Friday, February 22, 2008
dunia baru the movie
Maaf. Sebelum aku menyatakan pandangan dan pendapat aku tentang filem ini, aku memohon maaf kepada kalian yang meminatinya. Ketahuilah bahawasanya aku adalah wartawan politik yang sekadar nak beralih arah ke bahagian hiburan. Aku tak berapa tau selok beloknya, tapi aku tau bahawa filem ini agak mengecewakan.
Mungkin kebanyakan kalian sudah membacanya di dada-dada akhbar. Jangan pula membaca dada-dada yang berlukiskan logo 'Superman' atau kalian akan di'banned'. Oh, sebenarnya aku sedang buat lawak secara serius di situ. Ramai yang mempersoalkan tentang kualiti filem ini. Malahan boleh dikatakan tak 'worth-it' awak, awak, dan awak-awak membayar RM7-8 ringgit untuk menonton filem tersebut di pawagam. Maaf. Ini cuma pendapat peribadi aku.
Aku berpendapat bahawa untuk sebuah filem, Dunia Baru the Movie tidak setanding dramanya. Aku tak tau kenapa tetapi aku lebih banyak gelak menonton dramanya berbanding filemnya. Babak-babak yang melucukan hanyalah ketika Opie dan Muhammad Adif menyanyi di kenduri kahwin, diberi ceramah tentang 'kob-ba-ra-kaf-alif-ta-nun' sewaktu di lokap, dan babak di mana anak saudara aku, Arieq gelak terkekeh-kekeh kerana cara gelaknya memang lawak. Pada hemat aku, aku terlalu mengikuti promosi filem ini di kaca televisyen menyebabkan banyak babak yang aku sudah tau dan bila aku tengok aku rasa tak lawak pun. Contohnya, cara Hitler Zami menceritakan tentang babak seorang Bangla di'brief' oleh bosnya tentang cara-cara mengendalikan pam minyak sewaktu beliau dijemput ke set Malaysia Hari Ini, aku dapati ianya lebih lawak berbanding menonton babak itu sendiri di layar perak. Kenapa? Cuba kita muhasabah diri sikit. Keberkatan. Mungkin kurang keberkatan.
Lawak di dalam filem ini juga tidak konsisten. Memanglah penulis/pengarah cuba mempelbagaikan emosi dan 'mood' dalam filem tersebut tetapi ianya tak berjaya sampai. Aku tak nampak kesinambungan 'lawak' dalam cerita ini. Aku lihat filem ini lebih terarah kepada lawak bodoh berbanding lawak bijak yang sepatutnya disemai dalam jiwa remaja zaman kini. Kami bukan budak-budak seusia Arieq yang boleh diperlekehkan tahap lawak kami. Tahap lawak kami tinggi, maka usahalah untuk mencapai tahap kami. Itu pendapat aku.
Aku lihat filem ini sebagai filem 'mampus-kau-asalkan-siap' kerana jalan penceritaannya yang kucar-kacir. Aku sedar bahawa pihak yang bertanggungjawab menjayakan filem ini mengalami masalah 'casting' di mana dua antara watak utamanya sedang sarat mengandung ketika itu. Tapi ketahuilah, aku lebih sedia dan redha menunggu Dunia Baru the Movie yang berkualiti daripada dihidangkan dengan suatu karya yang aku rasa tidak ikhlas. Itu rasa aku. Mereka telah berusaha mencari jalan cerita yang kecil skopnya iaitu usaha untuk menjejaki Anizah tetapi gagal mengembangkannya dengan baik. Aku tak mau menonton filem yang 'cukup makan' atau 'asal siap' saja.
Watak-watak yang baik untuk dikembangkan dan mungkin ditarik masuk ke dalam filem ini adalah Mardihah, Sariah, dan Tajol. Aku tak nampak karakter Tajol sebagai seorang yang "Nothing's personal. Everything is business" dalam filem ini. Kalau ada Chichi pun mungkin lebih menarik. Entahlah, semua yang aku rasa lawak dalam drama Dunia Baru termasuk Opie, kurang menyerlah. Mereka yang bertanggungjawab gagal menyerlahkan watak-watak utama ini satu persatu.
Sekali lagi aku menyatakan rasa kecewa aku akan filem ini. Tak guna banyak publisiti tetapi tidak menghasilkan filem bermotif dan berkualiti. Perilaku ini aku anggap sebagai menipu peminat Dunia Baru. Keras bunyinya tetapi benar. Peminat bukanlah calang-calang orang yang duduk tepi sungai, kocak-kocak air dan tak ada kerja. Kami orang-orang yang tak harus diperlekeh. Kerana kami berhabis masa dan wang untuk menonton filem anda.
'But then'....bukan semua mempunyai bakat dan rezeki untuk membuat filem. Itu, satu-satunya kredit yang aku berikan kepada pembikin-pembikin Dunia Baru the Movie.
OK. Lagi berapa? Lima...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
aku plak tergelak everytime dgr kau ngan arieq gelak.. ha ha
owh
terus taknak tengok
Ouhh, tak sedap ke?
Sib baik tak terasa nak tengok lagi. :)
CJ7? Cete Stephen Chow yg sedih... :p
Post a Comment