Thursday, October 11, 2007

tag hari raya


Sumber imej: Pesona Pengantin

'Tag' ini telah dilemparkan kepada aku oleh saudara Kasyah yang nama sebenarnya langsung tak berbunyi 'Ka' ataupun 'Syah'. Malas sebenarnya hendak menaip ni. Entah kenapa aku memang malas 'sokmo' sejak akhir-akhir ni. Nak balik, duduk bawah ketiak mama aku saja rasanya. Lagipun, aku rasa soalan 'tag' yang diberikan adalah sukar untuk aku jawab. Disebabkan aku ada penyakit amnesia jadi aku tak dapat nak jawab secara terperinci sepertimana saudara Kasyah dan rakannya, bukan rakan aku iaitu saudari Minci. Tapi, itulah..berkat kuasa pemaksaan aku terhadap diri aku sendiri, dan sudah tentunya atas kuasa Allah, aku jawablah 'ala carte' iaitu mengikut daya ingatan yang masih tersisa lagi ini. Terimalah.

1. Bila agaknya mula berpuasa penuh?
Teeeeeeeeeeet! Soalan pertama dah membunuh. Apakah??! Sedangkan aku pernah kena 'chicken-pox' atau belum pun aku tak tau, inikan pula berpuasa penuh. Tapi, aku 'budget' masa tu aku kecil lagi. Mungkin enam tahun. Sebab waktu lima tahun aku sekolah tadika tapi rasanya macam puasa main-main waktu itu. Ini, tak 'confirm' ya. Kalau aku menipu diri aku, maka kalian jua turut tertipu.

2. Pernahkah ponteng puasa? Dan apakah alasannya?
Tak pernah rasanya. Haha. Ini pun, aku tak ingat. 'Angelic' benar aku kalau tak pernah ponteng puasa ya tak? Semua mak ayah orang pun nak ambil aku dibuat anak sendiri kalau begitulah halnya. Ikhlasnya kalian, aku benar-benar tak ingat. Aku ambil subjek apa semasa di matriks pun aku tak ingat. Begitulah kadar 'hopelessness' kondisi amnesia aku yang wajar kalian cuba fahami.

3. Pernah main bunga api atau mercun?
Yang ini, alhamdulillah aku ingat. Pernah. Bunga api saja pun yang aku berani. Mercun selalunya hanya melihat abang-abang dan adik aku main. Itupun waktu kami sudah besar, main di halaman rumah sendiri. Kalau balik ke rumah atuk aku sebelah mama [mama aku tak duduk sebelah atuk aku], langsunglah tak main apa-apa. Gelap gelita saja rumah atuk. Pelita pun langsung tak dipasangnya kerana atuk aku orangnya anti dengan perkara-perkara yang ke arah tradisi India. Tindik telinga pun boleh menjadi satu 'tulah'. Jadi, kami memang tak pasang pelita sehinggalah beliau bergelar arwah. Eish, macam 'kureng' pula penyataan ini. Tapi, itulah yang aku ingat.

4. Apakah juadah kegemaran ketika berbuka?
Aku suka makan kuih puteri ayu dan apa-apa jua benda yang mama aku masak. Tapi yang paling 'best' adalah hari terakhir berpuasa kerana bila buka puasa selalunya mama aku sudah pun siap menyediakan lauk untuk raya keesokkan harinya. Mama aku setiap tahun masak yang sama: Ketupat, ayam masak kicap, ayam masak gulai, rendang daging, sayur goreng dan kuah kacang. Jadi, itulah juadah paling digemari bila berbuka.

5. Selalu lagu raya mana yang menjadi kesukaan?
Aku suka lagu 'Sepasang Kurung Biru'. Siapa penyanyinya? Yang pasti penyanyinyalah yang menyanyikan lagu itu. Walaupun aku amnesia, tapi imaginasi aku tinggi. Waktu aku mula suka lagu tu aku masih di sekolah rendah [bukan dengar waktu di sekolah rendah, tapi ketika menjadi budak sekolah rendah]. Darjah enam, jika tidak silap. Aku ada sepasang baju kurung berwarna biru diperbuat daripada sutera Korea. Aku sangat suka baju tu. Jadi, mulalah berangan-angan orang rindu aku si gadis berkurung biru. Eh, suka hatilah! Haha. Oh, Khairil Johari Johar yang nyanyi. Lagu raya dendangan Mamat pun aku suka. Ah, semua lagu raya dalam CD raya rumah akulah aku suka.

6. Tahun ni beraya di mana?
Raya dekat sini. Sini. Sini. Raya haji nanti aku akan beraya di sana, insyaAllah.

7. Pernah ke bertugas/berkerja di hari raya?
Bertugas ke kelas dikira kah? Sebagai seorang pelajar, aku bertugas untuk ke kelaslah, kan? Jadi pernahlah aku menjalankan tugas aku di hari raya. Ini yang 'real' tau, bukan main-main. Tapi alhamdulillah separuh hari saja aku ke kelas. Tahun berikutnya pula, aku tak pasti sama ada aku ponteng kelas atau minta cuti. Tapi yang pastinya aku tak bertugas di tahun itu. Tugasan yang serius tapi nak main-mainkan perasaan kalian pula adalah tugas aku sebagai khalifah di muka bumi ini. Mana boleh minta cuti semata-mata kerana hendak beraya, kan.

8. Ada kenangan manis tak di hari raya?
Hari raya kira sebulan ke? OK. Jadi maknanya kalau perkara itu terjadi dalam masa 2-3 minggu selepas raya pertama dikira kan? Kenangan manis raya tak berapa banyak. Selalu pahit je hari raya aku. Pasal tu agaknya amnesia. Yang aku ingat waktu kecil-kecil iaitu waktu pertama kali aku ikut abang aku beraya ke rumah jiran tetangga. Jiran satu tangga saja. Maksud aku, aku pergi beraya ke rumah satu jiran saja. Itupun selepas abang aku kata tuan rumah tu memberi duit raya RM1.00 kepadanya. Waktu kecil begitu, RM1.00 dikira sangat banyak. Aku pun naklah juga. Jadi esoknya, abang aku pun bawa aku. Tapi hampa, kami hanya mendapat 50 sen. Tapi itulah..otak kanak-kanak macam kami memang 'cikai', macamlah makcik tu nak kasi kami RM1.00 setiap kali kami datang rumah dia, kan. Apa kau ingat dia tak ingat muka kau macam mana?! Lainlah kalau makcik tu amnesia. Pergi sejuta kali, aku dah boleh jadi 'millionaire' dah.
Di waktu yang lain pula, waktu aku sudah besar, kawan lama ayah aku yang berbangsa Tionghua datang ke rumah terbuka kami di Johor. Nak menjadikan cerita ini manis, dengan selamba badaknya dia kasi kami duit raya sebanyak RM1000 seorang. Wah, terkejutlah. Tambahan pula kami ni bukan seorang dua tapi tujuh beradik. 'Bapaks luk' fikir gua. Gila kaya itu orang, hoo? Dan dikala itu, bila berita telah tersebar, nenek dan makcik-makcik aku pun mengendeng-ngendeng dengan 'uncle' itu. 'Jek-jek'...akhirnya dapat juga mereka duit, walaupun tak sebanyak duit kami. Apakaahh? Adakah bank bergerak?? Aku tak ingat apa aku buat dengan duit sebanyak itu. Yang pastinya aku tak simpan dalam bank. Hahahhaha. Eish, apasal yang manis bila dapat duit raya saja ni?

Sekianlah tag hari raya aku yang tak berapa 'best' ini. Aku tau, ada orang-orang diluar sana yang tak berapa 'enjoy' raya sama seperti aku. Perasaan 'excited' itu kian luluh bila diri ini dimamah usia. Ramadhan itu yang ada 'vibe'nya. Raya pada aku kemuncaknya adalah waktu masak-masak lauk raya, berbuka puasa akhir Ramadhan, solat jemaah malam raya dan bermaafan, serta kegiatan lazim di pagi raya. Lepas itu? Aku pun:

TIDUR.....

7 comments:

Minci said...

1 -pandailah kamu berusaha mencari nama betul Kasyah. tahniah..
2 - Uncle Andy sgt baik.. tua ker?
3 - Teeheeee..part berangan tuh yg tk tahan tuh..

jetjetsemot said...

hoo..yeh, sy mmg ade sindrom 'selagi taktau sy tak aman'..mekaseh..tua la..anak dia 2..sorg laki sorg pompuan..kalu x silap aku..haa..sukatila nak berangan..hahahha..

Anonymous said...

maaf kerana lambat menjenguk. baru pulih. :D
aiyo..kantoi nama la ni..huhuhu

1.lagi awal penah pose than me. baguih sungguh.


2.kalo tak ingat, maksudnya memang benar2 tak ponteng la ni..huhu

3.nenek sedara kasyah pun memang strict mende2 camnie. tapi makin strict makin kitorang degil.

4.kueh putri ayu tu camne upenya? penah dengar, tapi tak ingat la.


6. raya haji kat sana? balik mesia la ni


8.kim salam juga sama kwan ayah tu. banyak tol duet raya sampai 1000. impian semua budak2 masa gi beraya.

tq sudi buat tag ni. selamat hari raya aidilfitri....maaf zahir dan batin..semoga bergembira di bulan syawal ini.

Anonymous said...

HAH!!! RM1000!!!!
kalau kita kawin jet, mesti dia kasi RM 100,000.00..... :-p

jetjetsemot said...

kasyah..yeh, no probs..kasikla tajok lagi..tgh tade idea nak taip ape..

amuro..apeka???apeka?kenapa kena kawen dgn kamu bru mendapat RM100,000?huraikan..

Anonymous said...

ishh..bukan 100K, 1juta ..huhu.

jet, kasi tajuk??

jetjetsemot said...

kasyah..yeh, tajuk..sebab takde idea nak taip ape di wasaii..hehe..jadi sgt mengalu-alukan pemberian tajuk rambang..