Monday, May 25, 2009
rindu
Ramai yang aku tak 'contact' sekarang. Dan aku tau ramai yang malas nak 'contact' aku dah. Tak lupa kepada rakan-rakan yang mendapat respon 'keras' bila menghubungi aku, kerana salah masa. Waktu kerja adalah waktu yang paling tak sesuai untuk mencari aku sebab kemungkinan untuk aku 'snap' adalah tinggi. Aku memang orangnya yang jenis hidup dalam waktu itu...'in the present'. Bukan aku tak ingat kawan-kawan aku, apatah lagi tak merindui kalian. Ada perasaan tu. Cuma lumrahnya, aku jenis orang yang hidup dengan apa yang aku ada. Dalam kehidupan aku sekarang pun, aku pada mata teman-teman sekerja pun, adalah seorang yang senyap dan kurang bergaul. Kesimpulannya, aku ingin memohon maaf pada kalian yang mungkin terasa hati dengan aku.
Keadaan persekitaran aku sekarang menyebabkan aku lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Angkuh bunyinya. Kadang-kadang aku terfikir tak adakah kawan-kawan perempuan yang 'best' seperti kawan-kawan di sekolah, di matriks, dan di UK. Pada masa itu, semua kawan-kawan aku adalah perempuan. Tiada lelaki. Aku rindu pada kawan-kawan perempuan aku yang 'cool' dan tak 'bitch'.
Majoriti perempuan yang ada dalam 'environment' aku sekarang adalah perempuan-perempuan yang suka 'bitch around' dan mengumpat ibarat tak ada orang yang lebih bagus daripada diri mereka sendiri. Dan mereka sangat kuat 'complaint'. Adoii. Sakit telinga aku. Kerana itu, aku hanya akan mendiamkan diri apabila ada di persekitaran mereka sambil menyumpah dalam hati, 'Shut up bitch.'
Masa di UK dulu, mana ada kami mengumpat dan 'complaint' tak puas hati pasal semua orang. Kami hanya berkongsi kisah hidup, kongsi pendapat. Kalau mengumpat pun tak adalah se'intense' umpatan Makcik Bedah kampung sebelah. 'Dear bitches. Just shut up OK? It'll make this world a much happier place. '
'Department' pertama aku memberi aku peluang untuk berkawan dengan ramai lelaki. Lepak. Sempoi. Rileks. Kerana mereka sendiri tidak berlagak seperti malaikat. 'All they ever do is skip work and smoke'. Kadang-kadang pegang kepala aku semacam adik kecil. Haha. Aku rindu keadaan itu. Kena dengan jiwa aku. OK. Bunyinya agak pelik dan 'sexist' tapi percayalah kalian, jika kalian mengetahui aku ni jenis yang bagaimana, kalian akan memahami situasi aku.
Yang pasti, sekarang aku masih 'stuck' dengan 'bitches' dan merindui 'angels' dan 'martians' aku. Ikhlasnya, aku rindu kalian. Tolong hadir semula dalam kehidupan aku.
Saturday, January 31, 2009
bodo ah
Aku tak tau bagaimana nak membuka cerita. Aku lihat dia tersengih. Padahal aku baru saja menangis. Aku tau dia tak suka sedih. Dia cuba untuk menceriakan aku. Terima kasih.
Cinta yang terhalang bukan hanya terdapat dalam cerita dongeng. 'Happy ending' itu yang dongeng sebenarnya.
OK. Dah. Tamat. Adik aku dah balik. Tak boleh nak cerita panjang-panjang.
Saturday, November 08, 2008
kemalangan
Kelmarin aku menyaksikan sebuah kemalangan di hadapan mata aku sendiri. Kemalangan aku sendiri? Ah, tak payah. Memang tak ingat. Kalau cerita pun, memang diadaptasi daripada mulut adik aku. Baik kalian tanya dia.
Aku berlari anak atas 'treadmill'. Aku menghadap keluar tingkap, betul-betul memandang simpang tiga itu. Sebuah motor mau keluar simpang. Entah di pandangnya kiri dan kanan atau main keluar saja, aku tak tau. Tapi sebuah kereta laju melanggar bahagian depan motor itu. Kereta tak berhenti. Si penunggang motor jatuh ke jalan raya, pecah bahagian depan motornya. Kereta tetap terus laju. Meninggalkan tempat kejadian.
Penunggang motor bingkas bangun. Mengutip serpihan-serpihan yang bertaburan atas jalanraya. Sudahlah tak bertopi keledar. Kalau kepala kau yang kena sambar dengan kereta tadi, bagaimana?? Dari kejauhan tampak dia dalam keadaan marah. Tentu sekali, kerana yang melanggar tidak endah untuk berhenti. Tapi salah bukan di satu pihak saja. Yang keluar dari simpang pun tak memandang.
Bila manusia tak merasakan tanggung jawab. Bila manusia tak berasa kasihan. Bila manusia berasa takut.
Aku meletakkan diri aku dalam situasi penunggang motor. Sakit hati, malu, marah. Pecah motor aku!!! Dah lah tak ada orang tolong! Arghh! Aku akan cari pemilik kereta tadi. Aku akan telefon seluruh geng aku. Akan aku pukul habis-habisan pemandunya hingga longlai dipapah masuk hospital. Baru aku puas!
Aku meletakkan diri aku dalam situasi pemandu kereta. Ah, siapa suruh kau main keluar simpang tak membuka biji mata, bodoh? Eh, rambut perang dan 'punk' pulak tu, jangan harap aku nak berhenti. Entah-entah dia nak pukul aku ke. Panggil geng ke. Bukan betul orang-orang macam ni. Baik aku berambus. 'So long sucker!'
Mentaliti masyarakat yang patut diubah. Mentaliti manusia yang berlari atas 'treadmill' itu juga harus diubah.
Belajar bertanggungjawab. Beranikan diri jika benar. Atau sekurang-kurangnya, biaskan cahaya kemanusiaan dalam diri - BANTU.
Friday, November 07, 2008
latest
Tahap pelupa aku semakin membimbangkan. Mungkin sesetengah kalian sedia maklum bahawa aku telah terlibat dalam kemalangan 5 Syawal yang lalu. Boleh dikatakan kejadian tu dah meragut sedikit sebanyak daya ingatan aku yang dah sedia lemah ni.
Bagi orang-orang yang dekat dengan aku: Kamen, Fiza, Huda, NadNad, kalian dah tau perangai aku yang suka hilangkan barang dan tak terurus. Bayangkan sikap aku dulu, ditambah dengan 'short term memory loss' yang aku alami sekarang. Susah nak aku ceritakan tahap ke'kronik'annya. Biar aku kongsikan beberapa contoh. Kalian, ini benar-benar terjadi. Bukan cerita-cerita rekaan.
Mama minta air Horlicks. Aku datang bawa Milo. Itu tak apa lagi. Mama merungut. Tapi merungut senyap-senyap pada adik.
Mama minta pula air Milo. Aku bawa segelas Ribena. Mama tanya, 'Kenapa air ni sejuk?' Dah Ribena, 'What do you expect?' Aku sedar aku silap. Tapi aku terus saja tidur. Dengusku dalam hati, 'Lain kali Mama minta Ribena, aku nak kasi Horlicks pulak!'
Mama minta roti bakar pula kali ni. Nasib baik aku datang dengan roti juga. Tapi tak dibakar. Mama merungut. Aku menjerit kuat, 'Bakarlah woi! BAKAR!' Aku jeritkan diri aku sendiri. Mama tergelak.
Zuriani duduk betul-betul di sebelah. Ditanyanya pada aku, 'Jet, mana tandas?' Aku jawab 'Situ'. Aku sangat yakin dia ada di sisi sepanjang masa. Tak lama kemudian aku bertanya kembali, 'Eh, tadi kau tanya toilet, dah pergi dah?' Dia membuntangkan matanya, 'Eh..dah lah Jet!!' Sumpah aku tak ingat kau bergerak, Zu.
Bie telefon. Katanya ada kerja. Ada budak lemas. Dia sibuk menguruskan hal itu. Malam tu gaduh besar. Aku mempersoalkan kenapa dia tak 'call'? Kenapa tak 'message'? Katanya, 'Kan dah cakap. Ada budak lemas. Sibuk. Tak ingat eh?' Sekali lagi: Sumpah, aku tak ingat! Tapi bila 'check' log, memang benar dia ada 'call'.
Macam mana nak hidup kalian? Aku bakal kerja. Adakah aku akan jadi bahan maki di hospital nanti? Dah berbuku-buku vitamin B aku telan, hasilnya tetap sama. Ah, doakan aku kalian. Minta sangat-sangat.
Aku rasa, selain memori yang kian pudar, telinga aku juga makin pekak. Kualiti inikah yang kalian mahukan dalam seorang yang bakal bekerja di hospital? Janganlah ada pula nyawa yang melayang disebabkan hal ini.
'Eh, saya terlupa nak keluarkan 'scalpel ' dari perut si fulan, doktor...'
Bagus...bagus.....
Saturday, September 20, 2008
serba salah
Tuesday, September 16, 2008
persoalan
Friday, September 05, 2008
kamben haram
Wednesday, August 13, 2008
balai
Semalam aku ke balai polis. Haha. Menaip ini pun aku rasa nak tergelak walaupun jam baru menunjukkan jam 8 pagi dan aku tak cukup tidur. Jika kalian tau bagaimana aku yang sebenar, waktu ini aku akan meragam.
Balai polis. Pertama kali aku ke balai polis untuk membuat aduan kehilangan kad pengenalan. Ikhlasnya kalian, aku 'nervous' tapi aku kuatkan juga semangat untuk pergi. Berulang-ulang kali aku ajak Mama dan Along. Aku kata, 'Mama yang hilangkan. Mama kena ikut.' Haha. Pagi itu, sebelum semangat aku bubar, aku terus saja mandi dan bersiap-siap. Kelihatan seperti aku 'excited' untuk ke balai walhal aku tak nak api semangat itu padam sebelum waktunya.
Aku keluar kereta dan kami bertiga berpandangan. Mama, Along, aku. Siapa nak masuk dulu. Akhirnya anak saudara aku yang berusia dua tahun terkedek-kedek masuk ke dalam balai dahulu dengan kami membantunya menolak pintu. Balai lengang. Yang ada cuma seorang pegawai polis. Waktu itu jam sudah pun melepasi pukul 12 tengahari tapi seakan tak 'register' dalam fikiran aku bahawa mereka keluar makan. Manalah aku tau. Aku tak pernah pergi balai.
'Part introduction' ini akan aku ingat sampai mati. Dengan 'nervous'nya aku ke kaunter dan memberi salam. Kataku dengan berdiri tegak dan memintal-mintal tali beg, "Kad pengenalan saya hilang. Saya nak buat 'report'." Segala penerangan aku berikan dalam posisi tersebut. Mulut aku bercakap tanpa henti hinggalah cerita aku tamat. Pegawai itu tersenyum nak tahan gelak, "Eh, duduklah dulu." Ya ampun! Malu aku! Oh ya, satu lagi fakta yang menyebabkan aku 'nervous' tak tentu pasal adalah sebab pegawai itu muda dan sangat kacak. Haha. Kalau pakcik tua tak 'handsome', dah lama aku duduk selamba dan meneruskan cerita sambil mengangkat-angkat tangan penuh aksi. Oh, I wish!
Keluar segala fakta bahawa aku belajar di luar negara. Pegawai yang kacak banyak bertanya, penuh dengan rasa takjub.
'Oh, belajar mana?'
'Manchester.'
''Best' tak belajar luar negara?'
''Best'. Tapi tak boleh duduk lama-lama.'
'Tak takut?'
'Hah, nak takut apa?'
'Awak tak apalah. Tau cakap mat salleh.'
Aku tergelak.
'Ingatkan Myvi yang hilang.'
Bertambah gelak aku.
Sesi membuat 'report' terasa sangat lambat. Kerana dia lambat-lambat membuat kerja dan terpaksa mengulang kerja kerana taipan 'report' yang pertama 'hilang'. Maklum sajalah, zaman IT dan komputer. Aku yang masih berbaki 'nervous' memandang dinding, melayan anak saudara, dan melakukan semua benda yang pelik-pelik. Dalam pada masa yang sama, aku tersengih-sengih nak menahan gelak. Aku masih tak percaya aku berada di balai. Dan di hadapan pegawai yang kacak.
Selesai urusan 'report', aku mula hendak membayar yuran. Waktu itulah berduyun-duyun pegawai polis masuk. Salah seorang kelihatan lebih 'senior' daripada yang lain. Dia menyibuk nak melihat kenapa aku ada di balai. Dan seperti orang-orang tua biasa dia berkata, "Hah? Hilang IC?" Kecoh ah lu pakcik. Buat-buat terkejut pula. Macamlah aku seorang yang hilang IC.
Aku terpaksa mengulang cerita. Kali ini lebih laju dan yakin. Aku menceritakan bagaimana aku meninggalkan IC aku di Malaysia kerana aku belajar diluar negara dan ianya hilang ketika rumah aku sedang diubahsuai. Aku siap menambah, "Saya memang tak bawa ke sana sebab tak mau hilang. Abis dah nak hilang. Itu tak dapat nak dielakkanlah," apabila dia meningkah bahawa aku patut membawa IC aku bersama ke luar negara. Hoh, kadang-kadang aku agak 'blunt'. Nasib baik aku tak dicampak masuk ke dalam lokap. Dia berlalu pergi, mungkin puas dengan jawapan aku. Haha. Pegawai polis yang sedari tadi melayan aku berkata sesuatu dengan nada berbisik, tak dapat aku fahami kerana pelat Kelantannya yang pekat. Tapi seakan berkata, "Bagus awak cakap tu."
Dan aku sangat yakin itu yang dia katakan kerana selepas itu lebih jelas kedengaran dia bersuara, "IC orang, suka hati oranglah! Ya tak?" Dan aku cepat-cepat keluar balai, masuk ke dalam kereta dan tergelak besar.
Hari ini tengoklah. Mungkin nak bergaduh dengan orang di Jabatan Pendaftaran pula. Haha!
Wednesday, June 18, 2008
jalan
Aku tak pasti sama ada kalian tau tentang kisah ini. Kisah tentang bagaimana aku berada di atas jalan ini. Jalan untuk menjadi seorang doktor.
Satu masa dulu, mulut ini penat mengulang kisah yang sama. Kisah yang kini jarang mulut ini nak bercerita. Sebab pemilik mulut sudah besar, sudah boleh berfikir.
Dulu, kalau orang bertanya, kenapa aku memilih jalan ini, aku akan menjawab, "Ayah suruh." Aku akan menyambung, "Ayah nak sangat seorang daripada anak-anaknya menjadi doktor, dan aku menjadi pilihannya. Ayah sanggup menghantar aku ke mana-mana saja di atas muka bumi ini agar pangkal nama aku tersandar dengan gelaran itu. Ayah tak pernah tanya sama ada aku mau atau tidak mau. Ayah pilih jalan untuk aku. Aku yang tak ada jalan, mengambil apa saja yang disuakan kepada aku. Yang pasti, aku lebih suka seni dan jalan yang sealiran dengannya. Jelas sekali ia dah terpesong. Kata Along, 'Kalau tak nak, cakap dengan ayah, tak nak.' Aku tak ada keberanian untuk menyatakan apa yang aku rasa kepada ayah. Ah, aku memang tak pernah pandai melahirkan apa-apa perasaan aku dengan kata-kata."
Keras bunyinya. Semacam aku memilih jalan ini kerana terpaksa. Tapi aku tak rasa begitu kerana aku memang tak punya apa-apa senarai pilihan kerjaya. Memang pada awalnya, aku seakan merusuh. Tanpa pengetahuan ayah, aku memohon kursus yang menawarkan program berkembar sedangkan aku tahu aku tak berada di bawah mana-mana tajaan. Setelah borang dihantar, barulah aku memberitahu ayah, dan dia tak dapat nak berkata apa-apa. Aku punya muslihat bagaimana untuk belajar di luar negara. Aku benci kehidupan di Malaysia masa itu. Aku mau meninggalkan semua, dan biarkan semua merindui aku.
Terus dengan perasaan degil itu, aku menulis esei bertajuk 'Why I want to be a doctor' dalam borang permohonan, dengan menyatakan 'My father wants me to' dan 'I want to make a lot of money.' Sehinggakan aku mendapat amaran daripada seorang penemuduga, "People don't make it far if they take up medicine because of their parents." Ah, aku tak peduli. Malahan, mungkin ayah terbaca esei itu, kerana sejak itu aku perasan dia kelihatan lebih mengambil berat. Kadang-kadang terbit rasa bersalah di wajahnya.
Sepanjang jalan ini, aku belajar untuk berperang: berperang untuk aku, juga berperang untuk ayah. Dalam pada aku bertahan untuk tidak gugur, tidak mengecewakan ayah, aku juga belajar untuk mencintai bidang perubatan. Sampai satu tahap, aku berasa mau berterima kasih kepada ayah kerana memilih jalan ini buat aku. Pada satu perspektif yang berbeza, terima kasih kepada ayah kerana membuat aku memilih jalan ini. Aku ingin berkata bahawa aku menjadi seorang doktor kerana aku mau menolong mereka yang memerlukan dalam apa jua bentuk dan cara. Aku mau berkata aku memilih jalan ini kerana aku. Aku mau berkata aku memilih jalan ini bukan kerana ayah yang suruh.
Tapi kini, kalian lebih mengetahui faktanya, bukan?
Isen ini ditulis bersempena hari bapa pada hari Ahad lalu. Syukur. Bagi sambutan kali ini aku dapat menghadiahkan sesuatu buat ayah. Kata aku, 'Terima kasih buat semuanya.' Aku hanya nak ayah berhenti berasa bersalah. Aku nak ayah tau bahawa pilihannya tepat.
Monday, June 09, 2008
wanita menangis di atas sofa
Aku diarahkan untuk menulis sebuah esei bertajuk 'Wanita Menangis di Atas Sofa' oleh Minci. Jadi, inilah hasil karya aku yang tak seberapa.
Seorang wanita di atas sofa, merenung keluar jendela. Hari kering, tiada hujan yang turun. Dia mengambil sebuah novel, diselak dan sempat dia membaca dua buah perenggan sebelum buku bosan itu ditutup, diletaknya jauh-jauh. Masih tetap di atas sofa, dia merenung keluar jendela. Hari yang indah untuk keluar, detik hatinya. Tapi mau ke mana? Dicapai pula selimut tipis berwarna merah jambu, dihampar kasar ke atas tubuhnya, dari hujung kaki ke pangkal kepala. Bosan!
Diam di bawah kanopi merah jambu, dirinya umpama dikelilingi gula-gula kapas. Fantasi zaman kanak-kanak yang makin pudar. Setitis air mata mengalir ke pipinya. Ah, dari mana datangnya? Dia meneliti persekitarannya yang terhad itu. Akukah yang menangis? Jiwa ini tak hiba, hanya bosan, masakan dia menangis? Air mata siapa ini? Dipandangnya sofa kusam itu dalam-dalam. Direnung corak garis sendeng pada badan sofa sambil jarinya berlari lembut menuruti alir garis itu. Sofa, kau kah yang sedih?
Sofa tua punya sebab untuk sedih. Sekian lama diam di situ, siapa yang benar-benar peduli? Angkat saja kusyen lapuk itu, habuk tebal, gumpalan rambut, pen yang hilang, bagai bertahun sofa tak dibelek. Hanya bila dada lelah, punggung kebas, badan sofa dihenyak. Kebajikan sofa hal terkemudian, lelah ini biar reda dulu, kebas ini biar hilang dulu. Selamanya begitu. Biarpun usia dimamah, rupa kian lusuh, kekuatan sudah tak seberapa, sofa masih di situ, mengharap nasibnya berubah.
Wanita itu hilang bosannya, tiba hibanya. Fikiran melayang, cuba-cuba mengingat kehidupan lalunya. Tentang bagaimana kala mudanya, tua itu tak dipandang. Tua itu picisan. Tua itu menjengkelkan. Nah, tua dah menjengah. Apalah beza dia dengan sofa. Sama itu juga nasibnya. Wanita menangis di atas sofa.
Thursday, June 05, 2008
mekanisme menangani masalah/tekanan
Teringat aku tentang perbualan aku dengan seorang doktor pakar. Seorang demi seorang pesakitnya masuk, silih berganti. Rata-rata mereka adalah pesakit yang mengalami masalah kemurungan atau depresi. Latar belakang pesakit diceritakan kepada aku dan aku tak dapat tidak, menyedari 'label' yang sering digunakannya: 'Good or poor coping skills'.
Dan kebanyakan mereka ini, tak banyak berubah walaupun telah dirawat dengan pelbagai jenis cara dan ubat. Mereka kerap kali hadir ke klinik, hanya untuk berbual kosong dengan doktor pakar itu selama 30 minit dan mendapat 'lampu hijau' atau jaminan yang menyatakan mereka baik-baik saja. Mereka punya 'poor coping skills', kata doktor itu lagi.
Aku mula mengajukan pertanyaan, yang pada aku relevan. 'So, how do you help them to improve their coping skills?'
'Oh. Coping skill is something like your adult height, if you like. So, it is really like asking how to help them getting taller. It is not something you could change or help with, you see.'
Aku agak terkejut. Perbualan ini menyebabkan aku berfikir. Apa itu 'coping skills'? Dan benarkah kata-kata doktor pakar itu? Selama ini aku menganggap 'coping skills' adalah sesuatu yang boleh dikawal dan boleh diperbaiki jika kita mau. Tapi, nampaknya dari kaca mata seorang pakar, ianya adalah sesuatu yang telah sedia ada dan tak dapat nak dibentuk. Mungkin ada kebenaran dalam kata-kata beliau. Ia memberi aku perspektif yang baru dalam menilai seseorang. Mungkin sesetengah orang tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan masalah/perasaan sebaik orang lain.
Cope - to face and deal with responsibilities, problems, or difficulties, especially successfully or in a calm or adequate manner
Skill - the ability, coming from one's knowledge, practice, aptitude, etc., to do something well
Baca lagi di sini: Coping skill
Wednesday, April 23, 2008
buta
Aku menghadiri kelas opthalmologi hari ini, iaitu kelas 'mata'. Mata sesetengah kami dititikkan dengan cecair bagi meluaskan pembukaan anak mata. Supaya kami dapat memeriksa mata sesama sendiri sebagai latihan. Aku termasuk di kalangan mereka.
Pakar mata itu melakukan demonstrasi tentang cara pemeriksaan mata yang betul. Aku menjadi orang yang terpilih.
"Em. Good red reflex. Very beautiful."
"OK. Everything's clear. Good."
"The only thing is..I have to adjust the power to three (aku tak ingat 'minus' atau 'plus') to see into your eyes clearly. You must be short-sighted."
Aku, "Am I?"
Semua orang tergelak.
"Well, you must be. Or you will be."
Adoi. Rabun ke? Wow. "That's news to me." Aku benar-benar perlu memeriksa mata aku. Dan mula berfikir-fikir cermin mata gaya apa yang akan menjadi pilihan. Haha.
"Age is creeping up on me, or us rather."
Baru saja semalam aku cakap dengan mama aku, aku belum cukup besar lagi.
Thursday, April 03, 2008
lampu isyarat
Aku hendak melintas jalan. Tak seperti orang lain yang melintas apabila jalan kosong setelah mereka memandang kanan dan kiri, aku menanti dengan sabar sehingga lampu isyarat pejalan kaki menjadi hijau.
Hari ini aku melintas lagi, di jalan yang sama. Seperti biasa aku menanti lampu isyarat itu menjadi hijau. Kiri dan kanan aku, orang melintas tanpa berpandukan lampu isyarat itu. Aku terfikir. Adakah aku melintas mengikut lampu hijau kerana aku mahu dipuji? Atau adakah aku melintas mengikut lampu isyarat kerana aku malas untuk membuat keputusan aku sendiri? Adakah aku perlu seseorang untuk memberitahu aku bahawa aku perlu mula melakukan sesuatu? Adakah orang yang melintas atas pertimbangannya sendiri, melihat kanan dan kiri, mengambil risiko, akan mendapat kepuasan yang lebih daripada aku yang melintas mengikut arahan?
Dan kali ini aku memutuskan untuk melintas ketika lampu itu masih merah.
Adakah pilihan aku tepat?
Tuesday, March 25, 2008
konfius
Aku terfikir hari ini: 'What is it with men and the words-that-they-don't-like?
Dulu aku kawan dengan seorang yang bukan main pantang lagi kalau aku sebut perkataan 'Bodoh'.
Sebulan lalu aku kawan dengan seorang lagi yang tak benarkan aku guna perkataan 'Maaf' dan 'Kalau'. Sebenarnya aku tak ingat pun perkataan kedua yang dia tak suka. Kalau? Hm. Entah. Nampak sangat degil, tak mau dengar cakap. Hehe.
Sekarang pula, yang ini tak suka dengan perkataan 'Suka hati awaklah'.
Dan ya, sesetengah mereka telus saja berkata: I DON'T LIKE THOSE WORDS. Jadi, jangan gunakannya bila bercakap dengan mereka.
Susah kan? Bila perkataan-perkataan yang dah biasa kita gunakan di'banned' begitu. Jadi, kalau 'Maaf' tak dibenarkan, adakah aku patut gunakan 'Ampun' dalam ayat aku? Tiba-tiba fikiran menjadi kusut untuk mencari-cari perkataan ganti yang sesuai. Dan bila tanpa sedar perkataan itu terpacul dari mulut, otak menjadi 'blank' dan hati terdetik, 'Huh?' Tak tau nak buat apa. Terlajak perahu boleh ditarik. Tapi yang ini terlajak kata. "Ops! Saya tarik semula kata-kata saya tadi."
Kalian ada perkataan yang pantang kalian dengar? Ada perkataan yang kalian tak mau aku sebut? Nyatakan saja. Kongsi bersama. Supaya kurang tatabahasa aku dan boleh aku koyakkan perkataan tersebut dalam kamus hidup aku. Hah. Aku? Aku sendiri tak terfikir untuk 'ban' mana-mana perkataan. Belum, buat masa ini. Kusut memikirkan tatabahasa yang semakin berkurang. Mungkin aku patut diam saja.
P/S: Bzz, akan membuat 'tag' anda dalam masa yang terdekat. Terima kasih!
Friday, March 07, 2008
gayat
Apapun, pengajaran yang ingin aku sampaikan di sini adalah: Hidup ini ada belok kanan, belok kiri. Tak akan ada yang lurus.
Sepatutnya aku sudah mula kelas sejak Isnin lalu. Akibat mabuk udara pada Jumaat lepas, aku tak menghubungi 'supervisor' aku dan aku benar-benar tak tau mana arah tuju aku untuk hari Isnin. Sebenarnya, nombornya juga aku tak ada. Macam mana nak 'contact'? Aku cuma bergantung pada 'info' yang diberi oleh seorang rakan yang pernah bekerja dengan 'supervisor' yang sama. Dan rakan ini telah menyuruh aku bertanya kepada salah seorang ahli rumah aku tentang 'direction' untuk ke sana. Ah, panjang ceritanya. Orang yang sepatutnya memberi 'direction' pula telah ke London sepanjang hujung minggu dan sukar untuk dihubungi. 'Walaweh. Macam mana nak pergi ni,' getus aku. Aku mula panas punggung.
Pagi-pagi Isnin aku cuba lagi untuk menghubunginya. Kali ini berjawab. Katanya, "Kau ingat tak 'hall' yang Za tinggal tu. Kau jalan yang nak ke arah 'town'. Lepas tu kan ada jalan yang berbukit sikit, 'instead of' naik atas bukit, kau turun."
Er..OK. Nasib baik aku tau bukit mana yang dia maksudkan. Kalau kalian, kalian faham?
Tambahnya lagi, "Lepas tu kau jalan terus je. Ada lalu bawah jambatan, ada 'flyover', kau jalan je terus. Nanti ada 'park'. Aku pun tak ingat sangat. Aku pernah pergi sekali je."
OK. Aku tekad untuk mencuba.
Aku keluar dan ikut arahannya. OK. Turun bukit, bukan naik. Jalan terus. Lalu bawah jambatan. OK. Jalan terus. OK. Hah, ini ada 'flyover'. Oh, ada lampu isyarat. Melintas. OK. Jalan Terus. 'Park'? Ini ke 'park'? Ni macam semak-samun tepi jalan. Eh, 'park' lah agaknya. Jalan terus. Eh, jambatan lagi? Tadi dia suruh aku naik atas jambatan ke lalu bawah jambatan? Lepas jambatan ni kot. Terus. Terus. Jumpa hutan. Naik bukit. Dan terus lagi hingga aku sampai ke satu daerah yang lain. Mana???? Aku teruskan juga perjalanan. Hujan batu mula turun dan aku fikir, 'Eish. Tak boleh jadi ni. Aku kena balik.' Dan aku pun menahan sebuah bas yang menuju semula ke bandar Preston.
Manakah bangunan bedebah itu? Sepatutnya perjalanannya hanya memakan 15 minit tapi aku dah pun menapak hampir saju jam. Eh. Aku tipu kaliankah? Tak kisahlah. Sampai rumah aku cuba mencari arah sepatutnya aku pergi. Rakan rumah aku dah pun balik dari London. Tergelak aku melihat 'google map' hasil carian aku. Cuba kalian perhatikan.
Aku telah memulakan perjalanan aku dari 'arrow' merah pada imej pertama. Dan aku sepatutnya berhenti pada 'arrow' biru sebelum sungai. Tapi aku telah meneruskan perjalanan sehingga 'arrow' biru pada imej ketiga. Dan paling bodohnya, bangunan tu memang dah sebelah kanan aku sewaktu aku nak melintas di lampu isyarat yang aku nyatakan tadi. Tapi entah siapa yang bijak sangat membina bangunan 'membontoti' jalan, maka aku tak nampak nama bangunan itu. Bahagian belakangnya menghadap jalan manakala bahagian depannya tersorok. Dan 'park' yang kawan aku sebut itu, bukanlah taman seperti yang aku jangkakan. Sebenarnya dia menyebut 'industrial park'. Aku tak tangkap perkataan pertama itu dan sibuklah mencari taman berdaun hijau. Waahhh!
Lawak. Paling lawak adalah waktu merentas jambatan yang tak patut aku rentas. Sungai tu besar OK. Dan deras. Dan jauh di bawah sana. Aku cukup gayat sewaktu melintasinya. Kalian bayangkan, jambatan itu berupa 'highway' yang sangat sibuk dengan sedikit saja ruang untuk pejalan kaki, dan tanpa 'divider' antaranya dengan jalan raya. Tak cukup dengan sungai deras sebelah kanan, kenderaan deras di sebelah kiri, tak ada divider, angin deras pun nak datang dari arah depan, kiri dan kanan aku. OK. Aku punya jantung berdegup kencang. Aku fikir sama ada aku akan jatuh dalam sungai kena tiup angin, atau pun kena tiup jatuh ke atas jalan raya dan dilanggar. Dua-dua pun mati, semata-mata nak cari bangunan tempat 'supervisor' aku bertapa.
Sudah. Ini bukan cerita lawak. Kalian sepatutnya menangisi nasib aku. Ahah. Hasilnya? Aku tak payah pergi sekolah sangat minggu ni. Cuma perlu datang pada hari Jumaat, iaitu tadi dengan membawa minda kosong.
Ingat. Tiada apa yang 'lurus' untuk mendapatkan apa yang kita mau dalam hidup. Belok kanan OK. Belok kanan di tempat yang sepatutnya. Dan, oh. Cuba kalian teliti peta itu. Kalau hati aku tak tergerak untuk berpatah balik, mungkinkah aku sudah berehat-rehat di Liverpool sekarang?
Tuesday, February 26, 2008
lelaki
Malam tadi kawan aku berkata:
"Engkau ni...orang nak kat kau, kau bising. Tak ada orang nak kat kau, kau bising jugak."
"Kau ni jiwa lelaki kot."
Dia sendiri mengakui bahawa situasi aku sangat 'kompleks', mungkin kerana isu perhubungan tak pernah aku anggap sebagai sesuatu yang 'leceh'. Terus saja dia memberi aku lapan tanda lelaki penganiaya:
1. Terburu-buru untuk menjalin hubungan serius
2. Tidak boleh hidup tanpa anda
3. 'Moody'
4. Cemburu buta
5. Sering melecehkan pasangannya
6. Tidak dapat menerima penolakan
7. Suka menyalahkan orang lain
8. Panas baran
Tambahnya lagi, "Jet, tak apalah. Kau kawan saja dulu. Nanti kan, kalau kau terjumpa orang yang kau suka, kau cakap dengan orang tu, 'Boleh tak saya nak kawan dengan awak?' Zaman sekarang ni memang macam tu. Perigi dah cari timba. Orang tak kisah pun."
"Tapi aku dah tinggalkan era tu."
"Apa susah, kau kembalilah kepada era tu."
Eish. Era rentak muzik terkini betul budak ni.
"Tapi kau jangan 'saiko' sangat macam kau suka dekat budak dulu tu."
Hah. Iyalah tu. Simpan 'saiko' aku.
Susah sangatkah orang nak percaya bahawa aku tenang saja melalui hari-hari aku tanpa seorang teman istimewa? Hidup ini lebih tenang bila aku tak perlu untuk fikir menjaga dan mengambil hati orang. Diam. Diam sendiri. Mungkin aku tak merasakan ketenangan itu, dengan seseorang...belum masanya.
Jadi apa tanda jika seseorang itu serasi dengan kita? Adakah apabila kita mendengar suaranya, kita berasa 'penat'? Adakah apabila dia telefon, kita terfikir, 'Eish, dia lagi?' Adakah apabila dia 'sms', kita mengeluh, 'Eee, apa ni.' Adakah setiap kali dia menyoal, kita menjawab dengan 'Entah', 'Erm' dan lebih selesa untuk berdiam?
Pernah jumpa orang kebal? Hati kayu? Mati akal? Degil? Keras? Itu semua aku. Aku perlukan orang yang boleh menggerudi diri aku untuk nampak apa yang ada dalam diri aku. Di mana orang itu. Sila pamerkan diri anda, jika anda membaca.
Ah...kalut! Aku benar-benar perlu pulang ke UK.
Perhentian seterusnya: BAGASI UNTUK DIKEMAS.
Sunday, February 24, 2008
Budak Kecik

Orang kata aku serasi dengan budak-budak. Aku kata aku tak serasi dengan budak-budak. Apa kata kalian?
Eish. Ini bukanlah contoh pergaduhan yang baik antara seorang dewasa dengan kanak-kanak. Aku ni perlu menimba ilmu tentang bagaimana untuk berinteraksi secara baik dengan kanak-kanak. Aku tak mau kanak-kanak tidak hormat pada aku tetapi aku juga tak mau mereka takut untuk bergaul dengan aku. Jadi apa cara yang terbaik?
OK. Mari kita Google. Aku perlukan ‘parenting skill’. Dan aku membuka laman ‘Super Nanny.com’.
· Understand your child will want to test out his independence. Answering back or disobeying can often be a way of demonstrating this, and showing he has a mind of his own. Encourage as much independence as possible, even if it involves some risks – children need to learn by their own mistakes.
· Work at reflective listening - feeding back what you’ve been told and not leaping in with your own judgments.
· Use specific praise, describing exactly what it is being given for.
· Consistent rules are still needed, but keep reviewing rules and changing them as your child grows.
· Don’t give too many orders – these can overwhelm children. Explain why some things have to be, but listen to their views. If you have to overrule, explain that until they are more mature, there are some decisions you must make for them.
· Stay calm and avoid arguments as much as possible.
· Keep criticisms to a minimum - and only criticise behaviour, not your child.
· Good communication at any age is an essential parenting skill. Children need you to understand how they are feeling, and to listen to their views – this helps build self-esteem.
· Try to avoid sarcasm, blaming and put-downs.
· Remember, children this age still learn most by example – they are bound to imitate what they see parents do. The best way to have children do what you want is to demonstrate it, not order them to do it!
Aku pun tak faham apa orang putih ini kata. Seperti biasa, aku dengan cara aku. Jalan penyelesaian aku adalah tidur sekejap, bangun dan mulakan perbualan baru bersama ‘musuh’ aku tadi. Kemudian aku ajak dia main ‘games’, aku teman dia kencing, aku suap dia ‘waffles’ dan jagung. OK. Hubungan kembali akrab.
Inilah kata-kata anak saudara aku, “Bonda memang macam tu. Kalau tak cukup tidur, dia meragam.”
kek karot

Pernah tak kalian dapati bahawa apabila kalian memulakan suatu pekerjaan dengan permulaan yang tidak baik, akan berlaku kesinambungan perkara tidak baik sepanjang pekerjaan tersebut dilakukan.
Sebagai contoh, aku telah beberapa kali disuruh membakar kek karot sejak aku sampai ke Malaysia. Akhir sekali adalah sewaktu perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini atas permintaan adik aku yang pulang dari Arau.
Aku pun mula membikinnya. Mungkin hati aku tak ada untuk buat kek tu atau apa. Aku tak pasti. Tapi hancur. Sehancur-hancurnya. Tiba-tiba kek naik dengan tinggi dan hangus dibahagian atasnya. Tambahan pula namanya saja kek karot tapi apabila dah bakar separuh jalan, aku baru perasan yang aku lupa untuk meletakkan parutan karot ke dalam adunan yang telah aku buat. Hah? Kek apa pulak ni? Kek gula hangus?
Terus hilang mood. Aku keluarkan kek itu. Aku ulang dari mula. Sambil sentiasa ingat untuk meletakkan parutan karot tadi. OK. Api kena jaga. OK. Kek pun keluar dari ketuhar. Rupanya boleh tahan. Sekarang masa untuk membuat krimnya pula. Aku adun keju krim, mentega dan gula. Aku masukkan susu. Hasilnya kurang memuaskan. Berbintil-bintil dan tak sekata. Hati aku bertambah panas. Aku hilang mood. Aku tinggalkan semua adunan dan masuk ke bilik. Aku tidur.
Aku bangun semula dengan rasa yang lebih tenang. Aku cuba-cuba untuk memperbaiki krim keju tersebut. Rupanya lebih baik tapi rasanya masih kurang memuaskan kerana aku telah menggunakan mentega lebih daripada sukatan keju krim. Tak dapat nak memulihkan keadaan melainkan jika aku ada keju krim lebih.
Mereka makan kek karot tersebut tapi nyata rasanya tak sesedap yang biasa. Apalagi, penuhlah kotak surat ‘complain’ milik aku. Lagi panas hati bukan?
Apapun, aku sedang cuba untuk menyatakan bahawa kerja yang baik bermula dengan permulaan yang baik. Rasanya ia adalah suatu masalah yang melibatkan kapasiti seseorang untuk menumpukan perhatian. Kata cikgu ‘band’ aku dahulu, “Jika kamu buat sesuatu kesilapan, cuba jangan berikan tumpuan kepada kesilapan yang telah kamu lakukan. Kerana apabila terlalu memikirkan kesilapan kamu, kamu akan terlupa untuk menumpukan perhatian dalam meneruskan pekerjaan kamu dengan lebih baik dan akhirnya terus melakukan kesalahan yang lain pula.”
Dan untuk itu, aku rasa ada kebenaran dalam ayat-ayatnya. Mulakanlah hari kalian dengan basmallah.
Saturday, January 26, 2008
jusco
Jet..kau nak kena ‘smack’ ke, hah? Ah, kalau kalian tak tahu lagi, aku nak bagi tau ni: I HAVE A BIG GAP BETWEEN MY EARS. Ni nak berceritalah. Aku demam sejak hari Selasa. Hingga ke hari ini masih menghembus hingus sampai berdarah-darah hidung. Auta? Bukan tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah fakta. Sebab…aa..nak tambah satu fakta lagi: Kulit lubang hidung aku nipis. Cerita ini berlaku pada hari Rabu. Aku telah dihambat ke Jusco untuk membeli barang-barang sebelum berpindah ke rumah sewa. Dalam keadaan demam dan tak ada ‘mood’, aku yakin muka ‘bebal’ aku memang terserlah pada hari itu.
Nak dijadikan cerita, kami dah pun habis ber’shopping’ di Jusco. Ketika sedang bayar di kaunter aku terdengar ‘cashier’ suruh ambil hadiah dari kaunter servis. Kemudian aku dengar mama aku suruh ambil hadiah dari kaunter servis. Lepas dah bayar, aku tengok mama dengan kakak aku menonong jalan tanpa singgah ke kaunter servis. Eh? Tak nak hadiah ke? Jarang-jarang mama aku macam ni. Aku pun ‘corner’ sambil mengomel-ngomel dalam hati. Dahlah demam, aku juga yang kena pergi ambil hadiah.
Aku tunjuk kepada budak lelaki yang menjaga kaunter tu resit pembelian kami. Dia pandang aku. Dia cop. Dia pandang aku. “Nak mintak angpau ke?” Aku tak dengar sangat waktu tu lantas aku hanya tersengih malas. Dia cakap dengan kakak sebelah yang jaga kaunter juga, “Dia nak apa ni? Nak angpau ke?” Apahal mamat ni? Dok cakap angpau-angpau dari tadi. Aku ‘smack’ karang. Dia pandang aku. Aku senyum mulut sebelah. Aku ‘defend’ diri aku, “Tu. Hadiah tisu Scott tu.” Kakak tu malas nak layan aku yang masih tak mau berganjak. Dia kasi aku apron plastik.
Aku mula mencari mama dan kakak aku. Mama aku menyoal, “Kau pergi mana tadi?” “Pergi ambil hadiahlah. Tadi suruh orang ambil hadiah.” Aku muncung. “Ya Allah..orang cakap tak payah pergi ambil. Kan dah ada hadiah dia dalam pembungkus tisu tu!!” Oh, pekak rupanya. Eh, bukan pekak. Sebenarnya mendengar suara-suara halus dalam kepala otak.
Aku tersengih. Haha. Mangkuk hayun kau, Jet! Berjaya memperbodohkan diri sendiri di hadapan kaunter servis. Patutlah kau angpau-angpaukan aku ya, hah budak kecik! Nasib baik tengkuk kau kat belakang kaunter. Hehe. Tak pasal-pasal apron plastik dekat Jusco habis dengan adanya makhluk seperti aku yang tegar inginkan hadiah percuma walaupun tak layak menerimanya.
Aku doa-doa tak jumpa lagi sama mamat tu. Takut dia kena belasah depan CCTV nanti. Heh. Walhal malu dengan kebebalan diri.
tiny
Akibat nak membetulkan sebutan anak saudara aku yang tak betul, aku terkena tempias memori daun pisang. Haha. Macam kambing je ayat. Begini ceritanya.
Anak saudara aku yang telah aku ceritakan dalam dua isen sebelum ini agak pelat. Apa-apa perkataan yang huruf keduanya adalah E akan disebut pelik olehnya. Kita mulakan dengan pelajaran huruf vokal pada hari ini. A, E, I, O, U, ya kalian. A..ah. E...er. E..ay. I..e. O..oh. U..uh. Contohnya, perkataan ‘kelabu’ disebutnya ‘kaylabu’ dan ‘pening’ menjadi ‘pay-ning’.
Waktu itu kami adik-beradik sedang makan malam di rumah atok. Iaitu pada malam sebelum hari jadi aku. Dia meminta sesuatu daripada ibunya, aku tak ingat apa. Tapi disebutnya perkataan ‘kecik’ sebagai ‘kay-cik.” Aku cuba membetulkannya.
“Kay-cik.”
“Ke-cik.”
“Kay-cik.”
“Ke-cik.”
Tiba-tiba ibunya menyampuk, “Kecik tu ex-boyfriend Bonda.” Aku tersentak. Aik? Bila pula mamat tu jadi ‘boyfriend’ aku? Citt! “Apa cerita dia? Ada kawan lagi?” Aku hanya menggeleng. Along pula menyampuk, “Biarkan dia. Dia yang rugi taknak kat adik Along.” Aku dah mula bergenang. Along sambung lagi, “Kawan je ramai-ramai dulu.” Eish…sayu. Malam hari jadi aku ni lu-orang bikin aku genang-genang pula. Nasib aku tak ‘smack’ kalian.
Mujur isu tu mudah saja tamat. Tak sampai seminit emosi aku mulai pulih. Benda lepas jangan dikenang. Dan kita akan tahu bahawa luka tu dah sembuh apabila dengan mudah kita memaafkan dan tak kisah dengan fakta bahawa ianya pernah berlaku. Untuk individu terlibat jika terbaca, maafkan atas tersiarnya cerita ini dan ‘privacy’ yang langsung tak wujud antara kami adik-beradik.
