Monday, April 30, 2007

zaman jahiliyah


Semalam borak-borak dengan roomie dan juga saudara Rohaizat Tahir. Dengan roomie, pasal zaman kanak-kanak. Pasal kartun-kartun kat televisyen yang kami tonton. Bila fikir-fikir balik, aku rasa aku lagi banyak tengok kartun masa dah tua ni berbanding waktu kecil. Antara kartun yang paling rajin aku tengok adalah 'Daddy Long Legs' atau bahasa Malayanya, 'Ayah Kaki Panjang'. Ye, kaki ayah itu memang panjang. Aku selalu ponteng sekolah sebab nak tengok kartun ni, pukul 4 petang, tak ingat hari apa. Sekolah agama yang aku ponteng tu. Selalu gak berimaginasi nak jadi Jerusha 'Judy' Abbott. Hm, tak ingat sangat cerita ni. Tapi pasal Jerusha si anak yatim yang disponsor oleh seorang lelaki untuk belajar sebab dia pandai menulis (writer). Dengan syarat, dia kena tulis surat dekat lelaki tu setiap bulan tapi takkan mendapat balasan dan takkan tau identiti lelaki tu. Tulis surat tu as part of mem'polish' writing skills Jerusha. Dia tak pernah nampak muka sponsor tu tapi pernah nampak bayang-bayang dia dan ye, melalui bayang-bayang tu kaki dia nampak panjang. Lalu dipanggilnya 'Ayah Kaki Panjang'. Mula-mula dia ingat pakcik tua ganyutlah yang sponsor dia. Last-last tau jugak siapa sponsor tuh. Mamat muda yang kacak berambut blonde. Hohoyeah! Kalau aku tak silaplah. Ke imaginasi aku? Rasanya betullah tu. Selain tu, aku suka tengok 'The Bush Baby'. Samalah macam cerita Daddy Long Legs tu, dia adalah anime Jepun yang dialih bahasa. Ada lagi satu, 'The story of Babar', kartun gajah. Tak banyak kartun yang aku tengok kat TV masa kecil. Malahan, jarang tengok TV. Rupa TV macam mana pun tak pasti. Huda pun setuju dia tak tengok TV sebanyak sekarang, waktu kecil dulu.

Main? Mainan apa yang aku main? Huda kreatif. Macam-macam mainan dia main. Dia ada koleksi Barbie. Main lukis-lukis selipar kat kertas, guna benang buat tempat jari selipar, lepas tu pakai. Main shopping-shopping, buat trolley pakai kertas. Dan yang paling aku tak tahan gelak, main kuiz buku resepi. Caranya? Ni memang mainan gila tak de kerjalah. Amik buku resepi mak-mak korang, yang ada gambar hasil masakan. Kena ada dua group dan seorang pengacara kuiz. Pengacara akan tunjuk gambar makanan dan based on gambar sahaja ahli pasukan kena teka makanan tu halal ke tak. Hahahha. Bangang menggila! Kalau tak dapat jawab, pengacara akan kasi klu (clue), contohnya bahan untuk resepi tu ada gelatin. So, jawablah.....'TAK HALAL!!!' Piang kasik mati mainan ni. Hahaha.. Aku pulak, masa kecik-kecik buat patung sendiri. Aku gumpal-gumpal tisu jadi bulat, lepas tu aku masukkan gumpalan tadi ke tisu yang lain. Kalau korang boleh bayangkan, gumpalan yang bulat tu jadi kepala dan tisu yang luar tu aku jadikan skirt. Dapatlah aku 'segumpal' patung. Aku amik penutup mesin jahit National mak aku, buat rumah dia. Mainlah sorang-sorang. Bila dah tua sikit baru dapat 'seorang' Barbie dan 'setangan' Polly Pocket.

Masa kecil, bukan main anti kalau lelaki minat aku. Habis kena sepak terajang. Tak taulah kenapa dan apakah bezanya saraf-saraf dalam otak masa kecik dengan masa besar ni. Short-circuit ke apa, tak tahulah. Tak pernah aku main dengan budak lelaki Melayu. Main dengan budak-budak perempuan Melayu, perempuan dan lelaki Cina saja. Bila Biskutmuka tulis tentang 'My First Mukhsin' aku pun struggle nak ingat siapa first Mukhsin aku. 2 hari tuh...aku fikir. Macam biasalah, risau...takkan takde siapa Mukhsin pertama aku? Abnormal kang pulak nampaknya. Nasib baik ingat. Ada lah rapat dengan sorang budak laki Cina berbulu (jangan pandai-pandai bubuh titik lepas perkataan ni) mata lentik masa tu. Heh, no komen. Umur 9 tahun dah develop agenda amuk setiap tahun. Kadang-kadang cikgu pun aku amukkan. Sampai form 5. Matriks pun ada lagi. Sekarang, diari amuk dah habis muka surat. InsyaAllah. Very 'angry' childhood kan? Ye, aku tau tak pleasant sikap ni dan aku sendiri benci berada dalam situasi tu. Aku ada insight dan tengah try baiki diri.

Haa..Zaman kanak-kanak yang kegelapan. Menjengkelkan. Dapat anak macam aku, sekehkan saja kepalanya.

Wednesday, April 25, 2007

bandi amuk..eh badi mayat..


Nervous nak masuk rumah mayat/mortuary. Dibantai pulak aku kena hantar kat pintu masuk je, registrar aku suruh masuk sendiri. Baiklah. Aku masuklah. Terima kasih sebab hantar saya. Mula-mula masuk nampak registrar lagi sorang baru start toreh dada seorang mayat lelaki. Dah siap pakai boots macam orang jual ikan kat pasar, baru aku masuk betul-betul. Kali ni aku disambut oleh 6 mayat sekaligus. Hamek ko. Semua dah siap dibedah di dada, organ dalaman dalam plastik tapi dalam perut. Ada sesetengah yang tengkorak kepalanya dah kena gergaji dan otak dah dikeluarkan. Ajaib. Aku tak pengsan. Memandangkan ini kali pertama aku masuk ke mortuary. Eh tak. Kali ketiga. 1st, masa arwah kawan aku meninggal accident. 2nd, masa aku tengok seorang wanita mangsa kemalangan di post mortem di Kuala Kubu Bharu.

Aku tengok cam lepak je. Tapi macam biasalah, aku tak concentrate apa registrar aku cakap. Otak aku ke lain. Mata aku ke lain. Aku sibuk dok tengok orang-orang yang kerja dalam mortuary tuh. Cara diorang handle mayat. Aku sangatlah terganggu melihat kerja diorang. Mungkin sebab orang putih tak tau adab menguruskan mayat. Kelentang kelentung mayat-mayat tu dialihkan dari bilik post mortem ke tempat simpanan semula. Makcik kerja mortuary tu pun professional gila menjahit mayat sampai aku tengok diorang ni macam kerja kat kedai 'butcher'. Laju dan efisyen. Aku pun makin lepak sampai aku jadi risau. Ada 2 orang lagi medical student datang lepas aku. Budak perempuan sorang. Laki sorang. Budak perempuan tuh dah pucat-pucat dah. Tapi masa dia masuk, tak macam masa aku masuk. Masa dia masuk, ada 2 je mayat. Sekali dia keluar amik angin. Kali kedua, keluar, tak masuk-masuk dah. Dalam hati tergerak, 'Matilah, aku ni lepak gila duduk dengan mayat'. Rasa abnormal hokey. Minta maaf banyak-banyak. Bukan maksud nak meriak. Sebab boleh je next week aku masuk dan pengsan tak bangun-bangun. Terus koma. Nauzubillah. Satu yang aku ingat, aku taknak dihandle sebagaimana mayat-mayat itu bila aku mati nanti. Maka, beringatlah kalau nak handle mayat.

Dua post mortem aku tengok. Dari pukul 8.30, pukul 1 lebih baru aku keluar. Lepas tu, balik lab. Konon-konon nak tengok slide kat microscope. Tak sempat nak panas punggung, kena panggil naik atas. Tengok otak kena potong. Potong. Potong. Cakap. Cakap. Cakap. Banyak cakap. Tak paham. Dapat satu ilmu CSI hari ni. Susah nak terangkan dalam bahasa Melayu. Tapi yang aku dapat tangkap, satu je. Orang-orang pathology gelakkan cerita CSI. Gelak kemaen lagi. Ok. Sekian~

Saturday, April 21, 2007

catching sunshine


Kalau nak bercerita pasal kehidupan, macam-macam boleh cerita. Tapi cerita apa yang paling kuat terpalit dalam minda kita? Yang kalau kita buat sesuatu, kita selalu terhenti sebab perkara yang sedang kita buat tu ada kena mengena dengan kisah lampau hidup kita. Sedih atau gembira? Subjektif soalan ni. Sebab depends pada situasi kehidupan seseorang tu. Kalau tengah bercinta, mungkinlah dia asyik tersengih saja bila kopek bawang sebab mungkin si boifren suka makan kerepek bawang lantas terus terkenang si cinta hati. Kalau baru lepas kena 'cerai' mungkin pula masa tengah kopek bawang, terus dicincang-cincang bawang tu sampai lumat kerana teringatkan kisah 'break'nya. Iaitu sebab bau badannya macam bawang, maka si boifren pun tinggalkan dia. Tak tahan katanya. Terus jimat duit letrik sebab tak payah pakai blender nak lumatkan bawang.

Kenapa aku merepek meraban pasal bawang ni? Aku pun tak pasti. Tapi yang pasti banyak cara kita nak salurkan rasa jiwa kita (respon). Dan pelbagai pula kesan dalam diri seseorang kepada satu kejadian yang sama. Cara saluran jiwa tu, macam contoh marah kat ex boifren tapi cincang bawang la. Orang macam ni selalunya tak salurkan perasaannya tapi simpan dalam jiwa sampai botol penuh. Lepas tu meletup..KABAABOOM la jawabnya. Contohnya, aku. Kadang-kadang tak payah cincang bawang pun. Muka lepak je tapi hati dalam banyak panas woo. Ada orang yang setiap masalah yang dia encounter dia terus bersemuka dengan orang yang berkaitan dan sort things out. Mungkin ini cara saluran yang terbaik, tapi tak berkesan kepada setiap personaliti dalam dunia ini. Kadang-kadang aku guna jugak cara ni. Cuma instead of cakap face-to-face, aku menulis. Respon selalunya adalah perkara yang kita lakukan pada masa right after kejadian hingga fikiran waras kita kembali..Atau mungkin kewarasan tu takkan kembali semula?

Kesan dalam diri hasil daripada sesuatu kejadian? Ini lebih kepada bagaimana seluruh kehidupan seseorang berubah oleh kejadian yang berlaku. Kita ambil contoh, ayah-ayah kita kahwin lain dan tinggalkan mak-mak kita menangis. Salam pun tak mahu. Jijik benar lagaknya. Seorang anak yang melalui kehidupan macam ni dari kecil, boleh terkesan dengan pelbagai cara yang berikut:
1. benci gila babeng kat bapaknya sampai bila esok besar kompom nak diterajang bapaknya tu..sampai mati
2. buat bodoh dengan bapaknya, benci lelaki in general, dan malas nak kahwin..sampai mati
3. flirt dengan semua lelaki lepas tu dump...sampai mati
4. maafkan bapaknya, doakan bapaknya dibuka pintu hati untuk menyedari segala kesilapan..sampai mati
5. jadi lesbian terus..sampai mati
6. bantai kahwin lain dan tinggalkan bini dijadikan hobi sepenuh masa..sampai mati
7. lari dari rumah
8. lumba motor
9. eksiden
10. mati....

Banyak kan? Manusia diberi pilihan. Untuk respon kepada sesuatu kejadian dan pilih bagaimana harusnya kejadian itu tinggalkan kesan dalam hidup kita. Baikkah? Burukkah? Adakah kita sentiasa nak marah dengan kejadian yang lampau? Atau kita nak maafkan dan let go, supaya akhirnya kita sendiri dapat hilangkan rasa beban dalam diri?


"Don’t be reckless with other people’s hearts, don’t put up with
people who are reckless with yours."

Baz Luhrmann-Everybody's Free (To Wear Sunscreen)

Friday, April 20, 2007

Mencari Mukhsin

Setelah menonton cerita MUkhsin arahan Yasmin Ahmad, saya dan MinCi mahukan seorang Mukhsin juga dalam kehidupan kami.

Secara amnya;

1. Ada 2 tempat kosong - Mukhsin saya, Mukhsin MinCi.
2. Fungsi Mukhsin - menjadi bahu untuk kami bersandar, teman sepermainan.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Syarat-syarat Mukhsin;

1. Lelaki tulen berusia antara 15 hingga 35 tahun.
2. Warganegara Malaysia menetap di Malaysia ataupun UK.
3. Pandai membuat layang-layang.
4. Ada basikal yang dah siap padding supaya mudah untuk kami duduk sama.
5. Mesti rajin melayan perangai kami.
6. Apabila bermain galah panjang, wajib tarik kami keluar dan marah2 apabila dipeluk oleh lelaki lain yang gatal.
7. Tidak berputus asa untuk memujuk.
8. Mereka yang mahu menjadi Mukhsin sayamesti mempunyai body spt Mukhsin dalam filem.
9. Yang nak jadi Mukhsin MinCi mesti buff. :P
10. Suara serak-serak basah mcm baru lepas pecah.

11. Tidak mempunyai ikatan kasih dgn sesiapa supaya saya ada peluang untuk 'berikatan' dengan anda.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Mukhsin saya, silalah hantarkan permohonan anda ke

karpus_8@hotmail.com. Format permohonan;

  1. Nama
  2. Gambar
  3. Sebab mengapa anda layak menjadi Mukhsin saya

Wednesday, April 18, 2007

omsik..omskirk..


Dah habis exam. Alhamdulillah. Malam tadi sebelum tidur, aku terbayang balik Malaysia. Ceh, baru habis exam final year 4 dah kemaruk nak balik kan. Aku terbayang part baru sampai kat KLIA. Abang-abang dan adik lelaki aku yang jemput. Aku pergi dekat setiap sorang, aku cakap "Nak peluk, boleh?" Heh. Diorang cam teddy bear. Rugi woo tak peluk. Sedap.
Last time aku balik Malaysia, abang aku Aril yang jemput. Dia professional dengan sikap tak 'on-time' dia. Kalau nak suruh dia sampai on time, korang kena tipu dia sejam awal dari masa yang ditetapkan. Sebab kalau korang suruh datang pada masa tertentu, sejam kemudian baru dia muncul. Aku tak tipu dia pun masa aku balik Malaysia aritu. Tak ingat pukul berapa aku cakap, tapi yang pastinya dia sampai sejam awal. Dah lah tunggu kapal terbang yang salah. Aku ulang banyak kali kata aku naik Emirates, tapi dia nak juga tunggu Gulf Air. Haa..hamek ko..Pastu, bila aku sampai kat balai ketibaan dia dah ada. Dia bebel dulu sikit. Maklumlah, first time tersampai awal. Lepas tu dia kata, 'Nak peluk sikit boleh?' Yey, dapat peluk. Maka itulah visi dan misi aku bila balik Malaysia nanti. Bila jumpa nanti nak cakap, 'Nak peluk!'
Adik aku pulak mesej pagi tadi. Katanya tiba-tiba rindu. Dia mimpi aku. Aku naik kapal terbang dan berpisah dengan dia lagi.
Arieq pulak tanya, 'Bonda, bila bonda nak balik? April eh? Cepatlah balik. Ummi pun nak balik rumah Mama ni.'
Aku cakap aku tak balik. Aku balik lama lagi, Disember nanti, time birthday Sarra. Dan dekat dengan birthday Arieq. Dia kata lagi, 'Oh, tak ada orang nak hantar bonda pegi airport eh?' Aku gelak je. Kepala korokmu Arieq, airport tuh 8 juta kali pun bonda boleh sampai. Tiket flight bukan free, incik kecik.
Sindrom merindui dan dirindui budak-budak laki keluargaku. Haishh..mau balik ni. Mau lepak sama mereka pegi Genting. Mau makan mihun goreng Mama dikala breakfast dengan telur mata kerbau dengan cili jeruk. Mau peluk teddy bear semua. Mau makan barbecue sama mereka. Mau.. Mau..Mau..Yeh, saya mauk..