Sunday, August 19, 2007

malas kelas malas


Duuhh! Bosan. Perasaan untuk ke sekolah pada esok hari telah men'spoil' semua 'fun' yang ada dalam diri ini. Haha. Cukuplah untuk aku katakan bahawa aku masih belum bersedia untuk meninggalkan cuti yang berbaki tidak sampai 24 jam ini. Man..sangat-sangat berasa tidak bersedia. Mungkin kerana aku masih belum membaca apa yang patut aku baca untuk esok.

Oh, jadi dengan ini, dengan kembalinya aku ke sekolah, mungkin Wasaii tidak akan di'update' sekerap beberapa minggu yang lalu. Mungkin juga idea aku akan kering untuk menaip isen, jadi kalian mungkin terpaksa membaca isen yang bosan. Tengoklah bagaimana perjalanan hidup aku nanti. Arghh..masih, malas ke sekolah. Haha.

Semalam aku mendapat 'buah tangan' yang menarik dari Et*t, yang dititipkan kepada teman sebilik aku yang baru pulang dari Malaysia. Dengan nota berbunyi, " Miyaki datang tiba-tiba, aku tak ada apa nak beri pada kau kecuali ini." DVD cetak rompak 'The Illusionist' dan aku dengan skeptikalnya menerima sambil berkata, "Bagus ke kualiti gambarnya?" Satu syarat untuk mengajak atau menyarankan aku menonton sebuah filem: GAMBAR DAN KUALITINYA MESTI BAIK. Dan aku suka menonton di skrin besar, maka aku jarang-jarang sekali menonton 'movie' menggunakan komputer. Bagi aku, ini adalah cara-cara untuk aku menikmati dan menghayati sesebuah filem. Tidak cukup bagi aku hanya memahami jalan cerita dan tidak menilai benda yang dianggap 'minor' oleh orang lain. Menjadi tabiat aku untuk melihat sesuatu secara menyeluruh, jadi aku mau dapat meneliti apa yang ada di 'background' sesuatu 'scene' dan bukan setakat muka orang yang berlakon itu. Pasal itulah aku boleh melihat 'detail' yang pelik-pelik. Ah, apa yang aku bebelkan disini tidak penting.

Kepada Et*t, terima kasih atas pemberian kau. Aku sangat-sangat menghargainya kerana aku sudah lama mau menonton cerita ini. Gambarnya 'kelas' dan jalan ceritanya agak baik. Aku setuju dengan Et*t yang mengatakan cerita ini 'OK'. Tapi, dengan adanya Encik Edward Norton berlakon sudah menjadi satu kepuasan buat aku. Terima kasih sekali lagi!

OK. Sudah. Tamat. Titik. Noktah. Doakan hari pertama persekolahan aku berjalan lancar. 'Good luck' kepada budak-budak yang mau exam pada hari esok dan dalam minggu ini: Et*t, W*ni, Baez dan semua yang terlibat. Juga kepada budak-budak rumah aku yang turut memulakan kelas pada esok hari. Patahkan semua kaki kamu~

15 comments:

Minci said...

sebelum patahkan kaki.. aku nk cukur bulu kaki dulu.. hahahha

Anonymous said...

dgn yg trimmer tu ke??

jetjetsemot said...

dah cukur, show me the end result [apeka perbualan anak-anak gadis ni, sekel kang]

Pengurus Za said...

dah tgk ke kaki kakmin?

mari patah kaki!

Anonymous said...

bululess~~

jetjetsemot said...

*geleng-geleng melihat gelagat budak-budak tanak pegi sekola..

minci..perhaps u shud cukur ur bulu kening as well..dan jadikannya alasan untuk tidak ke sekolah..

bzz said...

Uiskkk, sana ada jual dvd cetak rompak ni ke?

Anonymous said...

aik, rasanya tajuk post ni lain, tapi komen-komennya pasal bulu pulak???

i pun baru lepas mencukur bulu... :-p

jetjetsemot said...

bzz..oh, tade..sni mendownload pun orang berkata:'is it legal?' dvd ni kawan saya di Malaysia kasik kpd housemate sy yang balik ke Malaysia baru2 ni..dulu sama-sama uni..kesimpulannya, ni dvd petaling street ye..hahah..

amuro..tu la..konpius gak dyrg ni komen ape..kamu mencukur bulu apa?tipikal lelaki mencukur2..haha..

bzz said...

Kat sini dah susah nak cari cete camnih. Tak macam dulu. Heaven...

La ni, lowyat pun dah takde jual software. Iskk la...

Anonymous said...

i rajin cukur misai & janggut, 2hari sekali... bulu lain, 2 minggu sekali :-p

Anonymous said...

tumpang tanya..nape kena cukur bulu kaki..bulu lain boleh lagi difahami..mushkeel2...

jetjetsemot said...

bzz..oh..ye ke?tatau la plak..mungkin kawan saya orang kongsi gelap dan geng along..mne die dapat enta..

amuro..wah..sangat detail die memberi jawapan..cukur2..nanti eden cek..hahah..

kasyah..kamu suke wanita yang tidak mencukur bulu kakikah?macam seorang ipar kami..katanye sexy..hahah...

Minci said...

eyyy.. kalo aku cukur kening nanti kang hijab mata aku terbukak (menurut org lah).. so, tk nk lah aku.. ngeri

jetjetsemot said...

oh..ye..nampak hantu yeh?and then you'll have more stories to tell..'i can see dead people'~