Monday, May 25, 2009

rindu

Kalian bosan? Haha. Aku peduli apa. Aku tengah tak bosan.

Ramai yang aku tak 'contact' sekarang. Dan aku tau ramai yang malas nak 'contact' aku dah. Tak lupa kepada rakan-rakan yang mendapat respon 'keras' bila menghubungi aku, kerana salah masa. Waktu kerja adalah waktu yang paling tak sesuai untuk mencari aku sebab kemungkinan untuk aku 'snap' adalah tinggi. Aku memang orangnya yang jenis hidup dalam waktu itu...'in the present'. Bukan aku tak ingat kawan-kawan aku, apatah lagi tak merindui kalian. Ada perasaan tu. Cuma lumrahnya, aku jenis orang yang hidup dengan apa yang aku ada. Dalam kehidupan aku sekarang pun, aku pada mata teman-teman sekerja pun, adalah seorang yang senyap dan kurang bergaul. Kesimpulannya, aku ingin memohon maaf pada kalian yang mungkin terasa hati dengan aku.

Keadaan persekitaran aku sekarang menyebabkan aku lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Angkuh bunyinya. Kadang-kadang aku terfikir tak adakah kawan-kawan perempuan yang 'best' seperti kawan-kawan di sekolah, di matriks, dan di UK. Pada masa itu, semua kawan-kawan aku adalah perempuan. Tiada lelaki. Aku rindu pada kawan-kawan perempuan aku yang 'cool' dan tak 'bitch'.

Majoriti perempuan yang ada dalam 'environment' aku sekarang adalah perempuan-perempuan yang suka 'bitch around' dan mengumpat ibarat tak ada orang yang lebih bagus daripada diri mereka sendiri. Dan mereka sangat kuat 'complaint'. Adoii. Sakit telinga aku. Kerana itu, aku hanya akan mendiamkan diri apabila ada di persekitaran mereka sambil menyumpah dalam hati, 'Shut up bitch.'

Masa di UK dulu, mana ada kami mengumpat dan 'complaint' tak puas hati pasal semua orang. Kami hanya berkongsi kisah hidup, kongsi pendapat. Kalau mengumpat pun tak adalah se'intense' umpatan Makcik Bedah kampung sebelah. 'Dear bitches. Just shut up OK? It'll make this world a much happier place. '

'Department' pertama aku memberi aku peluang untuk berkawan dengan ramai lelaki. Lepak. Sempoi. Rileks. Kerana mereka sendiri tidak berlagak seperti malaikat. 'All they ever do is skip work and smoke'. Kadang-kadang pegang kepala aku semacam adik kecil. Haha. Aku rindu keadaan itu. Kena dengan jiwa aku. OK. Bunyinya agak pelik dan 'sexist' tapi percayalah kalian, jika kalian mengetahui aku ni jenis yang bagaimana, kalian akan memahami situasi aku.

Yang pasti, sekarang aku masih 'stuck' dengan 'bitches' dan merindui 'angels' dan 'martians' aku. Ikhlasnya, aku rindu kalian. Tolong hadir semula dalam kehidupan aku.

Saturday, February 21, 2009

apenta

Terkadang hidup ini terlalu menekankan sehingga mendesak kita mengambil jalan yang pada akal logiknya tak akan kita lakukan. Hari ini, akibat tekanan yang hebat, aku berkeras tak mau ke tempat kerja. Aku tak peduli. Aku tak takut. Yang aku tau, aku tak mau pergi.

Pagi-pagi lagi Bie sudah menelefon. Panjang bebelnya. Keras. Jawapan aku tetap sama, tak mau! Aku tak pasti apa yang telah merasuk jiwa aku sedahsyat ini. Bie juga garu kepala melayan karenah gila aku. Aku yang pada pagi harinya tergelak dicubit kuat oleh Bie kerana membuang resit tol dalam kereta. Aku yang ceria makan nasi goreng dan minum teh tarik bersama Bie. Aku yang pada petang harinya bahagia berpaut pada beg sandang Bie dan menyorokkan kotak rokoknya. Sekelip mata aku berubah. Bila tiba malam, aku langsung tak senyum pada Bie yang tersenyum padaku. Tak menjawab semua soalannya. Tak ketawa pada lawaknya. Tak mau makan bersama. Perempuan gila!

Aku meminta dia menghantar aku pulang. Aku gagahkan diri untuk tak berlalu pergi begitu sahaja sepertimana yang aku selalu lakukan bila aku marahkan dia. Aku naik bila dia menyuruh aku naik. Aku mengintai dari tingkap bilik dan menangis bila kelibatnya tak lagi disitu. Aku terbaring di atas katil, tak bertenaga untuk bangun lagi. Satu ‘SMS’ aku hantarkan kepadanya, ‘Asyik fikir nak minta putus.’

Manusia paling bodoh adalah aku. Kerana marahkan diri sendiri aku marahkan dia sekali. Kerana marahkan diri sendiri aku terlantar di atas katil dan tak mau bangun untuk pergi kerja. Tanpa sebab yang jelas aku minta untuk putus. Adakah aku seorang calon yang bakal meminta cerai membuta tuli daripada suaminya bila berkahwin kelak? Ya Allah, nauzubillah!

Allah menemukan aku dengan manusia paling sabar melayan karenah aku, meletakkan keutamaan aku lebih daripada keutamaan dirinya, yang boleh mengawal bila aku meliar, yang menerjah ranjau yang suatu ketika dulu tak akan dia lalui, yang sanggup berkongsi walaupun dirinya sendiri serba kekurangan. Ya Allah, kenapa aku mau menuding ke atas kekurangan dirinya bilamana aku sendiri bukan malaikat? Ampunkan aku ya Allah, Ampunkan Sayang, Bie. Ya Allah, aku mohon dengan sangat, jadikanlah kami berdua hambaMu yang lebih baik. Kekalkanlah cinta kami pada landasan yang betul.

Ya Rahman, aku benar-benar cintakan dia.

Saturday, January 31, 2009

bodo ah

Shit! Aku kembali menemui kalian. Setelah sekian lama. Maaf. 'Assalamualaikum' ucap kata yang patut aku gunakan. Masih belum ada internet di hostel. Tambahan pula aku rasa malas mau updet. Tapi kebelakangan ni, aku rasa aku masih memerlukan suatu 'medium' atau bahan perantara untuk melepaskan apa yang berada dalam kotak fikiran aku.

Aku tak tau bagaimana nak membuka cerita. Aku lihat dia tersengih. Padahal aku baru saja menangis. Aku tau dia tak suka sedih. Dia cuba untuk menceriakan aku. Terima kasih.

Cinta yang terhalang bukan hanya terdapat dalam cerita dongeng. 'Happy ending' itu yang dongeng sebenarnya.

OK. Dah. Tamat. Adik aku dah balik. Tak boleh nak cerita panjang-panjang.

Friday, November 14, 2008

neves siot


OK. Hantu dah merasuk jiwa aku. Hantu punya kementerian. Tiba-tiba jiwa aku bersalut risau. Walaupun perkara ni dah banyak kali dibincangkan, entah kenapa aku nak risau juga. Tentulah ia berkait rapat dengan 'posting' yang akan aku ketahui tak lama lagi.

Pandai. Memang pandai aku bercakap. Aku kata pada Bie, 'Kenapa kalau jauh? Alah..tak payah risaulah. Kalau jauh pun, tak jadi masalah.' Sebab masa itu tak ada faktor luaran yang mencucuk-cucuk jiwa kental aku. Aku rasa aku boleh hidup di mana saja. Walaupun berjauhan.

Aku memang bodoh. Waktu aku 'apply' aku fikir, 'Ah, mampus kau. Kalau aku tak dapat Johor, suka hati kaulah nak hantar aku ke mana. Aku tak kisah.' Oooo..berlagak. Masa itu bolehlah cakap. Waktu masih belum kenal.

Bila ayat-ayat yang dua ini keluar, aku terus menggelabah:

"Belum kahwin kan? Senanglah dia nak hantar ke Sabah, Sarawak."

"Diorang cakap JB agak 'busy'. Hospital kedua 'busy' lepas Klang."

Arghhhhh! Terpaksa aku jilat balik ludah aku. Ludah yang dah bercampur lumut, kulat, habuk, air liur orang lain. Aaaaaa!!!! Aku risau. Sumpah aku risau. Tak ada yang tidak risau melainkan risau-risau belaka. Hari itu Bie risau, aku gelakkan. Sekarang aku risau, aku simpan sendiri sebab takut nak beritahu kerisauan aku. Bila aku punyai kekuatan untuk memberitahu, dengan bersahaja jawabnya, 'Tak payah fikir. Buat penat. Doa jelah.'

Fine.

Baiklah kawan-kawanku yang mulia, yang menganggap aku 'macho', aku benarkan kalian gelak secara berjemaah. Satu, dua, MULA!!

berkursus


Kalau ada kudrat, dah panjang dah taip-an ni. Tapi apakan daya, otak aku payau-payau air tasik gamaknya. Sengal-sengal otak.

Surat dah sampai. Pulau Pangkor dah melambai. Benar-benar panggilan pulau. Aku hanya perlu menyampaikan badan aku ke sana pada hari Isnin ni, dan seterusnya bermulalah episod baru ketidakpengangguran aku. Ya ampun!!! Malas gila nak berkursus ni. Malas nak kerja. Tapi kalian, ketahuilah, antara sepuluh jenis orang Islam yang kejam adalah pemuda/pemudi yang tidak ada kerja dan tidak mau belajar ilmu serta kesopanan. Jadi, mari angkut punggung berat ini ke sana. Siapa tolong angkut, aku kasik upah pasir putih tepi pantai.

OK. Dah tak tau nak taip apa. Kiranya kalian tau lah, lepas ni, kalau aku tak muncul-muncul, aku dah kejung kat hospital. Jadi pencacai yang berjaya. Serius, aku rasa lemau yang melampau-lampau seakan-akan 'rebel' tak mau pergi, bercampur rasa 'nervous' nak naik feri. Aku nak demam macam Kamenlah!

Sekian, terima kasih.

(Rasa macam nak tulis wasiat.)