Saturday, January 06, 2007

hikayat merong mahawangsa


Blog ni macam tak ada struktur. Ikut suka hati mak bapak aku aja nak tulis apa kan? Haha. Nasiblah! Siapa yang gatal suruh aku jadi admin?

Ok, hari ni aku nak cerita pasal Hikayat Merong Mahawangsa. Siapa di antara kalian, muda mudi sekalian, yang benar-benar tahu pasal hikayat ini? Mungkin susah untuk kalian yang kurang gemar meneliti bahasa sastera untuk menghayati hikayat tersebut. Aku dikalangan orang-orang yang suka membaca sastera, tapi mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Pada aku cerita dengan unsur bahasa melayu lama indah dan lebih terkesan di hati. Kredit harus aku berikan kepada seorang blogger, kingbinjai kerana mengambil inisiatif mengolah karya asal kepada versi read-able, mungkin sesuai untuk bacaan mereka yang 'kurang sastera'. Tapi, kalau versi aku, lagilah. Versi pailang namanya.

Hikayat bermula di sebuah negara bernama Langkapuri di zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Ada seekor geruda yang asalnya cucu Maharaja Dewata. Ia banyak kuasa sakti dan ditakuti semua makhluk sama ada yang terbang atau yang melata di bumi. Nak dijadikan cerita, suatu hari datanglah seekor burung rajawali. Dia beritahu geruda tu bahawa anak raja Rom (putera) nak meminang dengan anak raja benua China (puteri). Tapi, aku pun kurang pasti kenapa, geruda tidak suka dengan berita itu (katanya jodoh ini tak sesuai) dan berniat untuk membatalkannya. Lalu geruda pun pergi mengadap Nabi Allah Sulaiman dan memberitahu hasratnya. Nabi pun bersabda,“Hai Geruda, demi Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodoh pertemuan itu samaada di dalam batu atau kayu sekalipun, tiada siapa yang dapat menceraikkannya.” Tapi geruda degil juga nak membatalkan perkahwinan itu. Lalu dia membuat perjanjian dengan Nabi supaya dia diberi peluang untuk cuba menghalang perkahwinan itu. Dengan jaminan bahawa kalau putera dan puteri tu masih bersatu selepas usaha jahatnya, geruda akan berundur dari muka bumi. Nabi pun bersetuju.

Dipendekkan cerita, raja Rom telah menitahkan sahabat baginda, Raja Merong Mahawangsa untuk mengetuai rombongan peminangan tersebut. Lalu bermulalah perjalanan mereka merentasi lautan untuk ke benua China. Beratus-ratus kapal belayar membawa anak menteri, hulubalang, pengawal, dan anak-anak raja menuju ke China. Dalam pada masa yang sama, geruda telah terbang ke China dan menyambar (baca:kidnap) si puteri yang sedang bermain-main di taman, bersama dengan 3 orang dayang. Lalu geruda simpan mereka berempat dalam sebuah mahligai di Langkapuri.

Kerja jahat geruda tak berhenti di situ. Kemudian ia menyerang pula rombongan peminangan dengan mendatangkan guruh, hujan,angin dan ribut. Tapi serangannya berjaya dipatahkan oleh Raja Merong Mahawangsa yang bijak memanah (nama panahnya yang pertama: Ayun-ayunan). Keesokan harinya, geruda menyerang kembali dan sekali lagi Raja Merong berjaya mempertahankan rombongannya (panah kedua diberi nama: Berana Pura). Geruda lari dan tidak menyangka bahawa rombongan itu terlalu sukar untuk dimusnahkan.

Hari ketiga datang, dan geruda mencuba sekali lagi. Sama seperti sebelumnya, Raja Merong Mahawangsa masih gagah berlawan dan melepaskan 2 anak panah sakti (panah ketiganya: Pusar Sempani Gembira manakala panah keempatnya memunculkan jentayu). Lalu sekali lagi geruda terpaksa beredar kehampaan. Tapi, suatu hari, kapal yang dinaiki Raja Merong Mahawangsa berhenti di pelabuhan untuk mengambil air manakala bahtera yang dinaiki putera terus belayar ke China. Geruda mengambil kesempatan ini untuk menyerang bahtera putera itu, yang tiada pertahanan. Maka, terbaliklah bahtera itu, dan yakinlah geruda bahawa putera Rom telah mati. Raja Merong Mahawangsa yang tahu hal itu terus mencari-cari putera, tetapi tak bertemu.

Bersambung............

3 comments:

Anonymous said...

lagi?
nak lagi..

Anonymous said...

seterusnye wat appen?

jetjetsemot said...

oh..nanti i sambong..cite ni cm otromen lwn resakse la..nnt eh..pas msk..eheh..