Thursday, July 31, 2008

come back


Aku hilang lagi. Diculik pergi merantau negara Eropah. Tak serupa percutian. Aku asyik marah, dan sekejap-sekejap mau menangis. Sudah aku bilang (satu, dua, tiga), aku tak mau pergi. Bingit telinga ini mendengar bebelan orang, 'Eh, dah dekat sangat dengan Eropah tu. Pergilah jalan-jalan. Tengok-tengok negara orang.' Dalam hati aku menjawab, 'Engkau nak tampung duit belanja aku buat semua tu ke?' Akal biar panjang. Tak semestinya apa yang berlegar dalam fikiran kalian, berlegar dalam fikiran orang lain. Tak semestinya apa yang pada akal kalian bernas, bernas juga pada akal orang lain. Terima saja jawapan aku: Tak nak!

Jangan dipaksa bila aku tak mau. Sepuluh hari perjalanan adalah sepuluh hari paling panjang yang pernah aku lalui. Masa terasa berlalu begitu perlahan. Dan lebih menjengkelkan apabila aku tak dapat melakukan rutin harian aku seperti biasa. Ya, aku adalah manusia yang terlalu selesa dengan kehidupan aku, dan tak mau ianya berubah.

Bisa saja aku taipkan seluruh rasa kesal dan benci aku tentang lawatan Eropah tersebut tetapi aku yakin kalian akan mengatakan aku seorang yang terlalu banyak mengeluh. Mungkin tidak semua, tapi aku akan menaip dari masa ke masa, sedikit sebanyak peristiwa yang pada aku 'penting' supaya dapat dijadikan pengajaran buat kita semua. Apapun, syukur bahawa akhirnya aku telah selamat sampai ke bumi Preston ini dan sekali lagi menaip di Wasaii.

Jaga diri kalian.

Saturday, July 12, 2008

panas dalam


Harap maaf atas kesepian yang terlalu panjang ini. Aku dalam proses hibernasi yang menyebabkan aku berasa malas untuk menaip. Mungkin waktu khas itu perlu ditamatkan. Dan aku harus menaip semula.

Minggu ini adalah minggu malang bagi aku. Aku dan barang-barang aku umpama besi berani, mewujudkan medan magnet yang saling menolak antara satu sama lain. Aku dan mereka tak 'mau' bersama. Mula-mula dompet kecil, kemudian kad keretapi, kemudian lagi, kamera Mama, hilang. Aku adalah contoh manusia tak terurus yang asyik kehilangan. Tapi syukur alhamdulillah, semuanya aku temui semula. Sebenarnya bukan hilang, cuma salah tempat. Namun tetap meninggalkan efek 'sakit otak' dan 'sakit jiwa' buat aku.

Terlalu banyak kejadian malang yang malas mau aku ceritakan dengan panjang berjela kerana di kala menaip ini juga, aku berasa 'fed-up' dan entah kenapa, sedih. Mungkin kerana memikirkan saat-saat akhir aku mau meninggalkan bumi England ini. Dan saat-saat akhir yang aku mau habiskan dengan duduk diam dan berehat di Preston tak tercapai kerana kami akan menjelajahi negara-negara Eropah bermula hari Isnin ini. Sesuatu yang sangat aku benci, dan tak bersemangat untuk lakukan. Muka ini sentiasa masam, mulut ini selalu mengeluh bila memikirkan tentang rancangan pelancongan itu. Kepala aku sakit. Benar, aku sangat benci idea ini. Aku hanya mau duduk diam, tak mau ada mulut membising itu dan ini.

Biar aku taipkan secara ringkas kisah malang aku:
1. Isnin: 'Server' sibuk. Tak dapat 'print' tiket graduasi
2. Selasa: Hilang dompet
3. Selasa: Perpustakaan tutup. Masih tak dapat 'print' tiket graduasi
4. Selasa: Pulang lewat ke bilik hotel setelah mencari kafe siber, dan terkunci di luar bilik selama setengah jam. Manusia yang baru tiba dari Malaysia tidur 'mati', tak sedar pintu diketuk dan telefon berdering.
5. Selasa: Bank sukar dihubungi, untuk proses pembatalan kad bank yang 'hilang'.
6. Selasa/Rabu: Tak dapat katil 'extra', jadi terpaksa berhimpit di atas katil bertiga dengan Mama dan Ayah.
7. Selasa/Rabu: Tak dapat tidur. Kiri kanan telinga aku berhalwakan dengkuran.

Argh! Aku tak dapat nak meneruskan 'list' ini lagi. 'Mood' aku benar-benar tak baik.

Lain kali saja.

Tuesday, July 08, 2008

graduasi


Kalian.


Esok adalah hari graduasi aku. Mama dan ayah baru saja aku jemput. Juga Mak Ngah dan Mak Ndak.


Hari ini juga dompet kecil aku hilang. Kad bank dan segala jenis kad lain beserta wang tunai £30 lesap. Mana?????????? Dompet merah jambut bercorak muka monyet??? Polis???? Kalian lebih mengetahui perasaan aku tentang isu berkaitan balai.


Ah, satu kelemahan besar yang senang-senang saja ditunjukkan dihadapan mereka.


Tembak kepala!


Hari malang yang tak berkesudahan. Doakan kesejahteraan aku, kalian.