Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, November 14, 2008

neves siot


OK. Hantu dah merasuk jiwa aku. Hantu punya kementerian. Tiba-tiba jiwa aku bersalut risau. Walaupun perkara ni dah banyak kali dibincangkan, entah kenapa aku nak risau juga. Tentulah ia berkait rapat dengan 'posting' yang akan aku ketahui tak lama lagi.

Pandai. Memang pandai aku bercakap. Aku kata pada Bie, 'Kenapa kalau jauh? Alah..tak payah risaulah. Kalau jauh pun, tak jadi masalah.' Sebab masa itu tak ada faktor luaran yang mencucuk-cucuk jiwa kental aku. Aku rasa aku boleh hidup di mana saja. Walaupun berjauhan.

Aku memang bodoh. Waktu aku 'apply' aku fikir, 'Ah, mampus kau. Kalau aku tak dapat Johor, suka hati kaulah nak hantar aku ke mana. Aku tak kisah.' Oooo..berlagak. Masa itu bolehlah cakap. Waktu masih belum kenal.

Bila ayat-ayat yang dua ini keluar, aku terus menggelabah:

"Belum kahwin kan? Senanglah dia nak hantar ke Sabah, Sarawak."

"Diorang cakap JB agak 'busy'. Hospital kedua 'busy' lepas Klang."

Arghhhhh! Terpaksa aku jilat balik ludah aku. Ludah yang dah bercampur lumut, kulat, habuk, air liur orang lain. Aaaaaa!!!! Aku risau. Sumpah aku risau. Tak ada yang tidak risau melainkan risau-risau belaka. Hari itu Bie risau, aku gelakkan. Sekarang aku risau, aku simpan sendiri sebab takut nak beritahu kerisauan aku. Bila aku punyai kekuatan untuk memberitahu, dengan bersahaja jawabnya, 'Tak payah fikir. Buat penat. Doa jelah.'

Fine.

Baiklah kawan-kawanku yang mulia, yang menganggap aku 'macho', aku benarkan kalian gelak secara berjemaah. Satu, dua, MULA!!

berkursus


Kalau ada kudrat, dah panjang dah taip-an ni. Tapi apakan daya, otak aku payau-payau air tasik gamaknya. Sengal-sengal otak.

Surat dah sampai. Pulau Pangkor dah melambai. Benar-benar panggilan pulau. Aku hanya perlu menyampaikan badan aku ke sana pada hari Isnin ni, dan seterusnya bermulalah episod baru ketidakpengangguran aku. Ya ampun!!! Malas gila nak berkursus ni. Malas nak kerja. Tapi kalian, ketahuilah, antara sepuluh jenis orang Islam yang kejam adalah pemuda/pemudi yang tidak ada kerja dan tidak mau belajar ilmu serta kesopanan. Jadi, mari angkut punggung berat ini ke sana. Siapa tolong angkut, aku kasik upah pasir putih tepi pantai.

OK. Dah tak tau nak taip apa. Kiranya kalian tau lah, lepas ni, kalau aku tak muncul-muncul, aku dah kejung kat hospital. Jadi pencacai yang berjaya. Serius, aku rasa lemau yang melampau-lampau seakan-akan 'rebel' tak mau pergi, bercampur rasa 'nervous' nak naik feri. Aku nak demam macam Kamenlah!

Sekian, terima kasih.

(Rasa macam nak tulis wasiat.)

Friday, November 07, 2008

latest


Tahap pelupa aku semakin membimbangkan. Mungkin sesetengah kalian sedia maklum bahawa aku telah terlibat dalam kemalangan 5 Syawal yang lalu. Boleh dikatakan kejadian tu dah meragut sedikit sebanyak daya ingatan aku yang dah sedia lemah ni.

Bagi orang-orang yang dekat dengan aku: Kamen, Fiza, Huda, NadNad, kalian dah tau perangai aku yang suka hilangkan barang dan tak terurus. Bayangkan sikap aku dulu, ditambah dengan 'short term memory loss' yang aku alami sekarang. Susah nak aku ceritakan tahap ke'kronik'annya. Biar aku kongsikan beberapa contoh. Kalian, ini benar-benar terjadi. Bukan cerita-cerita rekaan.

Mama minta air Horlicks. Aku datang bawa Milo. Itu tak apa lagi. Mama merungut. Tapi merungut senyap-senyap pada adik.

Mama minta pula air Milo. Aku bawa segelas Ribena. Mama tanya, 'Kenapa air ni sejuk?' Dah Ribena, 'What do you expect?' Aku sedar aku silap. Tapi aku terus saja tidur. Dengusku dalam hati, 'Lain kali Mama minta Ribena, aku nak kasi Horlicks pulak!'

Mama minta roti bakar pula kali ni. Nasib baik aku datang dengan roti juga. Tapi tak dibakar. Mama merungut. Aku menjerit kuat, 'Bakarlah woi! BAKAR!' Aku jeritkan diri aku sendiri. Mama tergelak.

Zuriani duduk betul-betul di sebelah. Ditanyanya pada aku, 'Jet, mana tandas?' Aku jawab 'Situ'. Aku sangat yakin dia ada di sisi sepanjang masa. Tak lama kemudian aku bertanya kembali, 'Eh, tadi kau tanya toilet, dah pergi dah?' Dia membuntangkan matanya, 'Eh..dah lah Jet!!' Sumpah aku tak ingat kau bergerak, Zu.

Bie telefon. Katanya ada kerja. Ada budak lemas. Dia sibuk menguruskan hal itu. Malam tu gaduh besar. Aku mempersoalkan kenapa dia tak 'call'? Kenapa tak 'message'? Katanya, 'Kan dah cakap. Ada budak lemas. Sibuk. Tak ingat eh?' Sekali lagi: Sumpah, aku tak ingat! Tapi bila 'check' log, memang benar dia ada 'call'.

Macam mana nak hidup kalian? Aku bakal kerja. Adakah aku akan jadi bahan maki di hospital nanti? Dah berbuku-buku vitamin B aku telan, hasilnya tetap sama. Ah, doakan aku kalian. Minta sangat-sangat.

Aku rasa, selain memori yang kian pudar, telinga aku juga makin pekak. Kualiti inikah yang kalian mahukan dalam seorang yang bakal bekerja di hospital? Janganlah ada pula nyawa yang melayang disebabkan hal ini.

'Eh, saya terlupa nak keluarkan 'scalpel ' dari perut si fulan, doktor...'

Bagus...bagus.....

Friday, August 15, 2008

alaaa..lagi??


Cis! Buat lawak betullah. Aku ingatkan sekali tu saja pengalaman yang akan aku dapat. Rupanya tidak. Aku terpaksa ke balai untuk kali kedua.

Bukti ketidak-terurus-an aku benar-benar terbukti. Sijil SPM dan Matrikulasi aku didapati turut hilang semalam. Haha. Macam laporan berita pula tona ayat ini. Eish. Bodoh ke tak bodoh. Setelah tamat meraung-raung dan bertanya pelbagai pihak, pilihan aku hanya satu: KE BALAI SEMULA. Fikiran aku meliar hingga ke peringkat 'tak mau bekerja' hanya kerana aku tak mau ke sana lagi. Tapi apakan daya, aku ni dah tua bangka. Belajar tinggi-tinggi, tak nak kerja pula, menghabiskan beras mak-ayah, kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang dan segala kutukan yang sejajar dengannya akan keluar dari mulut manusia sekitar. Ya, aku tau. Fikiran aku memang jauh dan gelabah tak kena tempat.

Kalian tentu dah tau apa yang berlegar dalam fikiran pegawai polis, kan? Nasib baiklah senyuman aku menawan dan digemari ramai. Haha. Jadi pegawai polis berkata dengan lemah lembut:

'Hari tu hilang IC. Hah, hari ni hilang apa pula?'

'Sijil SPM dengan Matriks.'

'Awak ni asyik hilang barang je. Dah cari berapa hari?'

'Semalam sehari suntuk.'

'Eish. Ni kang satu hari nanti awak pula yang hilang.'

Aku sengih saja. Seakan profesional, aku telah siap menulis butiran diri dan nama sijil yang hilang siap-siap sebelum masuk ke balai. Haha. Hari ini kurang 'stress'nya. Mungkin kerana sudah terbiasa. Jadi semua urusan berjalan cepat dan lancar.

Aku sempat berbual-bual dengan pegawai polis. Ayat paling 'best' aku dengar:

'Kalau ada masa, datanglah lepak-lepak sama. Awak tu bukannya ada apa nak buat dua bulan duduk dekat rumah.'

Haha. Matilah 'bonding' dengan polis. OK kalian. Lepas ni, tak ada lagi sesi melepak di mapley. Aku lepak balai, sudeh! Apa ke hal nak lepak balai? Pelik...pelik.

Monday, August 11, 2008

jangan main api


Shit! Baru dua hari di rumah aku sudah mula bosan. Sangap. Jadi, mari menulis. Kalau aku boleh memandu, dah lama aku lesap ke Singapura. Haha.

Satu hal kalian perlu tau. Kalau mengutuk orang, pastikan orang yang kalian kutuk itu tidak ada kena-mengena apatah lagi mempunyai pertalian saudara dengan orang yang mendengar kutukan dari mulut kalian. Aku pun kurang jelas orang spesis apa yang bersikap begini, tapi aku gelarkan mereka ini BODOH!

Aku tak tau bagaimana aku nak memulakan cerita ini. Cerita tentang kutuk-mengutuk. Aku ini bukanlah malaikat dan tak juga lari daripada mengutuk orang. Jadi, maafkan aku atas isen ini yang mungkin menampakkan kelemahan aku sendiri. Aku tak pasti. Aku perlukan kalian untuk menuding kesilapan aku.

Pembantu rumah Mama baru saja aku kenal buat pertama kalinya, semalam. Sebelum ini, ada aku mendengar desas-desus tentangnya tapi terlalu sedikit dan aku benar-benar yakin bahawa sikap aku semalam tidak dipengaruhi oleh tanggapan aku terhadap dirinya. Selama ini aku hanya mengelak apabila orang mau bercerita buruk tentang seseorang yang tak aku kenali. Kerana pada aku, selagi dia tidak mencari pasal dengan aku, aku tak perlu ambil tau apa-apa hal.

Sejak aku sampai, dia asyik bertanya itu dan ini seakan-akan mau 'bonding' dengan aku. Dan dengan selambanya (sebanyak tiga kali dalam masa sehari) meminta baju-baju aku yang baru agar diperturunkan kepadanya. Itu tak mengapalah, tapi aku bukanlah manusia yang cepat 'warm' dengan orang (bukanlah ciri doktor yang baik) dan perilakunya membuatkan aku berasa agak kekok. Semakin hari berlalu, semakin bising mulutnya. Hinggakan dengan tak berotaknya dia mengutuk kakak-kakak aku. Bertubi-tubi, kalian. Bertubi-tubi kutukan itu menyinggah telinga aku. Tak perlulah aku cerita apa yang dikutuknya. Aku hanya bersabar, aku senyum dan diam. Kerana aku tau cakap-cakapnya tidak berasas. Semakin aku diam, semakin ligat dia bercerita dan ikhlasnya kalian, aku tau bahawa cakap-cakapnya itu tidak benar. Hinggakan sampai satu tahap apabila dia berkata 'Kakak kamu tu kedekut ya orangnya. Daripada siapa agaknya dia warisi sikap buruk itu?', aku tersenyum sinis. Aku palingkan wajah aku kepadanya dan berkata dengan serius, 'Kamu jangan cakap yang buruk-buruk pasal kakak saya ya?'Aku tak ingat apa lagi yang aku katakan kerana aku agak marah tapi sedikit pun aku tak meninggikan suara. Satu pencapaian tinggi dalam hidup aku. Aku pergi meninggalkan dia.

Dia kejar aku hingga ke dalam bilik. Tau pula takutnya bila aku marah. Digesanya aku agar tidak memberitahu kakak aku. Kerana takut dimarahinya pula. Aku mula membuka ayat, 'Kamu, jangan suka-suka hati cakap yang buruk pasal kakak saya. Kamu baru kenal dia sebulan. Saya ni dah kenal dia selama 24 tahun. Saya lagi tau dia macam mana. Kamu, kalau tak mau kena marah, kamu jaga mulut kamu. Kalau kamu buat baik dengan orang, orang akan buat baik sama kamu.' Berulang-ulang aku tegaskan tentang sikap berbuat baik pada orang lain dan menjaga mulut. Aku menjaga tona suara aku sepanjang percakapan. Anak-anak saudara aku berada di hadapan kami. Cakap aku ini bukanlah cakap-cakap kosong. Memang benar, antara kami tiga beradik perempuan, kakak aku itulah yang paling lembut dan baik.

Dia mula gelabah dan meminta ampun. Berkali-kali dia sujud pada kaki aku. Lagi bertambah kemarahan aku. Kata aku, 'Bangun! Saya bukan Tuhan, kamu nak sujud-sujud saya.' Masih juga tak sudah-sudah dia meminta aku berjanji agar tidak memberitahu kakak aku. Lagi satu hal dia tak tau tentang aku: aku lebih tau apa langkah terbaik untuk meredakan situasi buruk. Aku sudah belajar hidup secara diplomatik sejak aku berusia 14 tahun, aku tau apa hal yang boleh disampaikan dan apa hal yang perlu didiamkan. Tujuan aku satu: Untuk menenteramkan keadaan. Dan jika sekali aku mengatakan bahawa aku takkan menyampaikan hal itu kepada yang terlibat, aku TAK AKAN sesekali berbuat sebaliknya. InsyaAllah, kata-kata aku boleh dipegang.

Aku menamatkan malam itu dengan menghantar dia ke pintu bilik dengan ucapan selamat. Esoknya, tak banyak yang hendak diperkatakannya kepada aku. Semalam adalah satu 'warning' dan kalau kau benar-benar nak hidup lama dengan aku dalam rumah ini, satu saja yang perlu kau lakukan: JAGA MULUT. Senang bukan? Sekarang kebarangkalian aku untuk percaya bahawa kau mengutuk adik-beradik aku iaitu anak-anak majikan kau GEMUK dan GENDUT adalah sangat tinggi.

Ya Allah! Aku tak mengerti kenapa perlu ada mulut sejahat itu. Bukankah lebih mudah menyimpan segala percakapan buruk itu dalam hati? Sekali lagi, maaf atas kelemahan diri aku sendiri.

Ah! Esok aku mau ke balai polis untuk membuat laporan (bukan tentang dia tapi tentang kad pengenalan). Salam sayang.

Saturday, July 12, 2008

panas dalam


Harap maaf atas kesepian yang terlalu panjang ini. Aku dalam proses hibernasi yang menyebabkan aku berasa malas untuk menaip. Mungkin waktu khas itu perlu ditamatkan. Dan aku harus menaip semula.

Minggu ini adalah minggu malang bagi aku. Aku dan barang-barang aku umpama besi berani, mewujudkan medan magnet yang saling menolak antara satu sama lain. Aku dan mereka tak 'mau' bersama. Mula-mula dompet kecil, kemudian kad keretapi, kemudian lagi, kamera Mama, hilang. Aku adalah contoh manusia tak terurus yang asyik kehilangan. Tapi syukur alhamdulillah, semuanya aku temui semula. Sebenarnya bukan hilang, cuma salah tempat. Namun tetap meninggalkan efek 'sakit otak' dan 'sakit jiwa' buat aku.

Terlalu banyak kejadian malang yang malas mau aku ceritakan dengan panjang berjela kerana di kala menaip ini juga, aku berasa 'fed-up' dan entah kenapa, sedih. Mungkin kerana memikirkan saat-saat akhir aku mau meninggalkan bumi England ini. Dan saat-saat akhir yang aku mau habiskan dengan duduk diam dan berehat di Preston tak tercapai kerana kami akan menjelajahi negara-negara Eropah bermula hari Isnin ini. Sesuatu yang sangat aku benci, dan tak bersemangat untuk lakukan. Muka ini sentiasa masam, mulut ini selalu mengeluh bila memikirkan tentang rancangan pelancongan itu. Kepala aku sakit. Benar, aku sangat benci idea ini. Aku hanya mau duduk diam, tak mau ada mulut membising itu dan ini.

Biar aku taipkan secara ringkas kisah malang aku:
1. Isnin: 'Server' sibuk. Tak dapat 'print' tiket graduasi
2. Selasa: Hilang dompet
3. Selasa: Perpustakaan tutup. Masih tak dapat 'print' tiket graduasi
4. Selasa: Pulang lewat ke bilik hotel setelah mencari kafe siber, dan terkunci di luar bilik selama setengah jam. Manusia yang baru tiba dari Malaysia tidur 'mati', tak sedar pintu diketuk dan telefon berdering.
5. Selasa: Bank sukar dihubungi, untuk proses pembatalan kad bank yang 'hilang'.
6. Selasa/Rabu: Tak dapat katil 'extra', jadi terpaksa berhimpit di atas katil bertiga dengan Mama dan Ayah.
7. Selasa/Rabu: Tak dapat tidur. Kiri kanan telinga aku berhalwakan dengkuran.

Argh! Aku tak dapat nak meneruskan 'list' ini lagi. 'Mood' aku benar-benar tak baik.

Lain kali saja.

Tuesday, July 08, 2008

graduasi


Kalian.


Esok adalah hari graduasi aku. Mama dan ayah baru saja aku jemput. Juga Mak Ngah dan Mak Ndak.


Hari ini juga dompet kecil aku hilang. Kad bank dan segala jenis kad lain beserta wang tunai £30 lesap. Mana?????????? Dompet merah jambut bercorak muka monyet??? Polis???? Kalian lebih mengetahui perasaan aku tentang isu berkaitan balai.


Ah, satu kelemahan besar yang senang-senang saja ditunjukkan dihadapan mereka.


Tembak kepala!


Hari malang yang tak berkesudahan. Doakan kesejahteraan aku, kalian.


Wednesday, May 14, 2008

pertengahan exam yang belum tamat lagi


Aku tak menangis sewaktu pulang tadi.

Aku juga tak tersenyum lebar.

Aku hanya berasa, 'Hah! Mampus kau.'

Aku cuma fikir tentang makan dan tidur sepanjang perjalanan.

Kalian kan tau, 'Bonda memang macam tu. Kalau tak cukup tidur dia meragam.'

Alhamdulillah. Aku dapat tidur dengan lena di atas katil aku yang empuk. Tanpa sebarang gangguan. Nikmatnya. (Skrip pelajar yang cemerlang akan berbunyi begini: 'Alhamdulillah. Peperiksaan berjalan lancar.' Sayangnya aku tak cemerlang.)

I would love to say I did well. I would love to say I nailed it. Let bygones be bygones. The battle has not been won. But at least I tried. If this one's not for me, then it is not for me. It is as simple as that.

Bak kata Nad Nad: Waddahek~

All the best to my fellow friends who are going out for the fight today. Baez, Fiza dan Minci. Kata-kata semangat dari Jet, ketua kelab 'boxing' wanita: FIGHT-OO!

Monday, May 12, 2008

terakhir


Tak tau apa akan terjadi esok.

Pulang dengan senyuman.......

Atau menangiskah aku?

Tuesday, April 29, 2008

ujian peningkatan


How much do you hate exams?

I hate exam so much that I wish I could bite off the 'betis' of all the examiners.

I hate exam so much that I feel like setting the exam hall on fire.

I hate exam so much that I feel like making myself sick so I don't have to sit for it.

I hate exam so much that I hope all examiner's houses 'terbakar' and they wouldn't be able to attend to mark us off.

I hate exam so much that I want to burn down my rented house so that the people high up will pity me and exempt me from sitting for it.

I hate exam so much that...I study very hard to pass it.

How much do YOU hate exams?

P/S: Kenapakah kebencian aku melibatkan api, dan api lagi?

Thursday, April 03, 2008

berus gigi


Ia bermula dengan sebuah senario di mana aku sedang menggosok gigi menggunakan berus gigi berwarna ‘striking pink’. Kak Ngah tiba-tiba saja menarik tangan aku, mengajak menemannya membeli baju baru di pasar malam. Dengan berus gigi ‘striking pink’ masih di dalam mulut, aku dengan keadaan serabut tetap saja mengikutnya. Dalam pada itu aku masih memberus gigi. Dalam hiruk pikuk pasar itu, kami singgah di sebuah kedai makan. Seseorang menegur aku, ‘Tak berus gigi ke malam tadi?’ Aku tak mengendahkannya. Kak Ngah masih lagi mencari-cari baju yang diingininya. Dia membawa aku masuk ke celah-celah gerai dan akhirnya ke suatu kawasan ‘creepy’ di bawah tangga. Katanya, ‘Alaa…dah tak ada kedai tu!’

Kak Ngah tiba-tiba hilang, dan kini hanya ada Ija di sisi aku. Kami kelam kabut. Kami sesat. Kami telah menaiki tangga tadi tetapi setiap tingkat yang kami pergi, pintunya membawa kami ke jalan mati. Gembira rasa hati apabila seseorang keluar daripada salah satu pintu di tangga itu. Aku kenal orang itul. Itu Taq. Dia berkata sesuatu kepada kami, tapi aku tak pasti apa. Kami hampir masuk ke pintu itu, apabila tiba-tiba seekor hantu muncul betul-betul di depan kami. Kami naik lagi setingkat tangga dan alangkah bertuah, kami tiba di tingkat yang seakan-akan pasar malam tadi tetapi di bahagian yang lain. Kami berjalan dengan gembiranya

Gembira aku tak lama, apabila tiba-tiba kami bertembung dengan A. Dia sedang berjalan dengan teman wanitanya, Z dan beberapa orang lain yang tak aku kenali. Aku pandang wajahnya dan aku pasti dia juga cam wajah aku. Dia memperlahankan langkahnya, aku hanya mau pergi. Z dan orang-orang tadi sudah jauh di hadapan. Entah bagaimana kami tetap bertegur sapa. Aku mula untuk meminta diri tapi dia meningkah, ‘Eh, kejap! Z nak kenal.’ Dia berlari mengejarnya dan berkata sesuatu. Aku dengar wanita itu berkata, ‘Eh. Mana? Mana? Mana? Memanglah nak jumpa!’ Aku perhatikan dia, dengan tudung dan pakaian yang kemas, wajah yang bahagia serta senyuman yang manis. Kalian ingat peristiwa aku ditarik tadi dengan berus gigi ‘striking pink’ masih di dalam mulut, turun naik tangga dan berjumpa hantu? Tentulah rupa aku tak seindah mana. Rambut dan pakaian tak terurus. Aku berbisik perlahan pada Ija, ‘Mesti dia tak suka aku kan? Dengan compang-camping macam ni.’ Tak ada jawapan.

A berlalu pergi, aku pun sama. Arah kami berlainan. Ija sudah tiada. Yang ada hanyalah Taca dan Etat yang berlari-lari anak di hadapan aku, menyanyi lagu-lagu kanak-kanak yang menggembirakan. Aku berjalan perlahan di belakang mereka. Cuba untuk turut serta. Tapi aku melihat diri aku sendiri, pinggang aku terikat pada tali yang bersambung pada sebatang tiang tinggi tetapi kurus. Aku tarik, tarik, dan tarik lagi, masih tak bergerak. Aku bertukar menjadi ‘bulldozer’, lori, dan kren. Masih cuba menarik tetapi tak berjaya berganjak. Taca dan Etat sudah jauh di hadapan, hampir ke mentari itu. Aku masih terkebelakang, terikat pada satu tiang yang kelihatan sangat-sangat lemah.

Aku terbangun daripada mimpi yang tidak indah itu. Hati aku seakan-akan berat. Aku gagahkan diri ke bilik air. Aku memujuk diri, ‘Aku takkan pandai jaga dia.’ Setitis air mata mengalir juga sewaktu aku menggosok gigi di alam realiti ini.

Ironi sebuah kisah yang bermula dengan mimpi senario menggosok gigi, berakhir dengan realiti senario yang sama.

P/S: Aku salahkan hormon.


"Ku mencari sesuatu yang telah pergi
Ku mencari hati yang kubenci
Ku mencari sesuatu yang tak kembali
Ku mencari hati yang kubenci"


Tuesday, March 04, 2008

rocky life

Sumber gambar: Nicole Chocoa Heaven

Masih sedang dalam proses menaip laporan tentang 'posting' aku di Putrajaya. Cerita lawak tak dapat disertakan di sini. Cuma sekarang, kan 'best' kalau boleh kunyah-kunyah Rocky. Hmm.
Terutama sekali kalau warna dia 'pink'.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Tiba-tiba nak makan Rocky.

Dan..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Tiba-tiba 'homesick'!

Saturday, March 01, 2008

last men standing






Hah. Teruja untuk menulis isen apabila aku mendapati bahawa templat 'creat posting' aku sudah kembali kepada sediakala. 'Trick'nya hanyalah aku perlu menekan butang 'refresh'. Ceehhh!

Isen ini bersempena dengan penjejakan kaki aku semula ke tanah penjajah. Aku bertolak dari Johor pada jam 2.30pm dan sampai di rumah Atok lebih kurang jam 6pm. Hujan lebat sepanjang perjalanan menyebabkan kami tak menyinggah di mana-mana. Kasihan Along. Mengantuk. Tapi sebaik sampai di Kajang, mama telah meminta Along berhenti untuk membeli sate. 50 cucuk ayam, 50 cucuk daging, dan 10 cucuk perut.

Aku sempat lagi menolong kakak ipar aku memasak kari ayam dan terung sambal di rumah Atok. Tapi kempunan kerana aku tak makan lauk masakannya. Kenyang sate masih berbaki. Aku bersiap setelah Maghrib dan menunggu abang aku tiba untuk membawa kasut hitam aku. Ah, lambat mamat ni. Terus saja beredar sebaik dia sampai. Aku dah lambat. Janji dengan budak-budak ni untuk sampai di KLIA jam 10pm. Siapa 'check-in' dulu jodohnya pendek.

Minci dah pun beratur. Waktu aku sampai, dia sudahpun ada di depan sekali barisan yang panjang. Aku dan Za sudah mengomel panjang. Eish. Macam mana nak dapat 'seat' sama macam ni. Haha. Dipendekkan cerita, Minci terus saja 'call' aku untuk memberitahu yang nama kami tak ada dalam senarai penumpang pada malam itu. Hah? Terkejut. Dan para ibu bapa yang ada di tempat kejadian terus menjadi kalut dengan persoalan 'apasal?' Aku yang sedari tadi berasa bersalah kerana lewat tiba bertambah 'tension'. Minci kata dia tenang. 'Relax'. Itu saja yang diulangnya. Haha. Pelik. Semacam tengah 'high' rupanya. Sebab dia jarang begitu.

Kami terus saja ke kaunter lain meminta bantuan. Ah, lama. Tapi lama yang akhirnya berhasil. Bukan lama yang tak membantu. Kami ditempatkan dalam 'flight' yang sepatutnya kami naiki. Masalah timbul kerana sewaktu tiba di Malaysia pada Disember lepas, oleh kerana kami terlepas 'flight' sebenar kami dari Dubai ke Malaysia dan diletakkan ke penerbangan yang berbeza, secara automatik nama kami untuk penerbangan yang lain-lain telah di'cancel'. Maka aku pun berasa 'hangat' dan rasa nak sepak Emirates yang suka-suka hati mewujudkan problema yang meruntunkan jiwa. Nasib 'settle', kalau tidak mau ada yang makan kasut 'purple' aku.

Ada makhluk wujud di KLIA tanpa kebenaran aku. Malahan bersalam dengan segenap lapisan ahli keluarga aku. Adeh. Sakit. Pantas saja dijeling dan dibuat 'dek' oleh aku. Jet, orang nak hantar engkau pun tak boleh kan? TAK BOLEH, OK!!!

Eh, macam panjang benar cerita aku. Oh, kesimpulan. Penerbangan ini membosankan. Dari KL ke Dubai, OK. Aku tidur kerana memang ia adalah waktu tidur. Di Dubai kami lepak di Starbucks menghabiskan Dollar Amerika pemberian mama aku. Aku tak tau lah orang Arab pandai ke tidak lepak di situ. Tapi untuk menghidangkan kami kek karot dan cinnamon roll yang keras umpama batu adalah pelik wal-ajaib. Menyebabkan aku terfikir, "Adakah orang ini telah tersalah bagi kita makan makanan 'display' iaitu plastik?" Tak apa. Kami bantai makan lantaran penat dan lapar.

Penerbangan dari Dubai ke Manchester pula lebih haru. Skrin televisyen aku tidak berfungsi. Atau mungkin aku dan Minci buta IT untuk menggunakannya. Oleh itu aku banyak tidur. Dan hanya bangun untuk makan. Aku bangun untuk melihat skrin yang sama dan akhirnya membuat keputusan untuk menghafal apa yang tertulis di skrin tersebut:
'Want to know how far you are from our destination, how fast the aircraft is travelling, the temperature outside? These answers and more can be found here. Airshow is a moving map display connected to the plane's navigation system. Constantly updated during flight, the data means at any time you can check your position and expected arrival time.'

Rutin yang tidak sihat ini dipasangkan pula dengan kapal terbang yang terlalu banyak bergegar menyebabkan aku mulai merasa mabuk. Waktu itu kapal terbang sudahpun mau mendarat. Aku toleh ke arah Minci dengan lemah. "Kamen...mabuk." "Aku pun sama. Kau dah pucat." Aku diam. Dan cuba menahan rasa mual. Aku tutup mata dan layan kepala hinggalah tayar kapal terbang mencecah bumi Manchester. 'Landing'nya tidak lancar. Menurut kata Za yang aku temui selepas kejadian, kapal terbang itu mendarat tidak 'centre' dan senget ke kiri. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Za di talian 1-800-PILOT-SIMPANAN. Mangkok hayun. Bertambahlah kemabukan yang aku tanggung. Aku sudah tak mampu nak bangun walaupun penumpang-penumpang sudah mula meninggalkan kapal terbang. Kata Minci, "Tak apa. Take your time," umpama 'misi-misi' di hospital. Ini adalah iklan racun makhluk perosak: Ketahuilah bahawa Minci selalu ada efek positif kepada orang ramai tapi tidak selalu kepada dirinya.

Aku bangun sebaik penumpang terakhir bangun untuk keluar dari kapal terbang. Sudah siap 'sickness bag' di tangan aku. Aku jangka aku tak akan muntah. Tapi tidak, sebaik bangun, aku batuk sekali dan kababoom...segala isi perut melimpah keluar. Aku kembali duduk. OK. Kasik perah isi perut sampai habis. Aku mengesat air mata dan tersengih pada Minci. Ah, lega. Nak aku 'describe' isi itu? Haha. Minci memintakan tisu. Pramugari terus saja memberi aku tisu yang banyak dan tidak cukup itu, satu 'tray' sapu tangan pula diletakkannya disebelah aku. Waahh. Perli ke apa?

Kemudian barulah aku bangun dan meninggalkan kapal terbang. Padan muka Emirates, kena muntah sama aku. Laluan sudahpun dipenuhi dengan pekerja-pekerja yang mau membersihkan kapal terbang. Kami orang terakhir meninggalkan pesawat. Eh, bukan. Ada makcik berkerusi roda dibelakang kami. Tapi dia tak berdiri. Maka, kami masih: 'The Last Men Standing.'

Monday, February 25, 2008

pantun licik

Kucing di kandang kelaparan,
Anak disusukan,
Kambing ditumbangkan,
Adakah anda bosan?

Pantun untuk hiburan kalian.

Anak saudara aku 'exam' esok. Yang peliknya, esok nak periksa hari ini baru dia tau bahawa dia akan 'exam' esok.

Kalian faham? Faham-fahamkanlah ya.

Friday, February 22, 2008

makan


Cubalah engkau fahamkan kata-kataku ini: "Aku bersorak mengatakan bahawa makanan yang kutelan setiap hari itu manis dan lazat cita rasanya. Tetapi bukan engkau tidak tahu bahawa dunia sekarang semuanya mengatakan makanan secara itu pahit, tidak ada tempat untuk dihidangkan lagi kepada manusia. Atau sebaliknya aku mengatakan makanan itu pahit bagai hempedu tetapi aku setiap saat dan ketika, hidup kerana memakannya".

Keris Mas, Sampaikan Salamku Kepadanya, Utusan Zaman, 4 April 1948.


Pada perkiraan aku, jika kalian dapat menyelami bait-bait ayat di atas, kalian akan tau apa yang aku risaukan sangat tentang menerima 'makan' dari seseorang.

OK. Lagi tujuh isen untuk ditaip...

Thursday, February 21, 2008

rasa


Salam sejahtera ke atas kalian yang masih punyai masa untuk menyinggah. Hampir sebulan aku meninggalkan laman sesawang atau 'website' ini. Manakan tidak ia bersawang, nama pun laman sesawang. Aku sudah kembali ke Johor. Dan aku sedang di saat-saat akhir hendak meninggalkan Malaysia semula. Di sebalik 'come-back' ni, aku yang sepatutnya riang gembira mempunyai perasaan yang bertentangan. Hal ini tiada kena mengena dengan Malaysia 'versus' UK.

Perasaan. Perasaan adalah suatu perkara yang pelik. Dan aku...aku malas untuk berperasaan tetapi ini adalah sesuatu yang melanggar fitrah. Aku tau itu. Dalam masa dua minggu aku di'rush' untuk mempunyai perasaan yang aku tak punya. Aku tak pasti sama aku suka atau tidak dengan keadaan itu. Aku pelik dengan orang-orang yang berjaya melaluinya. Menyatukan perasaan dengan fikiran-fikiran liar dalam kepala adalah sesuatu yang sukar bagi aku. Hari ini aku sedih. Bertubi-tubi soalan ditujukannya kepada aku. Semuanya aku tepis dengan perkataan TAK TAU.

'Awak semacam nak kebahagiaan dan bila kebahagiaan tu tiba, awak nak bunuh ia. Kenapa?'

'Awak lapar. Awak diberi makan. Tapi sebaik makanan itu diberi, awak lempar makanan tu. Kenapa?'

'Mana hilang gelak tawa awak. Dah tak ada kan? Salah siapa?'

Salah aku ke? Adakah aku orang yang tak mensyukuri apa yang telah dikurniakan Allah kepada aku? Aku hanya berkata, "Saya tak ada apa nak cakap sekarang ni." Aku dah cakap aku kompleks dan kau pulak nak aku kasi jawapan bila aku rasa aku tak nak bercakap. Aku memang jenis yang suka berlari. Kadang-kadang buat aku rasa aku ni tak boleh berkawan dengan siapa-siapa. Kadang-kadang aku tak ada perasaan untuk diluahkan. Tapi ini? Ini bukan rasakah?

Aku tak tau apa yang aku rasa. Tapi untuk menuduh aku melemparkan benda yang aku perlu adalah penyataan yang tak adil buat aku. Walaupun aku tak punya hujah untuk meningkah apa yang kau tujukan kepada aku.

Aku perlukan masa. Aku juga perlukan sebuah gua.

Jaga diri kalian.

Saturday, January 26, 2008

jusco


Jet..kau nak kena ‘smack’ ke, hah? Ah, kalau kalian tak tahu lagi, aku nak bagi tau ni: I HAVE A BIG GAP BETWEEN MY EARS. Ni nak berceritalah. Aku demam sejak hari Selasa. Hingga ke hari ini masih menghembus hingus sampai berdarah-darah hidung. Auta? Bukan tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah fakta. Sebab…aa..nak tambah satu fakta lagi: Kulit lubang hidung aku nipis. Cerita ini berlaku pada hari Rabu. Aku telah dihambat ke Jusco untuk membeli barang-barang sebelum berpindah ke rumah sewa. Dalam keadaan demam dan tak ada ‘mood’, aku yakin muka ‘bebal’ aku memang terserlah pada hari itu.

Nak dijadikan cerita, kami dah pun habis ber’shopping’ di Jusco. Ketika sedang bayar di kaunter aku terdengar ‘cashier’ suruh ambil hadiah dari kaunter servis. Kemudian aku dengar mama aku suruh ambil hadiah dari kaunter servis. Lepas dah bayar, aku tengok mama dengan kakak aku menonong jalan tanpa singgah ke kaunter servis. Eh? Tak nak hadiah ke? Jarang-jarang mama aku macam ni. Aku pun ‘corner’ sambil mengomel-ngomel dalam hati. Dahlah demam, aku juga yang kena pergi ambil hadiah.

Aku tunjuk kepada budak lelaki yang menjaga kaunter tu resit pembelian kami. Dia pandang aku. Dia cop. Dia pandang aku. “Nak mintak angpau ke?” Aku tak dengar sangat waktu tu lantas aku hanya tersengih malas. Dia cakap dengan kakak sebelah yang jaga kaunter juga, “Dia nak apa ni? Nak angpau ke?” Apahal mamat ni? Dok cakap angpau-angpau dari tadi. Aku ‘smack’ karang. Dia pandang aku. Aku senyum mulut sebelah. Aku ‘defend’ diri aku, “Tu. Hadiah tisu Scott tu.” Kakak tu malas nak layan aku yang masih tak mau berganjak. Dia kasi aku apron plastik.

Aku mula mencari mama dan kakak aku. Mama aku menyoal, “Kau pergi mana tadi?” “Pergi ambil hadiahlah. Tadi suruh orang ambil hadiah.” Aku muncung. “Ya Allah..orang cakap tak payah pergi ambil. Kan dah ada hadiah dia dalam pembungkus tisu tu!!” Oh, pekak rupanya. Eh, bukan pekak. Sebenarnya mendengar suara-suara halus dalam kepala otak.

Aku tersengih. Haha. Mangkuk hayun kau, Jet! Berjaya memperbodohkan diri sendiri di hadapan kaunter servis. Patutlah kau angpau-angpaukan aku ya, hah budak kecik! Nasib baik tengkuk kau kat belakang kaunter. Hehe. Tak pasal-pasal apron plastik dekat Jusco habis dengan adanya makhluk seperti aku yang tegar inginkan hadiah percuma walaupun tak layak menerimanya.

Aku doa-doa tak jumpa lagi sama mamat tu. Takut dia kena belasah depan CCTV nanti. Heh. Walhal malu dengan kebebalan diri.

Tuesday, January 08, 2008

lif


OK. Hari yang penuh kemalasan ini aku mulakan dengan 'mengasik tau' kalian tentang adab-adab untuk menggunakan lif. Aku dengan Minci selama mula berkerja di hospital dimana kami bekerja sekarang [ayat pusing] selalu tergelak apabila pintu lif terbuka. Jadi, aku pun nak cerita pasal lif. Melalui pengalaman kami.

1. Kalau pintu lif terbuka, sila kasi orang dalam lif keluar dulu. Ini tidak, yang kat luar buat muka gelabah, berpusu-pusu nak masuk lif. Apa kau ingat pintu lif ni pintu LRT? Tutup dan tak terbuka kembali? Ni, macam mana aku dengan Minci nak keluar ni? Hah? Hah? Bagaikan makan banyak tak buang air, akhirnya sesak di tengah jalan. OK.

2. Kalau naik, tekanlah butang 'hold' pintu tu sekejap. Dah kau tau ada orang belakang tu nak masuk. Ni tidak. Tolol. Kau masuk, lepas tu buat muka 'sepeet' dan 'dunno' kau. Kesianlah kat pakcik tua yang masuk tu. Hah, kan dah dia tersepit. Mangkuk hayun betullah kau ni. Nasib pakcik tu tak kena serangan sakit jantung.

3. Kalau naik lif, walaupun kau tengah naik lif khas untuk orang cacat penglihatan, janganlah kau mengada-ngada nak lakonkan watak orang buta dan meraba-raba bila nak keluar lif. Hah, kan dah kau terkejut bila pintu lif terbuka dan kau cakap,"Oh, terkejut!" sebab ada 'nurse' nak masuk lif itu. Dia kata kat kau, "Hah! Ni mesti tengah mengumpat..pasal tu terkejut." Haha. Padan muka kau.

Banyak lagi adab-adab lain. Kalian fikirlah sendiri. Aku malas nak buat lawak. Mata aku dah kabur-kabur dah ni. Hari ini ponteng setengah hari atas dasar kecil hati sama 'suster'. Kalian tau siapa itu 'suster'? Ayat 'suster' pada aku hari ini:
"As a student you are very intelligent. But your attire is not appropriate. To be a doctor you need to wear something presentable."

Hello? Apasal cakap orang putih sama saya? Bukan negara Malaysia kah ini? Maaflah, saya memang 'hip-hop and hard'. Kakak saya cakap, kalau saya nak ceriakan orang sakit, saya kena pakai baju ceria. 'Suster' ni cemburulah. Saya baringkan 'suster' secara mendatar kang. Matilah..dah hilang akal. 'Rock'..'rock' saya, bukan saya pakai seluar jeans ke hospital. Saya pakai warna warni saja. Sudah. Asalkan saya bahagia, kan? Asalkan 'suster' merana. Peliklah, apasal mau puji saya sebelum menikam saya? Haha, kodi.

Sekianlah. Aku peduli apa. [Walhal, sekali esok aku pakai kasut hitam dan berwajah profesional, kan?]

Saturday, December 29, 2007

rainbow


Ah! Bosan. Cuti dah hampir sampai ke penghujungnya. Aku, insyaAllah akan ke Kuala Lumpur pada Ahad ini. Aku belum mendapat suntikan semangat itu, terutama sekali apabila terlalu banyak isu yang berlegar dalam kepala otak aku ini.

Jum-jum-matun....tengkorak kepala!

Kenapa mereka tak mau mengkhabarkan berita itu kepada aku? Mungkin mereka tau barannya aku yang sukar untuk menerima fakta-fakta seumpama ini. Aku ini boleh dikatakan sebagai seorang yang tak 'open-minded', kolot, dan kuno. Aku orang yang senang melenting apabila mereka melakukan perkara-perkara diluar kebiasaan aku. Tapi hanya untuk sesetengah perkara.

Entah kenapa hati ni tak terkejut apabila akhirnya diberitahu tentang apa yang mereka rahsiakan. Kau jadikan 'terlalu ganas' sebagai alasan untuk kau tak menerima lelaki dan sekarang menjadikan perempuan sebagai pasangan engkau. Alasan itu tak cukup kukuh buat aku dan kau sendiri tau isu perempuan merokok pun aku rasa macam nak lempang sampai mati, kan? Adakah sudah sampai masanya untuk aku bertindak untuk tidak peduli dengan apa yang berlaku dalam hidup kau? Aku memang tak tau memberi nasihat tetapi apabila aku rasa seseorang membuat perkara yang salah, aku akan cuba untuk menjauhkan diri kerana aku rasa tak mampu untuk berkata-kata. Bukan kerana benci kepada orangnya, tapi kerana benci dan kecewa dengan perangainya. Sampai bila engkau nak melakukan benda-benda yang menunjukkan engkau 'rebel' terhadap apa yang telah berlaku dalam hidup engkau. Orang lain, ramai yang melalui apa yang engkau lalui, tetapi tak semua mereka terjerumus dalam perkara yang salah. Bukan engkau seorang ada masalah! Kita semua dah besar. Pasal itu rakan-rakan malas nak menegur. Kerana masing-masing tau tentang hak bagaimana untuk menjalani kehidupan masing-masing. Pernahkah engkau fikirkan tentang rakan-rakan yang risau tentang gaya hidup engkau? Engkau pasti tak tau, kan? Sebab rakan-rakan kau hanya berkata, "Oh, itu..Tak apa. Kami tak kisah," kerana tak mau melukakan hati engkau. Dalam jiwa mereka, siapa yang tau? Jangan anggap ini kisah enteng bagi mereka. Dan jangan pula engkau marah pada mereka yang memberitahu aku akan perkara ini kerana bagi aku ia adalah lebih baik daripada engkau menyuarakannya sendiri.

Ikhlas aku katakan, jika aku berada di situasi mereka di mana engkau berkata, "Aku 'couple' dengan perempuan. Korang tak kisah, kan?", aku akan pandang mata engkau dalam-dalam, aku akan diam, dan aku akan berlalu pergi. Sudah tentu aku kisah! Dan aku harap engkau tahu itu, hanya melalui gerak badan aku. Rakan-rakan kau yang lain, mungkin tak terucapkan perasaan mereka seperti aku. Ada tak terlintas perkara ini dalam benak engkau?

Aku terpanggil untuk membiarkan engkau membaca isen ini dan nak engkau tau bahawa hidup ini adalah amanah. Bukan milik kita. Engkau tak memiliki diri engkau, jadi bagaimana boleh hidup ini engkau yang punya? Ubahlah diri sendiri dan jangan menganggap dunia akan berubah untuk engkau. Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka berusaha untuk merubahnya, kan. Dan untuk itu, aku doakan engkau sedar akan kesilapan itu dan sedia untuk berubah.

Walaupun aku berseloroh, "Hoh? Kira aku pun patut jadi lesbian lah ni? Aku pun terlalu ganas dan tak boleh dengan lelaki," apabila mengetahuinya, tetapi ayat-ayat diatas adalah apa sebenarnya yang aku rasa. Aku sendiri bukan orang baik-baik. Jadi ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga. Semoga Allah memelihara kita semua daripada melakukan perkara yang keji.

"I consider myself as a lousy friend. Who doesn't keep in touch. Who does not care. But not you. Just know how many people worship you as their most reliable friend. Don't let this severe that trust."

Tuesday, December 25, 2007

hari sampah sedunia


Hari ini aku bangun dengan teruja. Bukan sebab nak buka hadiah sempena hari natal. Aku tak sambut. Aku bukan orang Kristian. Tapi hampa, hajat aku tak kesampaian. Bencilah hari ni. Aku tak dapat menonton Conan. Sebab digantikan dengan 'movies' bersempana hari natal. Huh! Bengang.

Aku terus tutup televisyen. Baik aku tolong mama aku dekat dapur, kan. Tak kiralah cerita itu 'best' atau tak, tapi sebab tak dapat tengok Conan, aku malas terus nak tengok televisyen. Aku boikot! Tapi Shrek pukul satu petang nanti kena tengok. Haha.

Ya, inilah masalah manusia yang 'particular' dengan apa yang dia nak. Kalau tak dapat, senang melenting. Sempat juga aku menonton berita terkini sebelum aku sedar yang Conan tak ditayangkan hari ini. Aku rasa ia pun takkan ditayangkan beberapa hari lagi. Sebab Krismas..demn.

Hah. Pasal berita terkini tadi. Apapun, aku bertambah marah bila menonton berita tentang orang bikin sepah di Kuala Lumpur. Aku rasalah. Kuala Lumpur ke? Haha. Aku hanya sempat menangkap sedikit daripada berita yang disiarkan itu. Tapi memang bersepah. Banyak cawan plastik dan macam-macam benda lain. Adakah ia berkaitan dengan hari perayaan? Ikhlasnya, aku pun tak pasti. Yang menyapu sampah tu tentulah bukan mereka yang buat sampah. Tapi pakcik-pakcik dan makcik-makcik tukang sapu atau mungkin peniaga/penduduk kawasan tersebut. Macam harem! Memalukan. Pandai bikin kecah, pandai-pandailah 'clean up after your own mess.' Dah besar panjang dah, lagi mau diajar? Ei, ingatlah sikit...engkau seorang dah berfikiran, "Ah, adalah tu nanti orang nak bersihkan." Abis, kalau setiap kita ada fikiran macam tu, tak ke Malaysia ni tertimbus dengan sampah? Ada kau fikir?

Jangan jadi SOCHAI lah, wei.

Ni belum lagi sambutan Tahun Baru. Tu lagi satu benda aku tak suka. Duduk rumah diam-diam sudahlah. Baca doa ke, kan. Tu kang tak tau lah berapa kilo sampah lagi kalian nak buat di tempat 'countdown', di mana jua kalian berada. Ingat ni, aku pesan. Fikirlah penatnya orang nak bersihkan sampah sarap yang bukan mereka buat. Haa, apa kau cakap?? Biarlah kau buang sampah merata-rata supaya mereka ada kerja sikit??? Pala hotak lu ah! Nenek atau atuk atau mak atau bapak atau anak orang, mereka tu semua. Ada kehidupan! Bukan chimpanzee dari kayangan! Bukan juga mahkluk Batan! Senangkan hidup orang, supaya hidup kita sendiri senang. Maka, jadilah insan yang bertanggunjawab dan 'considerate'.

Pengalaman mengajar aku untuk menegur dengan cara berhemah. Maaf atas kemarahan ini. Tapi terkadang, manusia menjadi buta dan tuli walaupun segalanya dah ditunjukkan di depan mata kepala sendiri. Nak kena kasi sekali 'whack' kat belakang kepala tu barulah nak terngadah. Sekadar untuk renungan yang tak patut diabaikan. Untuk kalian, dan juga aku.