Haih. Hampir mengabaikan tanggungjawab untuk menulis [menaip] pada hari ini kerana dalam masa 5 minit, waktu tidur aku sudah sampai. Kami ke Manchester hari ini. Tujuan utama: MENONTON HARRY POTTER SECARA 3D. Yeh, berasa seperti berada di lokasi penggambaran dan duduk di belakang Harry Potter sambil dia mem'fire-fire' menggunakan err..'magic wand'nya? Haha. Maaflah, aku bukan pengikut setia filem-filem Harry Potter. Sekadar menonton, untuk dapat 'feel' menonton wayang 3D. Feelingnya? Good..heh!
Tidak seperti budak-budak kaya yang men'swipe' kad kredit mereka ala-ala diva, dengan membeli kasut, aku hanya berjaya membeli 'toiletries' di Boots dan juga mem'spray' minyak wangi Sean John: Unforgivable dan Giorgio Armani: Acqua di Gio. Aku rasa aku ada sindrom ketagih pada minyak wangi lelaki. Sekarang dalam otak, aku berhasrat untuk ke kedai yang jual minyak wangi dan sembur kedua-dua wangian tu pada kertas 'testing', dan bawa balik rumah untuk dijadikan 'air freshener' aku. Sedap deh. Sangat membuatkan ketagihan. High. Budak-budak Wasaii menyarankan aku agar membeli sebotol dan buat sebagai 'air freshener' atau 'spray' pada bantal waktu malam hari untuk tidur. Apa kau ingat aku jutawan?? *Piang..piang..
Berikut adalah gambar bahan-bahan kegunaan aku di bilik mandi. 'Mouthwash' dua botol, dua botol 'deodorant spray', sebotol losyen badan, dan sebotol 'shower cream'. 'Mouthwash' dua botol, sebab beli satu percuma satu. 'Deodorant' dua botol [masih ada dua botol yang belum habis dipakai, tapi percayalah akan habis dalam masa beberapa hari saja lagi] kerana aku gunakannya ibarat 'air freshener' bilik aku sekali, supaya ia wangi. Haha. Oh, dan juga kerana ketagihan. Losyen badan, cukuplah sebotol: digunakan bila kulit kering dan mula berasa gatal saja. 'Shower cream', minggu lepas dah beli sebotol yang sama. Beli lagi minggu ini, kerana jarang-jarang harganya nak semurah waktu ini. Mungkin minggu depan aku akan membeli lagi 'mouthwash' yang sama untuk disimpan sebagai stok. Aku rasa aku dah 'adopt' tabiat mama aku, yang suka membeli banyak dikala murah, untuk disimpan buat kegunaan masa depan. Oh, 'mouthwash' aku kelihatan seperti sabun pencuci kereta mama aku.
Oh..dan ya, jika mahu melihat kasut baru pemegang-pemegang kad kredit kelas atasan yang bertaraf diva itu, sila ke blog Minci a.k.a Biskutmuka. Dan model kakinya? Well, tentulah yours truly, Jet [sambil menandatangan, bagaikan 'runway' model]. Haha!
Oh. Esok [mungkin hari ini bagi kalian] adalah hari pertemuan aku dengan 'supervisor' projek baru-baru ini, untuk di'assess' dan diberi markah. 'Nervous'. Kalian, tolong doakan kejayaan aku. Terima kasih.
Tuesday, August 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
amboi...byk nye deodoran... satu utk sebelah kanan, dan satu utk sebelah kiri ke?
mesti badan u wangi giler!!!
hahahaha jet..
kemari..
kami nak bau ketiak awak ler..
lol
ahahaha.. satu utk sebelah kanan, satu utk kiri tuh kelaka.. eyy.. deodorant yg aku baru beli tuh.. bau dia pun mcm lelaki..sedap siot...
oh.. citer harry potter tuh mula2 tuh agak pening kepala aku tgk sbb screen tuh mcm tk full masuk dlm vision.. tp lama2 ok.. diorg patut buat scene aku mati (sirius black) lama skit supaya org dpt sedey.. hahahah
oh.. lupa nk ckp lagi satu bende... habit kau mcm Lydia jugak.. dia suka buat stok barang mandian dia.. mango and jojoba.. haha
amuro..byk deodoran tapi xdelah guna satu sebelah kan..haha..x wangi pun, cukuplah agar tidak berbusuk..haha..
nad nad..come2..i let u smell my armpit..haha..
minci x 2...yeh, sedap gak bau konye deodorant tu [teros ke bilik ko dan spray ke ketiak]..yeh, mula2 agak pening la tgk..aku beberapa kali lap cermin mata 3D tuh sbb aku berasa kabur2 penglihatan..hahah..yeh, lydia begitu?well, capris are all alike..haha..
Post a Comment