Sunday, December 02, 2007

hadiah hari jadi


Hoh. Kenapakah kemaskini ['update'] hanya dilakukan dua kali sahaja dalam seminggu? Gelap masa depan kalian.

Bilakah hari jadi kalian? Hari jadi aku adalah pada tahun hadapan. Tapi aku sudah mula mendapat hadiah. Hadiah hari jadi aku ke-24 yang pertama adalah sebuah 'smoothie-maker'. Sebulan awalnya. Oleh kerana aku akan pulang ke Malaysia, pembeli hadiah tak mampu nak mengangkut 'smoothie-maker' yang besar bagak itu, maka aku pun dapatlah ia sebelum aku berangkat. Terima kasih kepada Pengurus Za atas hadiah itu yang berslogankan 'Kawan saya suka smoothie' dengan ucapan tanda terharu aku, "Hadiah kau kasik aku ni macam hadiah orang kahwin. Kalau macam ginilah gayanya 'smoothie-maker' jadi hadiah hari jadi, silalah belikan aku banglo untuk hadiah kahwin pula nanti. Kerana barang-barang elektrik sudah dianggap cikai. Terima kasih."

OK. Dengan terwujudnya 'smoothie-maker' berwarna perak/'silver' ini dalam hidup aku, maka dapur aku nanti serba perak dan berkilat-kilat umpana masuk ke rumah cermin di Melaka. Eh, ke Disneyland?


Hari ini, aku sudah pun mula merasmikan 'smoothie-maker' ini. Resepi pertama aku bertajuk 'Black forest shake'.

Bahan-bahan [matilah]:
300ml susu sejuk
350ml tairu ceri hitam sejuk
4 sudu ais krim coklat
Parutan coklat untuk hiasan

Arahan: Kisar semua bahan kecuali untuk hiasan. Hias. Dan minumlah selepas membaca basmallah.

Hasilnya adalah benda berasa pelik macam susu basi serta perasaan pening-pening setelah meminumnya. Cubalah!



P/S: Resepi asal menggunakan 75ml Kirsch iaitu sejenis 'brandy' yang diperbuat daripada buah ceri. Mungkin buku resepi ini tak tau kami orang Islam diharamkan meminum arak. Hoh?

9 comments:

Unknown said...

hoyeah.. walaupun masa minum rasa mcm agak 'mabuk'.. tiba2 rasa mcm nk minum lagi di lain hari.. :)

sheilazrien said...

hepi 'bec0ming' besday.. hahaha.. bkan awal bulan 1 ker besday kamu j0jet?..hikhik..

notakaki: aku dpt 'KaradaScan scales'.. slalu sgt bising nak kurus2..(^_^)

Pengurus Za said...

tak dapek la den nk nolong kalo mintak baglo..kalo bangla leh gak la aku carikkan..huhu~

ntah2 tak sedap sbb ko tak cuci dulu bende tu..rs2 mcm besi

bile ko nk ajak aku minom smoothie lak? kasik yg simple2 je..cth mcm melon kesygan ku, yer?!

jetjetsemot said...

minci..haha..ade lgi siket yogurt tuh..leh buat len kali utk ko..mabuk2..ape ko igt aku gune brandy ke buat..

majod..yeh..hepi2..tengs..apeka menatang karadascan scales tuh?timbang berat ke?

kak fiza..eish..igt aku ini bengong ke x membasoh sebelum menggunakannye..in case ko x pena rasa, susu basi jaoh panggang dari api rasenya dengan rasa besi..nak smoothie melon ke...beli melon, nnt i buatkan..hehe..wiken yeh..kamon bebeh..

Nur Amirah Shaharom. said...

wah2.. nak satu. bleh?

Anonymous said...

Nak pesan 13 cawan !!

ad said...

okay lagi update 2 kali seminggu.

ada orang tu hupdate 2 minggu sekali.

bzz said...

Waaa... dpt hadiah dulu ke? Lama ke balik Msia? Bawak sket bole...

Nanti amek kat KLIA

jetjetsemot said...

amirah..nak amek..satu je ok..

lim..woo..13 ka?abesla sekotak eskem coklat..

ad..hehe..besela tuh..x updet langsong pon ade..

bzz.yeh..nak balik..tatahan da tgk muka omputeh..rase nak lempang je..amek kat klia jawabnye dpt kurang dri 100ml saja la smoothie nye..maklomla..liquid..byk itu je la yang lepas kat security pon..