Saturday, September 20, 2008

serba salah


Maaflah kepada kalian yang menanti aku 'update' sekian lama. Aku agak 'lemak' untuk menaip. Nak saja aku jadikan puasa sebagai alasannya, tapi ikhlasnya kalian, aku memang malas dalam keadaan puasa atau tidak.


Sebentar tadi, hampir saja aku nak berkata kepadanya bahawa aku bukan kekasihnya. Aku nak dia berhenti menganggap aku sebagai seorang yang istimewa dalam hidupnya. Aku nekad...sehinggalah dia berkata "Sekarang ni, saya ada awak seorang saja. Awak 'reason' saya ada di sini. Awak seorang saja yang faham saya. Saya dah tak sedih sebab awak dah buat saya 'happy'."


Aku terdiam. Aku yakin ada tangisan tersembunyi di sebalik suara itu. Terima kasih, kataku. Mungkin bukan kali ini. Aku perlu menyatakannya. Tapi bukan sekarang. Tunggu masa yang sesuai.


Arghh! Kepala aku sakit.




3 comments:

Anonymous said...

aku bersimpati...
moga jalanmu dipermudahkan

bzz said...

Be strong, Be brave.

Anonymous said...

sabar jet..