aku jawab, 'Oh, I take supplement. I try to do aerobics and jog every now and again.' Kemudian tiba-tiba penemuduga bersyarah tentang kesihatan. Katanya lagi, 'What's your BMI (body mass index)? You're underweight, kan?' Aku terkejut, 'What the..' 'Eh. Tak. Saya within normal.' Dan bermulalah syarahan tentang aku kena makan banyak sikit dan tambah berat badan. Kerana katanya, apabila aku mula bekerja, aku takkan mempunyai banyak masa untuk menjaga pemakanan dan aku akan menjadi lebih kurus. Apakah? Walhal, aku telah ke sesi temuduga itu dengan berbaju kurung yang tentunya tak menampakkan aku kurus. Aku fikir, kalau aku pakai baju kebiasaan aku ke hospital, adakah mereka akan kata aku 'anorexic' pula? Pelik. Pelik. Aku pandang penemuduga umpama dirasuk oleh roh mama aku. Cara dia bercakap tentang menambah berat badan, sama seperti mama.

Sebaik keluar, pegawai di bilik 'administration' bertanya, 'Macam mana? OK?' Aku menjawab, 'Entah, dia suruh saya makan banyak sikit.' 'Haah, kau ni kena makan banyak sikit. Kang pesakit-pesakit yang besar tuh, macam mana kau nak angkat.' Eish, akak ni belum tengok 'muscle' aku. Katil besar kat rumah aku tu, aku je yang larat nak angkat. Kakak dengan mama aku yang besar pun tak larat nak angkat tau! Aku menjawab, 'Alaa. Boleh je saya buat push-up semua, bagi muscle saya besar.'

Tak faham. Kenapa berat badan pun nak dikomen?

Selain daripada itu, wujud semula kisah tentang kad pengenalan aku yang hilang. Jika aku tak ada kad pengenalan, iaitu seperti situasi aku sekarang, tawaran bekerja aku akan dibatalkan. Saya seru kepada rakyat Malaysia yang gagah, untuk menemankan saya ke balai polis. Saya ada 'report' yang hendak dibuat. Dan semua orang di pejabat 'administration' itu dah tau, bahawa Jet walaupun 'macho' dan gagah, kad pengenalannya masih disimpan oleh mamanya. Ceh!

Friday, March 28, 2008

tag superhero


OK. Orang dah mula bising-bising bertanya bila aku nak buat 'tag' oleh Spenderman. Ya. Ya. Aku buatlah ni. Terlebih dahulu, terima kasih kepada Spenderman atas tugasan yang dimandatkan.

1. Apa 'superpower' idaman anda? Satu sahaja.
'Superpower' idaman aku adalah menyerap tenaga kemarahan, panas baran, kejahatan, ketidakadilan, kekufuran dan semua yang sekutu dengannya, hanya menggunakan tuala. Pelik? Pelik tapi benar, kalian.

2. Siapa 'superhero' atau watak yang mempengaruhi pilihan itu?
Aku nak 'eksen' dan cakap bahawa ini tak dipengaruhi mana-mana watak. Al-maklumlah aku jarang menonton cerita-cerita 'superheroes'. Tapi aku ada juga menonton Totally Spies, Kim Possible, My Life as a Teenage Robot, dan juga mengenali Rouge X-Men. Semua ini watak yang aku gemari tapi tak mempengaruhi pilihan aku. Asasnya tetap sama: Ingin mengalahkan kejahatan. Aku percaya bahawa pilihan aku ini lebih dipengaruhi oleh pramugari-pramugari kapal terbang yang memberi tuala panas untuk menyegarkan penumpang. Mungkin juga dipengaruhi oleh iklan 'kitchen towel' yang pantas menyerap tumpahan cecair. Dan satu lagi iklan wanita yang malas aku nak sebutkan di sini.

3. Kenapa 'superpower' yang itu?
Senang saja alasan aku. Kerana aku pemalas. Bukankah lebih baik aku kasik tuala saja kepada musuh aku dan dia terus saja menjadi tenang, daripada aku berlawan-lawan dengan penuh aksi tonggang terbalik dan berpusing-pusing untuk meraih kemenangan? Kenapa nak bersusah-susah sedangkan kita diberi kelebihan untuk memilih 'superpower' idaman kita di dalam 'tag' ini? Hiduplah dengan mudah, supaya darah kita tak tinggi, kencing kita tak manis. Memberi tuala panas adalah kerja yang tak memenatkan. Kualititas maksima yang aku perlukan hanyalah mengenalpasti orang itu benar-benar jahat atau marah dan bukannya sedang menjalani penggambaran filem atau pun terdesak hendak ke tandas. Intuisi sebegini tak memerlukan tenaga. Tambahan pula, kostum aku tak sesuai untuk bertendang-tendangan, berterbang-terbangan dan membuat aksi-aksi 'cheer-leading' di medan perang.

4. Apakah kelemahan kamu?
Oh. Aku sangat tak boleh nampak cecair dan bendalir. Kalau nampak, pasti aku akan lap hingga kering sehingga menggangu-gugat kerjaya aku sebagai 'superhero' idaman Malaya. Kalau kalian nak gaduh-gaduh, lawan-lawan secara fizikal, aku minta tolong sangat-sangat kalian jangan berpeluh. Karang sibuklah aku mengelap peluh kalian daripada menyerap aura jahat. Untuk itu, aku akan menggesa kerajaan agar memastikan seluruh rakyat Malaysia memakai deodoran anti-peluh, terutama sekali bagi mereka yang suka buat jahat dan berkejahatan tinggi. Jangan lupa 'spray' di dahi bagi mengelakkan peluh jantan daripada mengalir.

5. Apakah nama 'superhero' kamu?
Namanya, seperti tuala itu, yang menyerap tenaga jahat: Towel Lady. Kalian jangan pandai-pandai pula nak 'translate' nama 'superhero' ini ke Bahasa Melayu tunggang langgang hingga berbunyi 'tuala wanita'. Dan jangan bagi 'pet name' yang berunsur-unsur itu. Aku piang kang. Watak 'superhero' aku ini bukan sahaja memberikan tuala panas iaitu senjatanya yang berkuasa menyerap aura jahat, malahan dia juga menggunakan tuala sebagai kostumnya. Kalian perasan yang aku menggunakan kata ganti diri kedua iaitu 'dia' dan bukan 'aku' disitu? Kerana dia berkemban dan aku tidak. Haha. Hei. Hei. Jangan meliar fikiran tu. Fokus kalian, fokus!

6. Motto 'superhero' kamu pula?
Sambil berlalu pergi dan menoleh sekilas ke arah bekas musuh aku yang kini telah tenang dan insaf aku akan berkata, 'Fits me, my body, my life.'

Ahahahahahhahahahahha.

Dengan ini aku 'tag' manusia-manusia yang ingin mempamerkan kuasa di dalam diri mereka. Malas aku nak sebut nama kerana tak mau serabut otak kalian memikirkannya.

Sekian. Selamat berhujung minggu. Bzz, hutang langsai. OK tak?

Sunday, March 23, 2008

tag dari preston


Ahah. Meniru tajuk Minci. Terima kasih atas 'tag' anda. Inilah hasil pembikinan aku.

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

(a) Apple - Mac berwarna putih.
(b) Tiket penerbangan balik ke Malaysia, pergi-tak-balik-balik pada hari ini, di saat ini.
(c) 'T-shirts' yang 'cool', pelbagai warna dan corak yang 'fun', serta menenangkan aku.
(d) Kereta mewah yang besar dan maskulin, beserta seorang 'driver'.
(e) Tajaan untuk menjalani rawatan kulit.

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

(a) Supaya aku boleh 'feeling-feeling' Gadis sambil menaip sesuatu di atas skrinnya. Dan kerana putih kelihatan begitu suci.
(b) Aku nak berada di samping mereka yang berada di Malaysia, jauh dari kesejukkan bulan Mac.
(c) Memakai 't-shirts' yang kena dengan 'mood' aku akan menjadikan hari aku lebih menyeronokkan.
(d) Entah. Sekadar nak rasa kaya dan 'macho' tapi malas nak memandu.
(e) Seperti Nad, supaya kulit lebih licin dan sekata. Ahah.

THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS: Minci

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:
(a) Bijak
(b) Baik dan mengutamakan orang lain
(c) Rempit
(d) Mempunyai intonasi 'respon' yang pelik-pelik
(e) Busuk

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:
Oh. Terlampau banyak. Umpamanya mengadakan majlis hari jadi aku dengan bersungguh-sungguh hingga aku 'blushing-blushing', belanja aku tiket pergi-balik London, memandu aku pergi-balik Putrajaya, teman aku 'dating' dan semua benda-benda kecil yang dia buat untuk aku. Oh, juga selalu menjadi setiausaha peribadi yang penyabar.

MOST LOVED INVENTION (doesnt have to be technically advanced)
Tiru Nad: Yahoo Messenger

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:
Orang yang tak fikir tentang orang lain.

6 PEOPLE YOU WANNA TAG:
1- Abrar Adit [matilah letak bunga nombor satu]
2- Bzz
3- Zuriani Kasim
4- Deanna
5- Minci [recycle adalah digalakkan]
6- Semua manusia yang sengaja atau tidak, membaca isen ini

Sekian~

P/S: I think I've drowned Abrar. Err. Isk!

Friday, March 14, 2008

keserasian


Sumber gambar: BradFitzpatrick
Conformity:
  1. Similarity in form or character; agreement: I acted in conformity with my principles.
  2. Action or behavior in correspondence with socially accepted standards, conventions, rules, or laws: conformity to university regulations.
Compatibility:
  1. Capable of existing or performing in harmonious, agreeable, or congenial combination with another or others: compatible family relationships.
  2. Capable of orderly, efficient integration and operation with other elements in a system with no modification or conversion required.
Sumber: Dictionary.com

Wow. Akhir-akhir ni fikiran aku berkecamuk. Aku 'confuse' dan 'drowsy' umpama baru lepas terkena serangan sawan. Mungkin juga aku kena 'stroke' iaitulah angin ahmar. Aku benar-benar perlukan bantuan kalian. Tolong tafsirkan untuk aku apa itu 'keserasian'. Dan adakah ia sesuatu yang sedia wujud dalam sebuah perhubungan, atau sesuatu yang perlu dipupuk?

Sila hantarkan penyertaan kalian di kotak komenan yang tertera. Kerjasama kalian amat aku hargai. 'Silent readers' amat-amat digalakkan untuk turut serta.




Tertakluk pada terma dan syarat yan ditetapkan. Sila jangan tiru jawapan aku yang ditiru daripada kamus. Aku ketuk nanti.

Untuk main-main, sila klik sini.