Friday, March 30, 2007

cerita fiksyen


Telepathy - the communication of ideas, thoughts etc directly from one person's mind to another person's mind without the use of hearing, sight etc.

Telepati. Takdelah apa pun yang nak diceritakan pasal telepati ni. Cuma hari tu aku balik dari hospital, aku rasa semangat betul nak orang sekeliling aku ada kuasa telepati. Aku tak ingat apa 'trigger' perasaan tu. Mungkin berkaitan dengan rasa nak bertanya banyak soalan dekat 'midwife' tapi tak terkeluar sebab aku berat mulut. Masa-masa macam ni aku sangat-sangat berdoa agar orang boleh baca fikiran aku. Sebenarnya kuasa yang aku nak ni lain sikit. Aku nak otak aku ada suis 'on-off' yang membenarkan orang baca fikiran aku. Contohlah, kalau time terdesak macam nak tanya soalan tadi, silalah 'midwife' baca fikiran aku sedalam-dalamnya dan meng'offer' jawapan walaupun mulut aku tak buka walau sedikit pun. Tapi, bila time aku rasa jengkel dan nak kutuk 'midwife' tu dalam hati, maka suis otakku pun di'off'kan supaya kutukan tak dapat dikesan oleh 'midwife'. Ye, ye. Terima kasih, aku memang kreatif.

Kuasa aku tu jugak, akan amat-amatlah berguna bila aku sedih. Sebab kelemahan aku adalah apabila aku sedih, satu benda pun takkan terkeluar dari mulut ni. Tentang kenapa aku sedih. Macam waktu exam di kala muda-mudi dahulu, masalah bertimbun-timbun yang censored untuk diceritakan dikhalayak ramai, tiba-tiba tak boleh belajar. Lantas menangislah teresak-esak. Along aku pun pujuk. Dia tanya macam-macam, aku geleng, angguk, nangis. Tu jelah yang aku boleh buat. Last-last dia offer milo, aku pun diam. 'Oh, nak minum milo rupanya budak ni'-bukanlah kesimpulan yang aku nak Along aku buat.

Setakat ni, yang aku perasan hanya kepada mak aku, aku boleh apply kuasa 'on-off' ni. Kadang-kadang bila aku concentrate sungguh-sungguh, dapatlah sampai apa yang aku fikirkan ke fikiran mak aku. Terer kan dia? Ke aku yang terer?

Aku ada jugak cuba apply kuasa telepati ni kepada anak saudara aku, Arieq. Dia tension belajar dan hafal 'spelling' masa tadika. Aku pun pegang kepala dia, suruh dia tutup mata dan cuba transfer ilmu spelling aku ke otak dia. Aku bukan saja-saja buat sebab nak tipu dia secara saikologi. Aku memang nak try transfer ilmu. Aku suruh dia concentrate. Tapi Arieq taknak. Dia cakap, 'Eley, bonda tipu..mana boleh macam tu.' Fine. *mode goncang-goncang kepala dia sampai pengsan~

Kesimpulan? Budak tadika pun tak percaya dengan teori aku, maka kalian pun janganlah menggila dan pegang kepala masing-masing cuba membaca fikiran antara satu sama lain. Tapi, serius..memang best kalau ada kuasa 'on-off' baca fikiran.

Lagi pendapat tentang telepati disini.

3 comments:

Anonymous said...

meh sini...meh sini...nk pegang kepala ko...nk curi ilmu M&M ko...aku "rajin" nk study neh

Minci said...

ahaha... kreatif giller nak buat suis 'on-off' nih... soklan apa yg ko nk tanya? meh aku jawab.. hahaha... perasan pandai sungguh

apapun, AKU sebenarnyer percaya sgt kepada kuasa telepati nih sbb ianya wujud (dlm kamus hidup aku jer lah.. ha ha ha)
telepati bagi aku adalah ibarat INSTINCT/ INTUITION ataupun 6th sense yg org dok sebok ckp2 tuh...

melayu nyer.. gerak hati.. eh, ker kata hati?

jetjetsemot said...

meh fiza..aku transfer ilmu..aku xle transfer..tp aku leh spotkan soklan utk ko bjaye dgn cemerlang..meh sni..

biskottt..aku x igt ape yg aku nk tnye..ilang igtan..member aku dolu mse skola ade gak pegang2 kepale aku nk transfer ilmu..ke nk kasik tenang nta..bes gak..heh..instict len la..telepathy len la..apeka..instinct adela gerak hati ye..