Wednesday, August 15, 2007
terowong
Hari ini, aku bertarung lagi. Nak 'sms' atau tidak? Dalam hidup aku, selama aku bernafas, benda ni lah benda yang paling aku 'dread' nak buat. Berat sangat hati, walaupun sekadar menghantar sms dan bukan bertanya secara 'live'. Akhirnya aku meminta along, diplomat aku yang terkemuka untuk 'sms' ayah.
Ya, aku lemah bab meminta duit walaupun pada waktu-waktu aku sangat memerlukan. Mama aku tau hal ini, dan aku selalu kena bebel kerana bila langsung tiada duit (baca: ZERO) barulah aku akan meminta. Habit ini ada sejak di sekolah lagi. Lantaran itu, mama aku belajar untuk 'membaca' aku dan selang satu masa, dia akan bertanya secara rambang, 'Ada duit?' dan jawapan tipikal aku berbunyi, 'Adalah sikit.' Sangat berat mulut ini nak meng'offer' informasi bahawa poket sudah kosong. Tapi dalam hal aku, jika aku tak meminta, aku memang tak ada 'source' lain. Aku tiada elaun atau PTPTN, sebagai alternatif. Dan oleh itu, setiap kali meminta, aku akan berasa membebankan ayah aku dan membayangkan penat-lelah dia bekerja yang akhirnya digunakan untuk belanja anaknya yang belajar di tempat yang mahal. Apa yang ayah aku dapat?
Rasa bersalah sekali-sekala menyinggah kerana membuat keputusan untuk belajar di sini. Aku bukan tanggungan kerajaan, dan segala lelah ayah aku untuk meminta kenalannya 'sponsor' aku adalah satu usaha yang sangat mengharukan. Entah kenapa membayangkan ayah aku terpaksa 'menebalkan' muka untuk tujuan itu. Dan aku juga merasa terbeban untuk menjaga air muka ayah dan juga orang yang sudi untuk menaja pembelajaran aku. Dengan setiap rasa serba-salah itulah aku teruskan hidup disini, cuba sebaik mungkin untuk belajar tekun dan membuat mama dan ayah bangga. Dan dengan sisa-sisa perasaan bersalah itu jugalah aku cuba untuk menjauhi 'fail'.
Semua orang memerlukan 'pressure' untuk melakukan sesuatu. Perumpamaannya, seseorang akan bangun pagi untuk pergi bekerja. Dalam erti kata lain, kerja menjadi satu 'pressure' untuk seseorang bangun tidur. Tetapi seperti ajaran Islam yang menyarankan prinsip 'wasatiah' atau bersederhana, dan bait-bait lagu Spice Girls, 'too much of something is bad enough', 'pressure' yang berlebihan juga tentulah akan menggilakan dan memudaratkan. Oleh itu, aku juga tidak lari dari bermain 'timbang bola' dengan 'pressure' yang dinyatakan di atas berserta perasaan nak me'rebel' tidak mahu belajar.
Ringkasnya, sebab mengapa aku masih di dalam bidang ini ada dua:
1. Jalan ini dibukakan oleh Allah untuk aku yang selama ini tanpa arah dan cita-cita.
2. Mereka-mereka yang ingin melihat dan berkerja keras memastikan aku tetap dalam bidang ini.
Kadang-kadang aku terkilan dengan orang-orang yang diberi rezeki dan peluang oleh Allah, untuk belajar tetapi akhirnya 'membazirkan' 'investment' yang dilakukan kerana tidak berkerja keras, bersikap acuh tak acuh, atau memberi alasan 'tidak minat'. Bila itu halnya, kenapa tidak tarik diri dan beri peluang kepada mereka yang benar-benar mahu mencuba nasib dalam bidang tersebut? Lainlah kalau kau dah berkerja habis-habisan tapi ditakdirkan Tuhan bahawa itu bukan jalan yang termaktub untuk kau. Entahlah, aku hanya manusia picisan dan cakap-cakap kosong aku ini mungkin layak diabaikan. Tapi, fikirkanlah, kalian.
Bila sudah bekerjaya nanti, adakah teruja itu akan membawa aku kepada jalan membalas jasa mama dan ayah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
jojet..
terharu membacanye..
tp kamu mmg potongannya doktor.
jadi stadi hard.
kamu klu nak mintak wit..tulisla surat kalo malu nak sms atau cakap terang2an..
oh nad nad..i oso terharu dikala menaipnya, ada titis-titis jernih nak mengalir ok..
potongan badan sy juga macam doktor..yeh,nnt kalau tulis surat, sebulanlah sy tak makan nasik..kerana tunggu surat nak sampai..xpe, my kakak can be my honourable diplomat..
eish.. yg kau gi bayar hutang aku tuh knp..simpanlah dulu...ayoyo..
mintak je... dah keje esok pandai2 la membalas budi mereka... :-)
~Tanggungjawab ayah dan mama adalah untuk jadikan anaknya berjaya.
~Tanggungjawab anaknya adalah untuk menjaga mama dan ayahnya bila dia berjaya.
So jgn lupa tanggungjawab masing-masing. Sekarang awak jadi anak. Nanti-nanti awak jadi mama pula... rite?
*Soklan... Kenapa org jhr suka panggil 'ayah'? Walaupun dia panggil mak sebagai 'mama'?
mincistikus..i kenot one..i have to prioritize my uwang..so that the first thing i do when i get duit kocek, i bayar my hutang2 first..nad nad kata berdosa tangguh hutang lama2..
amuro..wah..sgt stret nasehatnye..yeh,but still..
bzz..jap..tgh baca lg komenan awk..nak serap masok..oh..ok, dah..yeh, i guess semua peringkat ada tanggungjawab masing2..insyaAllah la nnt2 jadi mama..hahahhaha..
oh,tatau je kenapa org johor panggel macam tu..tp sedara2 kat selangor pun cmtuh gak..haha..
go on.
bitter life now, will make sweet life for ur future.
I had that experience also. At one time I only eat rice and belacan saja.
And still remember that day.
At least I still lucky than other people
kasyah..yeh..tengs..well, i am not that unfortunate..sbb tu lah kena bersyukur sentiasa dgn ape sje yg kita ada..you're lucky to experience something cmtu, makes u much stronger, values life more, and be thankful..
jet. aku pon x pandai mintak duit kat apak aku. sbb capricorn ke? mak aku pon slalu marah aku sbb tak mintak.
nem..loh..ko pon sama ke?mebi jugak capricorn cmtuh..haha..yeh, we are so alike..muah2..love u~
i pun capricorn... sama jugak tak pandai mintak duit kat parents...
Post a Comment