Monday, August 13, 2007
ironi kekwa dan kematian
Hooyeah!
Seekor burung kecil memberitahu aku (a little bird told me) yang kau 'konvo' hari ini. Pukul berapa sekarang waktu Malaysia? Oh, pukul 11.16 malam. Jadi, aku 'assume' majlis kau sudah pun tamat. Semoga majlis berjalan lancar dan kau gembira.
Pening-pening lalat juga aku fikir dua perkara:
1. Nak beri kau bunga atau tidak
2. Bunga apa yang aku nak beri
Perkara pertama. Aku tak tahu sama ada 'appropriate' atau tidak untuk memberi kau bunga. Kerana kau adalah kumbang (apakah??). Lagipun, dah lama aku tak berhubung dengan kau, malahan tak ucap 'happy birthday' beberapa tahun, walaupun aku sentiasa ingat tarikh itu. Eh, macam wish je tahun lepas? *Amnesia. Aku tahu kalau aku beri kau bunga, aku umpama timba yang mencari perigi, walaupun aku bukan berniat nak mencari perigi dikala ini. Aku tau aku yang bersikap menjauh diri, dengan men'delete' kau dari Friendster aku dan bersumpah tak mahu tengok 'page' kau lagi. Biasalah, budak-budak bawah umur, sentiasa bersikap bodoh, pendek akal, dan mengikut emosi [16/sweet-girl/alabama]. Sekarang emosi aku stabil, maafkan aku. Entah kenapa bila burung itu memberitahu bahawa kau akan 'konvo' dan menyarankan aku memberi kau bunga, aku pantas saja berkata, 'Ya!' Kemudian aku berfikir, apa yang akan kau fikir tentang aku? Aku tak nak kau fikir aku menagih apa-apa. Bak kata burung itu, 'Member, kan?' Aku rasa 'konvo' adalah antara detik bersejarah dalam hidup seseorang, maka aku nak selitkan sedikit rasa bangga dan gembira [bagi pihak kau] yang aku rasa dalam hati ni [dalam bentuk bunga] pada hari ini [OK ke ayat?]. Di samping tu, aku juga tak berniat menyakiti mana-mana hati yang menyayangi kau, dan kau sayangi. Maka, harapnya bunga itu sampai tanpa nama..tapi aku rasa kau akan tau juga siapa penghantarnya.
Perkara kedua. Aku sangat jahil pasal bunga. Bunga pertama yang aku dapat adalah kekwa berwarna kuning. Yang sampai sekarang aku simpan didalam botol kaca yang berisi bintang-bintang origami yang menceritakan saat-saat aku bertembung dengan..[err..no komen]. Bunga kedua yang aku dapat adalah sekuntum bunga mawar berwarna merah hati [adakah sama dengan pink?], juga dari orang yang sama. Dua bunga..dari orang yang sama, untuk dua 'occasion' yang berbeza. Hanya dua kuntum bunga, setakat hidup yang ada ini. Maka, layaknya aku hanya ada dua pilihan, sama ada kekwa atau ros. Dan aku pilih kekwa kerana pada aku, ros terlalu 'intimate' bagi aku yang berslogankan 'Member, kan?'
Kekwa putih menjadi pilihan aku. Bukan sebagai simbol kematian. Noktah. Tetapi bagi melambangkan 'honesty', 'positivity', dan 'cheerfulness', yang aku harap ada pada kau. Ia juga adalah bunga bagi bulan November dan bunga rasmi bagi Triangle Fraternity, yang merupakan sebuah 'society' bagi jurutera, arkitek, dan juga saintis. Semua ini berkait rapat dengan kau, maka aku pilih ia.
Entah-entah, kau tak dapat pun kekwa putih tu, kan? Burung, sila report kalau dah 'deliver' bunga ya? Sila jangan bikin air teh pakai itu bunga.
Nota: Hari ini aku mendapat berita tentang kematian seorang kenalan yang sudah bertahun aku dengar akan namanya, malahan mungkin pernah bertemu sekali. Arwah adalah mangsa kemalangan yang mengalami komplikasi yang lambat dikesan oleh ahli perubatan, dan bertarung nyawa di ICU beberapa lama. Semoga Allah mencucuri roh beliau dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga Allah juga menguatkan semangat dan mengurniakan kesabaran kepada orang-orang yang masih hidup, yang menyayangi dan sentiasa akan merindui beliau. Al-fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
owhhh..
selamat KONVO pada yg terlibat
inallillah..semoga dicucuri rahmat beliau dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
Al-Fatihah buat arwah..
keduanya.. wah.. adakah manusia ini yg namanya serupa dgn gajah kau tuh? oooo.. aku plak yg neves ok..
apapun.. aku harap bunga tersebut selamat sampai..tuwit.. series ke kau bagi tanpa nama? wow...
ko sgt romantikus ok..
nad nad..yeh..selamat konvo kan..dan yeh, innalillah..
mincitikustus..al-fatihah..yeh, manusia itu apparently sama nama dengan gajah aku..dan janganlah kau neves2 pula kerana bunga aku tak smpi pun..sebab?rupanya konvo dia semalam dan dia tros balik kampung halaman stret after..so no bunge is bejaya delivered to him..demn..heh..what the heck..not meant to be~
al-Fatihah
ape lg..kirim la bunga ke laman rumah dia
supaya boleh teros diabadikan didlm pasu
supaya teros idup sampai bila2?
Kebetulan smalam aku konvo...aderkah budak itu MMU juga??
Alfatihah...
kasi lah coklat... betul tak bZz? :-p
xpnah dpt bunga..
dpt pn time grad dinner high school..tuh pn cz suro parents beli..haha..xikhlas..
ouh adela kot juniors2 yg bg..
Amuro. Coklat? Macam aku pernah dgr cete je...
Jett.. Ape pun yg awak nak bagi dekat... Errmmm....
Biar barang tu ikhlas dari awak. Walaupun awak cuma bagi sesuatu yg biasa, tapi kalau awak ikhlas n bagi dalam keadaan yg gembira... Rasanya org tu pun seronok dengan pemberian awak... Kan?
fiza..no lah..what is not meant to be, is not meant to be..hehe..lgpon tade alamat dia nak kasik..so be it..
abah..hok-o-loh..ko grad 13 ogos ke..baik kasik bunga kat ko kan..hehe..tapi no lah..die bukan mmu..
amuro..hoyeah?tnye bzz..kasik coklat ke?dulu dah banyak kasi coklat, my trademark..heh..
daju..well, do u want flowers from me?hehe..nanti adalah tu org kasi bunga..
bzz..yeh, Al-fatihah..yeh, itulah harapan awalnya..tapi seperti yang telah dinyatakan di atas, messenger sy tak berjaya nak sampaikan pemberian yg sy niatkan tu..takpelah, mungkin tak ada rezki..anyway, tengs~
Post a Comment