Tuesday, March 13, 2007

gaya, muthu, keunggulan


Tadi, tiba-tiba aku semangat pula nak update. Sebab baru call Malaysia dan bergelak ketawa dengan hebatnya. Keluarga aku pelik. Benda yang sedih boleh jadi bahan lawak yang melampau. Ada suatu kisah yang aku nak kongsi. Bukan untuk memburukkan sesiapa tapi lebih kepada sebagai pengajaran kita bersama. Maklumlah, isen terakhir aku pun pasal pahala terakhir seorang isteri. Ni, kali ni aku taip sendiri. Tepuk,tepuk!

Nak dijadikan cerita, adalah seorang cucu yang tinggal dengan neneknya. Kita kasi nama dia Muthu. Muthu sudah berkahwin dan mendapat kerja di Bukit Mertajam. Memandangkan neneknya tinggal di Bukit Mertajam, maka Muthu pun tumpang sekaki duduk tanpa perlu bayar sewa. Anak isteri Muthu tinggal di Bagan Ajam. Oleh kerana rezeki lebih berpihak pada Muthu di Bukit Mertajam, maka si isteri pun diajak berpindah sekali ke rumah si nenek.

Muthu membuat persediaan untuk menyambut isterinya dengan mengemas rumah neneknya. Muthu pernah tinggal di rumah yang sama ketika dia masih bergelar pelajar lagi. Maka, banyak pakaian dan barang-barang dalam rumah itu adalah miliknya ketika masih muda. Kerana terlalu banyak, Muthu nak membakar sahaja barang-barang yang tidak digunakannya lagi. Muthu pun siap membuat unggunan barang-barang terpakainya. Baru dia hendak mula membakar, tiba-tiba neneknya datang. Neneknya bising-bising. Nenek Muthu terkenal dengan sikapnya yang tidak suka membazir tahap melampau. Kelampauannya melampau batas sehingga air basuhan pinggan mangkuk juga ditadah berbaldi-baldi supaya kelak boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga. Rekod jenayah neneknya turut meliputi menakung air sehingga menyebabkan proses pembiakan denggi dan juga berudu. Neneknya berniat mengelakkan kepupusan spesis katak, katanya.

Nenek Muthu bebel-bebel lagi. Tak cukup bebel, diperlinya Muthu. Antara timbunan barangan terpakai Muthu adalah sehelai kain pelikat. Diambilnya kain pelikat itu oleh si nenek dan dipakainya depan Muthu. Dah siap-siap dia pakai kain pelikat, dia boleh sambung lagi memberi syarahan. Nenek itu memang dahsyat. Aku tak tau apa ending cerita ini. Tapi kalian jangan nangis pula baca kisah ni sebab ikhlasnya ia adalah lawak.

Selepas peristiwa itu, adik-adik Muthu datang ke Bukit Mertajam kerana ada kenduri doa selamat [apakah? Muthu dan doa selamat adalah tidak sinonim]. Selepas kenduri, pastilah banyak timbunan sampah sedia untuk dihapuskan. Maka budak-budak ni pun membuat unggun api. Segala sampah sarap yang ada dibakar. Kemudian si adik berbisik, 'Ada ke lagi barang lama abang yang nak dibakar? Kalau ada, bawalah keluar.' Si isteri pun membawa keluar barang yang tak boleh lagi dipakai. Seorang lagi adik jaga 'line'. Tiba-tiba [macam biasa] si nenek muncul entah dari mana. Mungkin nenek mereka adalah psaikik. Si adik pun berlari-lari anak sambil berkata, 'Tok datang, tok datang!' Dengan pantas mereka 'cover' dengan meletakkan daun-daun kering atas barang yang mereka bakar. Nenek berkata, 'Bakar apa tu?' Mereka menjawab dengan berirama, 'Takde...bakar daun kering, tok...'

Dah habis baca karangan di atas? Ok, sila jawab soalan pemahaman yang berikut:
KALAU MUTHU ADALAH ABANG AKU, SIAPAKAH PULA NENEK ITU?

Misteri bukan?

9 comments:

Anonymous said...

erm...mne part lawak neh? penat aku bace..huhu~

kalo MUTHU abg ko..maka NENEK adalah nenek ko la kan? nenek kl ke?

puteri nad said...

ngahahah
makanye extreme sekali nenek ko..
maka lawak dia adalah yg berirama tu ke? tp sayang ni bukan filem..

jetjetsemot said...

x lawak ke..pelik ah korg ni..siyes cm mangkuk..part lawak adelah amek kain pelikat dan pakai dan smbung bebel..adeii..kene bgtaukah...isk..pening2~

Anonymous said...

owh..itu kah..mungkin sbb aku terlalu letey..akan bace bila keletihan telah reda..huhu~

Anonymous said...

akupon mamai baru bangun tido..
biar aku testing again esok pagi

Minci said...

maka nenek muthu ialah nenek jet juga..
huahuahua.. aku sorang jer yg tangkap lawak tuh rupanya..
ahaha.. matilah eksen~~~

jetjetsemot said...

haha..xya la..x lawak rupenye..nanes~

Anonymous said...

oh ohh setelah dibaca beberapa kali masih tak faham..ha ha ha :))

jetjetsemot said...

eheh..mebi part yg x paham tuh yg klaka..haha~