Saturday, February 21, 2009

apenta

Terkadang hidup ini terlalu menekankan sehingga mendesak kita mengambil jalan yang pada akal logiknya tak akan kita lakukan. Hari ini, akibat tekanan yang hebat, aku berkeras tak mau ke tempat kerja. Aku tak peduli. Aku tak takut. Yang aku tau, aku tak mau pergi.

Pagi-pagi lagi Bie sudah menelefon. Panjang bebelnya. Keras. Jawapan aku tetap sama, tak mau! Aku tak pasti apa yang telah merasuk jiwa aku sedahsyat ini. Bie juga garu kepala melayan karenah gila aku. Aku yang pada pagi harinya tergelak dicubit kuat oleh Bie kerana membuang resit tol dalam kereta. Aku yang ceria makan nasi goreng dan minum teh tarik bersama Bie. Aku yang pada petang harinya bahagia berpaut pada beg sandang Bie dan menyorokkan kotak rokoknya. Sekelip mata aku berubah. Bila tiba malam, aku langsung tak senyum pada Bie yang tersenyum padaku. Tak menjawab semua soalannya. Tak ketawa pada lawaknya. Tak mau makan bersama. Perempuan gila!

Aku meminta dia menghantar aku pulang. Aku gagahkan diri untuk tak berlalu pergi begitu sahaja sepertimana yang aku selalu lakukan bila aku marahkan dia. Aku naik bila dia menyuruh aku naik. Aku mengintai dari tingkap bilik dan menangis bila kelibatnya tak lagi disitu. Aku terbaring di atas katil, tak bertenaga untuk bangun lagi. Satu ‘SMS’ aku hantarkan kepadanya, ‘Asyik fikir nak minta putus.’

Manusia paling bodoh adalah aku. Kerana marahkan diri sendiri aku marahkan dia sekali. Kerana marahkan diri sendiri aku terlantar di atas katil dan tak mau bangun untuk pergi kerja. Tanpa sebab yang jelas aku minta untuk putus. Adakah aku seorang calon yang bakal meminta cerai membuta tuli daripada suaminya bila berkahwin kelak? Ya Allah, nauzubillah!

Allah menemukan aku dengan manusia paling sabar melayan karenah aku, meletakkan keutamaan aku lebih daripada keutamaan dirinya, yang boleh mengawal bila aku meliar, yang menerjah ranjau yang suatu ketika dulu tak akan dia lalui, yang sanggup berkongsi walaupun dirinya sendiri serba kekurangan. Ya Allah, kenapa aku mau menuding ke atas kekurangan dirinya bilamana aku sendiri bukan malaikat? Ampunkan aku ya Allah, Ampunkan Sayang, Bie. Ya Allah, aku mohon dengan sangat, jadikanlah kami berdua hambaMu yang lebih baik. Kekalkanlah cinta kami pada landasan yang betul.

Ya Rahman, aku benar-benar cintakan dia.

1 comment:

bzz said...

Jett,

Sabar itu separuh dari iman, sabar itu juga separuh dari kejayaan. In the end, you'll be happy!