Sunday, May 13, 2007

saya tidak pelik


Bilakah ke’panik’an patut menular dalam hati ibu-ibu tentang anak gadisnya? Adakah bila dia tak pernah dengar anaknya berkawan dengan lelaki? Adakah bila anaknya tak pernah mau sentuh atau bercakap pasal relationship atau lelaki? Atau bila anaknya berkata sudah ada kekasih hati minggu lepas, tapi minggu ni dia cakap dia dah break pulak? Dan bila anaknya nampak tak berminat untuk ada hubungan? Atau adakah bila adiknya yang muda 5 tahun dari anak gadisnya sedang bercinta? Atau bila si adik yang muda 5 tahun tadi sudah membawa kekasihnya berjumpa dengan si ibu? Atau bila si ibu dipaksa oleh si adik berjumpa dengan dengan bakal besannya? Atau bila si anak gadis nak cakap bye-bye di telefon, ibunya segera bertanya ‘Dah ada boyfriend ke belum?’ dan si anak gadis dengan cepat menjawab ‘Kasik adik jalan dulu.’? Atau bila si adik angkut ibunya ke Kuala Pilah untuk hadir pada hari pendaftaran matriks girlfriendnya? Atau bila ibunya mula berkata kepada si adik ‘Kau jangan nak gatal-gatal. Kakak kau tu belum ada boyfriend lagi. Kalau kau nak kahwin pun, kena tunggu dia.’? Panik kah? “Anak aku pelikkkk!!!!” Jerit makcik-makcik sambil menarik-narik rambut masing-masing. Makcik-makcik janganlah panik. Makcik-makcik tarik nafas je lah dalam-dalam.

Ya, di atas adalah situasi aku sekarang. Mungkin mama panik, mungkin juga tidak. Sebab mama aku prinsipnya, ‘Jangan paksa-paksa. Bila sampai, sampailah ia.’ Tapi bila consider anak dia yang sorang ni pelik daripada yang berbaki 6 lagi tu, mungkin juga dia nak panik-panik kucing. Aku panik ke? Entah. Kosong je rasa. Tapi dalam situasi aku, menolak bukanlah kerana tak hendak.

Tadi tengok gambar. Pelik bila kau rasa kau dah get over seseorang, tapi bila gambarnya terpampang, memori menyerap balik dalam jiwa. Debar-debar pun masih ada. Haha. Bengong. Tapi kau akan tau bahawa kau dah get over dia sebab bila kau click pangkah kat hujung atas kanan window tu, kau terus tak rasa apa. Jiwa rasa numb. Dan kau langsung tak kisah. Tipu ke? Heh.

Ah, good luck kepada budak-budak yang nak exam esok. All the best. Aku tunggu kalian kat menara gading. Hah, mampus nak layan~

p/s: Lagu bila nak siap pun tak tau. Tak berkembanglah studio ni. Haha.

Friday, May 11, 2007

the pathology people are the greatest people around


" Tadi saya mimpi awak. Dah lama saya tak mimpi awak. Awak main bola dengan member awak yang saya pun member dengan dia. Awak pandang-pandang saya. Saya pandang-pandang awak. Tapi saya tetap jalan terus tuju ke rumah saya. Saya tak berhenti untuk tegur awak. Dan awak pun tak kejar untuk tegur saya. Saya harap ini mimpi akhir saya di mana awak menjadi seorang watak dalam hidup saya."

Habis membuat report dan menghantarnya adalah suatu nikmat yang tak terkata kerana bila report dah berada di tangan supervisor, bayang-bayang katil terus menjelma. Ngantuk membabeng tapi aku gagahkan juga diri untuk tinggal lama dalam bilik pelatih tu. Mula-mula ingat nak blah pukul 3 ptg. Tapi aku postpone sampai pukul 3.30 ptg sebab registrar aku duduk kat sebelah, tak dapat aku nak curi slide mikroskop hasil buatan aku. Tiba-tiba registrar aku hilang, aku pun curi slide tapi masih tak boleh nak tinggalkan bilik tu. Sebab nanti aku tak dapat ucapkan terima kasih aku untuk yang kesekian kalinya. Aku pun buat-buat tengok slides di bawah mikroskop. Belek-belek buku pathology. Sampai pukul 4 ptg, aku tak tahan dah. Registrar aku lagi seorang pula nak keluar dari bilik tu. Kalau macam ni,balik-balik sorang hilang, sorang ada, sorang hilang semula, sampai esok pun aku tak balik. Aku pesan je kat dia, 'I'm going home in a few minutes. If I don't see you later, bye and thanks a lot for everything.' Bila yang itu keluar, yang lagi sorang pun masuk. Aku bungkus mikroskop aku. Cakap bye-bye kat mikroskop. Dan registrar aku menegur, 'Wrapping up your microscope for the last time huh?' Aku sengih saja. Aku pun cakap terima kasih kat registrar yang seorang tu dan berambus dengan hebatnya. Tak silap aku sebelum aku tinggalkan bilik tu, dia pesan untuk consider pathology sebagai kerja aku. Sambil tergelak kecil selepas menyatakan saranan tu. Aku pun gelak dan berambus sekali lagi, kali ni dengan penuh gaya. Terfikir juga, mungkin ada baiknya aku jadi pathologist. Dimana aku tak perlu ada 'human contact' itu. Dimana aku boleh hidup dalam dunia aku sendiri. Dan aku tak perlu risau tentang orang lain. Kerja yang low-profile tapi banyak membantu department lain. Mmm, entahlah. Bila masa itu datang, bila rezeki itu datang, aku akan tau apa kerja yang akan aku lakukan. Bila merancang, tak semua benda akan terjadi. Bukanlah menghalang orang lain dari merancang, tapi biarlah ala kadar dan ingat bahawa akhirnya Allah yang menentukan segalanya. Aku rasa aku akan rindu mikroskop itu. Dan peluang bekerja di department pathology kali ini adalah sesuatu yang memenatkan tapi cukup memuaskan. Oh, dan percayalah bahawa mikroskop aku tak pandai bermain bola dengan membernya.

Tuesday, May 08, 2007

ngaruk


Sedang menunggu hari. Hari yang lapang. Yang tidak mengantuk. Tidak menaip report. Tidak merisaukan projek. Hari yang tak rasa bersalah mengerengkot atas katil lama-lama. Tidak tertekan perasaan. Dan boleh menaip apa yang ingin aku kongsikan. Kerana bila hari itu tak muncul, nak menaip kat sini adalah satu beban. Aku ngantuk. Tolong, padamkan lampu tidur~

Thursday, May 03, 2007

album wasaii...dapatkan di pasaran


berita baik untuk semua peminat "wasaii gangstarz". album mereka telah berada di pasaran bg memanaskan atau mengkucar-kacirkan lagi industri muzik melayu di persada antarabangsa.....album ini memuatkan 2 lagu sahaja..(bajet tak cukup artis manyak lari payment lambat). Dengan adanya kelahiran album sulung ini...ia dapat mengukuhkan lagi label wasaii studio di mata dunia dan juga peminat fanatik artis wasaii di luar sana...huhuhu.....beli album percuma kek dr mereka (homemade).....kek boleh di tuntut di ruamh mereka...so marila kita beramai2 pergi serbu ke rumah mereka bg mendapatkan kek yg lazat itu...dengan syarat anda membeli album ini...rugi sapa yg tidak memilik album ini...

Wednesday, May 02, 2007

nak cuti please!


Bosannya..........................aku nak cuti la wei!! Kasilah aku cuti. Kenapa pertabalan Agong, aku tak dapat cuti? Kenapa hari buruh, aku tak dapat cuti??? Kenapa hari wesak, aku tak dapat cuti jugak? Kenapa? Kenapa? Otak nih penat. Desperatenya...Aku nak cuti. Nangis~