Tuesday, July 31, 2007

nenet


Sebelum aku bergerak menyusuri lorong-lorong gelap untuk ke London, inginlah aku berkongsi dengan kalian akan cerita sains fiksyen aku yang terkini. Bertajuk: NENEK.

'Scene' pertama berlatarkan sebuah lapangan terbang terkemuka tanah air. Aku sedang menunggu untuk menaiki sebuah pesawat. Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang sangat 'familiar' wajahnya; nenek aku. Aku pun berjalan ke arahnya. Wajah nenek aku nampak takut-takut. Aku menegurnya, 'Tok? Buat apa kat sini, tok?' Katanya nak menaiki sebuah pesawat juga. Aku tanya lagi, mahu ke mana. Katanya mengikut seorang lelaki yang merupakan ketua rombongan nenek aku. Nenek aku menerangkan dengan panjang lebar bahawa lelaki itu mahu membawa nenek aku dan rakan-rakannya ke sebuah tempat dimana mereka akan dimatikan secara aman. Kerana pada mereka dunia ini sudah tidak aman lagi. Terlalu banyak kuasa jahat dalam dunia ini. Sah-sahlah aku terkejut, lantas cepat saja aku mem'brain-wash' nenek aku. Aku cakap, 'Dia baik sangat ke? Cuba atok cakap apa benda jahat yang dia tak pernah buat?' Kemudian aku pun meng'list' semua kelakuan jahat yang orang boleh lakukan. Nenek aku hanya menggeleng atau mengangguk kepada setiap kata kerja yang aku sebutkan secara rambang.

Apabila menyedari bahawa dirinya telah di'trick', nenek aku pun mengambil keputusan untuk lari bersama aku. Aku pun mengendong nenek aku disisi kiri aku dan berlari dari balai lepasan itu. Aku terfikir, 'Apa hal aku dukung atok pulak ni? Tolak dalam trolley sudah lah.' Tapi tidak, aku yang kecil terus berlari dan mendukung nenek aku. Dalam hati sekali lagi tergerak, 'Aku akan berhenti dekat tandas yang kedua aku lintasi.'

Seperti yang aku 'plan', aku berhenti pada tandas kedua yang aku lewati. Papan tandanya menunjukkan tandas itu tandas perempuan tapi tiba-tiba bila aku masuk, tandas unisex pula. Pintu tandas itu di'guard' oleh dua super Mario. Aku hanya memandang mereka, dan kemudian mencari-cari tandas yang kosong. Tandas hujung sekali tidak digunakan. Lantas aku memasukkan nenek aku dan berpesan, 'Tok..atok tinggal sini kejap ye. Saya nak check line clear ke tidak.'

Apabila aku keluar, terdapat seorang lelaki yang kelihatan mencurigakan. Dia berpakaian kot hitam dan mempunyai 'ear-piece' telefon, ala-ala FBI. Dia menoleh bila menyedari aku di belakangnya. Dan seperti mana cerita sains fiksyen yang lain, aku pun bertarung dengan agen itu bagi menyelamatkan nenek aku. Selepas menang dalam pergaduhan itu, aku benar-benar pergi untuk 'check line'.

Aku kembali untuk mendapatkan nenek aku dari tandas itu. Apabila aku masuk ke dalam tandas, terdapat seorang perempuan yang berkomunikasi dengan nenek aku. Sikit lagi aku nak patahkan tengkuknya dengan silambam. Tapi berkat tolehan kepalanya pada had kelajuan 50m/jam, aku berjaya mengenali wajahnya. Ya, dia adalah saudara aku. Rupa-rupanya saudara aku telah menyediakan transportasi di bahagian belakang bangunan tersebut. Dan kami pun menaiki kenderaan yang disediakan dan beredar dengan selamat.

Haa. OK tak cerita aku? Hehe. Untuk pengetahuan anda, ini adalah mimpi aku yang diingat secara 'detail'. Part yang aku tak faham, kenapa..aku ulangi KENAPA kena sorok nenek aku dalam tandas??

OK. Nak ke London sekarang. Jumpa lagi dalam masa 3 hari, insyaAllah. Jaga diri, dan peribadi. Heh~

Monday, July 30, 2007

sambutan majlis pemanasan global

OK. Tibalah masanya, aku menunjukkan hasil majlis hari jadi yang tak seberapa. Majlis ini untuk meraikan ulangtahun ke 'tuut-tuut' Aida, iaitu rakan serumah kepada budak-budak wasaii yang gadis.*Gadis lah sangat~


Majlis dimulakan dengan men'trick' sekalian perut yang ada dengan memakan jemput-jemput pada pukul 5.30 petang sebab selalunya pukul 7 malam kami dah makan dinner kami. Aksi ini dilakukan bagi menipu perasaan lapar, supaya semua orang tak merengek lapar dengan cepat. Pada pukul 7 malam, Za mula turun ke dapur untuk memasak. Aku turun setengah jam kemudian dan menghias ruang makan dengan belon dan lilin. Kemudian kami disertai oleh Yun. Meniup belon adalah seperti azab, bila angin yang dihembus masuk ke dalam belon, berpatah balik dan masuk ke perut kami. Kami gelak-gelak. Kang tak pasal-pasal ada orang memerlukan minyak limau cap Yu Yee untuk menghilangkan kembung perut. Dalam hal menggantung belon, sebiji belon berwarna merah meletup betul-betul depan muka aku lantas menjadikan aku pekak beberapa saat dan berasa trauma. Tema majlis ini adalah ROMANTIKA.

Masak-masak oleh Za adalah berupa nasi minyak hujan panas, ayam golek, papodam dah sedia goreng dari kedai, keropok ikan Yun, dan salad serta tomato. 'Syab-bas betta' diucapkan pada mereka atas hidangan yang menakjubkan. Cuma ayam golek, bila kami dah kenyang tergolek baru teringat nak ambil gambarnya. Dan untuk kedua kalinya aku dan Za cuba membuat cheesecake, tapi kegagalan nampaknya berganda dua juga. Haha. Kami berhasrat nak buat kek keju setiap minggu untuk memantapkan tahap profesionalism kami.



Majlis dimulakan pada pukul 11 malam, dengan menghantar kad jemputan terlebih dahulu kepada gadis hari lahir pada jam 10 malam. Kami makan-makan dalam kegelapan sambil takut-takut terkunyah bunga lawang, cengkih dan segala makhluk asing yang ada dalam nasi itu. Sebelum itu, tentulah kami membaca doa makan. Kami makan dan borak-borak. Kemudian, kami lambat-lambat ke dapur mencuci tangan dan menyuruh tetamu duduk di tempat masing-masing semula. Kek kami yang bertajuk 'Pemanasan Global' pun dikeluarkan dari peti sejuk, sedia untuk ditiup oleh gadis hari jadi. Dia berasa teruja dengan kek dia yang cantik. Tapi cantik sekadar pakai mekap. Bukan 'natural beauty'. Kami makan-makan kek, sambil teringat bahawa kami terlupa untuk memberi taklimat di awal majlis, tentang 'fire-exit' kerana majlis ini dikelilingi lilin yang banyak. 'Fire extinguisher' juga tidak disediakan oleh pengendali majlis. Kemudian majlis diakhiri dengan majlis membuka hadiah. Kami bergerak ke bilik masing-masing lebih kurang pada jam 12.30 tengah malam, iaitu di kala waktu baru saja menerjah masuk ke tarikh sebenar hari jadi Aida: 30 Julai 2007.



Oh, dalam majlis ini juga, bulu tangan aku terbakar dek lilin sebab nak pukul photographer Za yang sibuk amik gambar je kerjanya. See? Bahayakan? Don't try this at home, people. Secara automatik aku mendapat ilham untuk mengaplikasikan cara baru bagi membuang bulu badan. Haha.




OK. Nanti kaya, aku nak buat majlis hari jadi aku besar-besar ajak kalian datang. Heh~

Sunday, July 29, 2007

tamat tahun 4

Woi. Woi. Kesat air mata tu. Aku hidup lagi. Peringatan: INI BUKAN BLOG PERSENDIRIAN.

Woohooo! Tahun ke-4 kami sudah berakhir pada hari Khamis lepas. Pelik bukan? Aku sepatutnya semakin rajin menaip isen-isen baru, tapi tidak. Manusia pelik kan? Bila disuruh sekolah, dia nak cuti. Bila diberi cuti, dia nak pergi sekolah. Bila diberi projek, ditanyanya 'bilalah projek nak tamat'. Bila projek habis, ditanyanya, 'kenapalah projek dah tamat'. Hari pertama cuti, aku dah mula merungut bosan. Aku tidur selama boleh. Laptop, langsung tak aku sentuh. Orang yang mencari aku di YM, hanya sekadar mampu mem'buzz' tanpa mendapat sebarang respon. Entah kenapa, malas. Pelik. Mungkin kerja-kerja remeh yang diberikan sewaktu tidak cuti membuatkan otak aku aktif. Membuatkan aku ada cerita untuk berkongsi dengan orang, membuatkan aku mahu lari dari kerja yang aku lakukan. Tapi, bila cuti...apa yang berlaku? Tidak ada apa-apa. Sekadar duduk, tarik nafas, hembus. Dan ulangkan sebanyak lapan lagi. Tiada apa-apa yang perlu aku jauhi.

Masa 3 minggu ini, memberikan aku peluang untuk mengejar aku yang dulu. Hah? Apakah tahap ke'skema'an ini~

Satu buku yang aku beli lama dahulu, yang aku baca 'on-off' akhirnya berjaya aku habiskan dalam masa dua hari lepas.



Dan aku dalam proses membaca satu lagi buku yang dihadiahkan oleh kawan-kawan, hampir tujuh bulan lepas.



Menghabiskan masa menggunakan internet mencari idea untuk hadiah, resepi cheesecake STROBERI dan ayam golek, serta benda-benda yang sewaktu dengan membuat majlis hari jadi. Kami pun pergi beli belon, lilin, dan benda-benda lah. Entah apa-apa benda, aku malaslah nak cakap kan. Nanti bila rajin, aku tunjuklah hasilnya.

Perkara seterusnya untuk dilakukan adalah mengemas bilik dan menyapu lantai.




Dan bila umur panjang, mungkin mengemas beg dan berambus pergi ke London menonton teater. Itulah motto hidup aku.



Entah kenapa, aku berasa isen ini terlalu hambar sehingga ada aura-aura akan ada orang muntah akibat ke'boring'an. Tapi tulah, aku kan malas kan? Malas nak layan deh.

BORING..BORING..BORING..I wonder what awaits me in London?

Oh ye. Minci

Monday, July 23, 2007

pengantin in pink

Ha. Ini, aku pun tak tahulah elok ke tidak meletak gambar orang kahwin disini. Kepada siapa-siapa yang tidak dapat hadir ke majlis abang aku pada 07.07.07, termasuklah diri aku sendiri, inilah sekelumit gambar yang tidak seberapa yang dapat aku paparkan. Ingatlah, aku tiada ditempat kejadian, dan orang yang berada ditempat kejadian, hanya sibuk mengambil gambar diri masing-masing dan bukan gambar pengantin.

Dipersembahkan hantaran-hantarannya yang bertemakan, warna-warni aidilfitri. Tapi sebab carpet warna-warni, tak nampak begitu anggun.











Oh. Dan kemudian, hadirlah pengantin kan. Persandingan sebelah perempuan.



Ini pula pengantin lama, yang feeling-feeling pelamin itu mereka yang punya. Akibat tarikh persandingan pengantin baru jatuh pada tarikh nikah pengantin lama. Pelamin sebelah lelaki.



Ini anak saudara pengantin. Anak aku lah~



Pengantin lama, masih cuba untuk merembat takhtanya.



Oh. Itulah saja gambar yang aku ada. Pengantin lama saja yang 'inter frame' lebih-lebih. Entah kenapa. Sekian~

Sunday, July 22, 2007

kerash


Peringatan: Ini blog milik Wasaii Studio.

Adakah kalian masih ingat akan jejaka kecil yang menggantikan aku dalam kuiz anti-dadah yang tak mahu aku sertai sebab aku tak baca buku pasal dadah? Jika tidak, sila baca di sini.

Kelmarin sedang aku bersungguh-sungguh menaip report aku, yang ketika itu masih belum siap, kawan baik aku ketika sekolah rendah menegur aku di YM. Dia sedang bekerja waktu itu. Dan berkata,'Tanyalah aku, aku kerja apa'. 'Haa, nak tanyalah ni. Kau kerja apa?' 'Aku tanam orang.' 'Betul ke?' Terbayang aku wajahnya berkerja sebagai seorang pengendali mayat. Sudahlah dia perempuan. Bila aku tanya 'Takkan tanam je?', dia menjawab, 'Sebelum tanam, aku cangkul lah dulu!' Oh, isi penting cerita tiada disini bukan?

OK, kita 'fast-forward'. Katanya lagi, 'Kau kenal W*? Boyfriend kau kan tu?' Aku gelak saja, 'Haa. Kenapa dengan dia?' ' Aku jumpa dia masa dekat Sofitel dulu.' 'Kau buat apa kat Sofitel?' 'Aku kerja part-time lah masa aku baru habis belajar. Mula-mula aku buat bodoh je dengan dia. Lepas tu dia yang datang tegur aku.' 'Oh.' Aku gelak lagi dan cuba mengelak, 'Hensem lagi tak dia?' 'Hensem juga lah. Dia tanya pasal kau. Tanya kau buat apa.' Aku gelak, 'Kau tau ke aku tengah buat apa masa tu?' 'Tahulah, masa tu awal tahun.' Aku tak bertanya lebih lanjut. Aku gelak lagi.

Sebenarnya, apa yang aku rasa? Aku berasa di awang-awangan. Sungguh. Heh, semacam dia tau yang aku mencari dia. Kenapa mencari? Biarlah rahsia.

Membuatkan aku terfikir. Benarkah dia yang menggantikan aku dalam kuiz tersebut? Atau mungkin juga orang lain. Jika orang lain, kenapa nama dia juga yang aku ingat? Hoh?*Konpius

Tuhan, terima kasih kerana memberi aku keberkatan ini~*Blush

Friday, July 20, 2007

mimpi merdeka kejap


Tadi tidur, cuba menghilangkan rasa hati yang aku tak suka. Bila bangun, rasa itu masih ada. 'Shake-it off!' jerkah diri aku sendiri. Yeh, aku rasa aku diambang untuk tidak bergelumang dengan perasaan itu. Berikan aku dua hari. Aku akan menjadi semula manusia terkinja-kinja yang malas mau sedih.

Dalam tidur, sempat bermimpi supervisor aku. Dengan misainya yang lebat dan cermin matanya. Katanya, 'I need to do my Jumaah prayer.' What??

Dalam 'scene' yang lain, kakak aku terlupa akan hari lahir aku. Dan aku menjawab, 'Tak apa long. Ni pun first time jajah terlupa birthday sendiri.' What?? Yeh, mimpi itu mainan tidur. Selebihnya, aku bermimpi pasal 'band'. Sepanjang hidup aku, aku rasa 'band'lah yang selalu aku mimpikan. Semacam ada kesal yang aku tanggung. Aku pun tak pasti.Boleh dikatakan majoriti mimpi aku berkisar tentang 'band'.

Aku juga banyak bermimpi pasal tandas. Aku benci mimpi berada dalam bangunan sebesar stadium yang tiada yang tidak tandas melainkan tandas-tandas belaka. Dengan bunyi air paip yang mengalir, tidak dipulas tutup. Tandas yang kotor dan berlumut. Gelap dan sejuk. Terlalu banyak tandas. Dan aku dalam situasi itu, akan memilih-milih tandas mana yang ingin aku gunakan. Tandas? Kenapa tandas? Dan jika mimpi berada semula di asrama, pasti akhirnya ke tandas juga. Dan bila tiba di bangunan yang pintunya 'posh' dan berlampu lip-lap, pasti akhirnya aku melangkah masuk melalui sebuah pintu yang membawa aku ke dalam tandas juga. Ada apa dengan tandas??? Haishh. Saiko aku dibuatnya. Bermimpi tentang tandas adalah mimpi yang paling menjengkelkan. Kalau anda berani, cubalah mimpikan tandas.

Apapun, aku bersyukur laporan projek aku sudah selamat dihantar. Last minit punya kerja, beb. Banyak rupanya aku tak siap lagi. Dengan pulak aku yang jenis buat kerja 'slow' dan ulang 'edit' berjuta kali. Pulun sampai pukul 7 pagi, tidur sejam. Dan bangun untuk pergi print di 'town'. Dalam tidur masih mencari idea mana-mana yang boleh aku perbaiki. Dengan otak aku yang tak tune tiba-tiba tak ingat nombor 'debit card' aku ketika nak bayar 'printing' dan 'binding'. Demn. Nasib baik tangan ni macam dah biasa tekan-tekan nombor itu. Percubaan kali kedua aku betul. Sekarang kena fikir presentation. Lepas itu, menjadilah aku hamba sahaya yang merdeka. Adakah ini penderaan sempena bulan kemerdekaan? Oh, saya terus insap hokeh~

Acknowledgement:

Saya terhutang budi kepada supervisor saya, Dr. TZM (kau ingat dia motor??), atas penat lelah melayankan budak slow macam saya ini yang tak ingat subjek apa dia amik waktu di matriks. Kepada Dr. Ghazal, dan Dr. Kari-kak-ani (Haha!), terima kasih banyaklah mengajar saya ilmu dan memberi tips-tips tambahan, serta membuatkan saya gelak memanjang. Oh, terima kasih juga sebab kasi saya tumpang kereta selalu. Lagi kepada, rakan serumah saya atas daya sokongan. Kepada sekretariat-sekretariat doktor. Kepada misi itu. Kepada Dr. Robyabrahamlincoln dan bosnya. Oh, aku terlupa nak mention nama Dr. Alek-kirja-keras dan pesakit-pesakit saya yang dimuliakan dalam itu report. Jasamu dikenang. Tak lupa juga kepada kak Alanis, abang-abang Tipe-x, Spider, dan Metallica, atas dendangan lagu dikala saya memerlukan. Sekian. Muchos gracias. Haha~

Aku rasa, aku nak sambung tidur lagilah. Heh.

Thursday, July 19, 2007

soulmate

Aaahhh! Aku takde masa. Kasik korang tengok dan dengar video saja. Natasha Bedingfield - Soulmate



Oi. Oi. Tengok-tengok je buat apa? Nyanyilah sekali..Haha.

Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone

Oh, lagu jiweng rupanya. Aku suka music dia masa pertama kali dengar. Later yeh~

Wednesday, July 18, 2007

loser in the making


Picture source: andreaheimer.com

Aku adalah segumpal daging mati atau terjemahan bahasa inggerisnya 'I am a dead meat'. Demn. Aku yang suka berlambat-lambatan dengan hidupku, dan juga kerja sekolahku, malahan otak juga lambat, dengan hebatnya membuat aksi maut menghantar draft laporan lambat. Maka dapatlah input dari supervisor lambat ye tak? Esoknya nak menghantar baru dapat komenan untuk membetulkan mana nak dibetulkan. Aku patut nangis ke apa? Tapi tadi aku gelak-gelak. Kata supervisor aku kepada nurse yang masuk hantar air kepada kami di klinik siang tadi: 'This girl is causing me trouble.' Aku gelak saja sebab dia pun berkata sambil tersengih-sengih. Sempatkah aku nak hantar laporan yang lengkap? Tengok laporan aku pun bukan macam laporan. Macam LAPORPO ada lah! Dengan tatabahasa tunggang terbalik. Dengan point yang cuba disampaikan tapi tersangkut, tak sampai-sampai. Nanes i~ Berasa kebodohan itu adalah kawan karibku.

STUPID..
STUPID..
STUPID..

Kalian semua sudah siap. Adakah aku patut membenci kalian? Biarlah aku terumbang-ambing sendiri. Jangan dicari, jangan ditanya mana aku pergi. Aku nak emo sorang-sorang.

"As much as I feel the need to shed a tear,
I fear this matter I can't share,
For I feel that they won't care"

Demn yuh, Jet~

Tuesday, July 17, 2007

kelabing

Nota minda. Ini bukan blog aku sendirian, malahan milik wasaii.

Adakah anda dalam situasi:'Demn, abang aku dah kahwin semalam..I am next in the line."? Atau: 'Oh, aku yang sulung. Kalau aku tak start this thing, tak merasalah adik aku kahwin. Mana mak nak kasik langkah-langkah bendul ni.'?

Well, welcome to the club.

Aku stay-up dah bermalam-malam. Mendengar ulang-ulang lagu-lagu Alanis Morisette. Dan bagaikan menyahut nyanyiannya, aku men'tag' diri sendiri untuk membuat survey bertajuk: 21 Things I Want in a Lover. 21 tuh. Haa. Hamek. Merasalah kau buat sampai pitam-pitam. 5 pun kemaen susah lagi nak fikir.



1. Islam, Iman, Ihsan. ('Ni boleh kira 3 tak, incik?''Takde,takde.Ni kira satu pakej')
2. Kelakar.
3. 'Athletic.'
4. Bekas pemain kompang.
5. Hormat mak dia menggila, wajib!
6. 'Family-person.'
7. 'Family' aku suka dia.
8. 'Rock' tapi beriman.
9. Pandai dan 'up-to-date' sebab aku malas baca suratkhabar. Tapi bukan ada 'amazing brain'. Aku nak pandai yang 'wise' please. (Uishh, dah 9 lah!)
10. Masculine yet feminine. (Oh, ini tiru jawapan Alanis Morisette, tapi aku pun nak jugak)
11. Ada 'opinion' sendiri on 'matters'. 'Formed opinion'. Ini sangat penting!
12. Tak 'neglect', tapi tak juga mengendeng. Ada 'space' masing-masing.
13. Penyabar sebab aku ada 'gene' degil dan kepala senget sebelah.
14. Pandai tolong-tolong buat kerja rumah dan bukan raja segala raja. Sekel nak?
15. Kasi aku 'priority' bagi nama anak.(Hahahahhahah, matilah berguling.Tak ada idea,OK~)
16. 'A man, yet still a child.' (Kalau 'child' lagi best ye tak?Haha)
17. Pandai bawak diri (termasuklah cara berpakaian, cara cakap etc.) dan hormat orang tua.
18. 'Addicted' kepada aku. (Hahahahhah..gelak lagi..adeii..ikhlasnya, sakit kepala fikir)
19. Tak kerja keras untuk 'impress' aku. Oi, jadilah diri dikau. Aku akan nampak bila aku akan nampak. Atau aku akan salah tafsir, dikau hanya nak menunjuk-nunjuk.
20. Tidak sentiasa rendah diri, tapi masih ada rasa itu. Tapi tak besar kepala juga.
21. Tidak cuba mengubah aku menjadi orang yang aku tak suka kecuali untuk kebaikan aku. Tapi untuk itu, kenalah pandai untuk me'rasional'kan aku. Sila 'make sense'~


Yey! 21! *Tepuk-tepuk bahu sendiri. Jenuh tu, berfikir.

These are 21 things that I want in a lover
Not necessarily needs but qualities that I prefer
I figure I can describe it since I have a choice in the matter
These are 21 things I choose to choose in a lover

I'm in no hurry I could wait forever
I'm in no rush cuz I like being solo

There are no worries and certainly no pressure in the meantime
I'll live like there's no tomorrow

Untuk lirik penuh, klik sini. OK. Next yang wajib menjawab adalah:

Orang yang ada lover berbentuk jin iaitu minci, dan orang yang ada lover berbentuk orang iaitu fizatul.

Tapi kalian yang berasa nak buat, amatlah dialu-alukan. Ahli kelab ke. Bukan ke. Kelab ragbi ke. Kelab malam ke. Waima kelab kaunseling dan kerjaya pun dialu-alukan. Takpe, Aiman tak kisah~

Sunday, July 15, 2007

interview pengganas



Picture source: istockphoto

Hinnsshh...hinsshh.. Tengah amik 'mood' untuk menjiwai watak aku sebagai seorang pelajar. Apabila ditanya apa watak dia, aku menjawab, "Ah, pelajar yang berwatak esok-nak-kena-hantar-tapi-report-tak-siap-lagi." *mode ayat dipetik dari Reuters. Maka untuk menjiwai watak, kita kena berjimba-jimbaan dahulu. Supaya the next thing that we know, tiba-tiba report dah siap. Kan?

Masa sekolah dulu, dari aku tingkatan 2 entah kenapa setiap tahun aku dicalonkan sebagai pengawas. Tapi, setiap kali itulah aku menolak. Sekolah rendah jangan cakaplah. Memang sedia gila kuasa, aku jadi pengawas setiap tahun sampaikan bila aku tak dijadikan ketua pengawas, aku jadi terkilan. Ceh!

Aku selalu menimbang-nimbang perkara yang akan menyerlahkan 'cv' aku dengan benda yang aku tak ingin nak buat. Apabila dicalonkan, kami akan dipanggil untuk di'interview' oleh cikgu. Apa yang aku tahu, setiap tahun ada saja pengawas atau cikgu yang calonkan aku. Entah apa yang mereka nampak pada aku pun aku tak pasti. Mungkin mereka rasa aku tak 'suit' pakai seragam sekolah putih-biru itu. Yang pastinya, aku tak pernah hadir bila dipanggil interview, kecuali interview untuk peluang terakhir, iaitu tahun terakhir alam persekolahan. Aku takut, kalau aku tak datang dan confront mereka, mereka tetap akan panggil aku untuk interview bilamana aku dah masuk matriks, universiti, malahan waktu aku dah bekerja juga. Non-stop. *Perasan~

Aku tak pernah tau apa yang akan mereka soal dalam interview sebegitu. Even dalam interview terakhir tu, belum sempat cikgu mengemukakan soalan, aku cepat saja berkata, "Saya taknak jadi pengawas, cikgu". "Kenapa?" "Sebab, saya tak rasa saya boleh bawak tanggungjawab tu." Cikgu tu masih lagi nak 'convince' aku untuk sandang jawatan tu. Beberapa kali juga aku nyatakan ayat yang sama, sampailah aku melangkah keluar dari bilik temuduga itu. Apa lagi jawapan terbaik yang boleh aku berikan?

Sebenarnya (untuk pengetahuan cikgu), aku taknak jadi pengawas sebab:

1. Pengawas duduk satu bilik dengan pengawas-pengawas yang lain. Walhal member-member aku semua bukan pengawas. Macam mana kitorang nak stay-up sama-sama. Minum kopi, buat sukan berenang dalam dorm waktu junior kami sedang tidur, dan kemudian tidur betul-betul depan pintu masuk dorm?

2. Aku bukan baik sangat. Ada je benda 'haram' yang aku bawa ke sekolah. Menjadi seorang pengawas dan membuat benda yang 'haram' bagi seorang murid samalah seperti aku mem'violate' kuasa. Aku tak suka begitu. Biarlah aku menjadi penjenayah yang membuat jenayah dan bukan pemimpin yang membuat jenayah.

3. Kawan-kawan aku bukan 'angels' di atas muka bumi sekolah tu. Kalau diorang 'fly', hisap rokok, bakar kerusi kelas, panjat dan terjun bangunan sekolah, pergi blok orang lain malam-malam; takkan aku nak report perihal mereka kat diri sendiri dan kemudian ke guru disiplin. Aku akan mencemar 'friendship'. Walaupun aku tak suka, aku juga bukan pe'report'. Hilang kawan kerana jawatan, bukan sesuatu yang aku 'fancy'.

4. Aku tak suka kaler uniform pengawas.

5. Mostly pengawas OK je. Tapi bukan 'league' aku. The thought of duduk satu dorm, pergi meeting sama-sama, buat semua benda sama..entahlah. It was just not appealing to me.

6. Aku suka duduk dorm aku tau. Dah lah bersih, cantik pulak tu. Menang dorm terbersih tau. Taknak lah pindah tempat lain. Tau?

7. Supaya bila ada kawan atau junior yang buat salah, aku boleh tegur saja tanpa ada sebarang 'jawatan' yang menjadi 'boundary' antara kami. Maksud aku, bukan kerana jawatan, tapi aku menegur insyaAllah kerana ikhlas.

Macam mana nak 'explain' kat cikgu tentang jawapan aku di atas. Mau ada kepala kena pelangkung. Akhirnya apa? Aku jadi watak biasa saja di sekolah. Tanpa warna-warna pelik pada uniform sekolah aku. Berjalan, bercakap, dan belajar dengan kawan-kawan yang sama. Satu benda yang aku tak pernah 'regret' dalam hidup ni. Biar 'cv' aku bangang macam sial, asal aku tak payah buat benda yang aku tak nak buat. Ada yang bertanya kenapa aku tak berjawatan. Bila junior yang berada di tempat aku bertanya patutkah dia jadi pengawas, aku jawab, "Kalau rasa nak nampakkan 'cv' cun, jadilah." Dan sampai sekarang aku rasa, biarlah 'cv' aku bangang. Rezeki kita, Tuhan yang beri bukan? Entahlah, mungkin otak aku patut di'tune'. Kalau tak usaha, mana nak dapat rezeki kan? Usahalah apa-apa, asalkan benda yang aku tak rasa berat untuk lakukan dan tak melanggar prinsip aku.

Akhir kata, saya bukan pengawas, tapi pengganas. Malahan mungkin juga mawas. Saya taknak jadi badan pengawas. Saya nak jadi badan saya je.

OK. Dah.

Friday, July 13, 2007

kegelapan statistik

Aku bersungguh-sungguh mau mencari klip video Tipe-X: Melati Aku Benci Kamu. Yeh, Melati, aku benci kamu. Tapi 'disappointing', aku tak berjaya. Malahan diberikan 'suggestion' yang bukan-bukan pula.

Did you mean: malati aku bence kamu, malati aju bence kamu, me lati aju bence kamu, malati aki bence kamu, me lati aki bence kamu, malati aju benicio kamu, me lati aju benicio kamu, malati aki benicio kamu

Malati aki bence kamu. Macam bahasa Sarawak tak Yasmin? Oh, tidak sama sekali.

Bagi mereka yang merasakan statistik adalah menyusahkan dan memeningkan kepala, percayalah kamu tidak sendirian. Dengan lagu iringan, dipersilakan:



Bila ku tak di sini
Tetaplah kau bernyanyi
Dan bila ku tlah pergi
Kenanglah yang terjadi

Pastikan padaku bahwa kamu
Kan baik saja
Karna di setiap mimpiku
Pasti selalu ada kamu

Dengarkan dan rasakan
Lagu yg kuciptakan untukmu
Walau mungkin terdengar gak merdu
Tapi hanya untukmu

Kita pernah bersama di sini
Lalui hari penuh warna-warni
Meski tak seindah pelangi
Tapi kita pernah bermimpi

Percayalah padaku
Meski di gelap malam
Kamu nggak sendirian
Dan semua bintang
Yang ku tinggalkan
Temani kau sampai akhir malam

Dengarkan dan rasakan
Lagu yang kuciptakan untukmu
Walau mungkin terdengar gak merdu
Tapi hanya untukmu

Kita pernah bersama di sini
Lalui hari penuh warna-warni
Meski tak seindah pelangi
Tapi kita pernah bermimpi

Percayalah padaku
Meski di gelap malam
Kamu nggak sendirian
Dan semua bintang
Yang ku tinggalkan
Temani kau sampai akhir malam

Mungkin ini hanya sementara
Mungkin juga untuk selamanya
Tapi nanti jika ku kembali
Engkau harus ada di sini

Percayalah padaku
Meski di gelap malam
Kamu nggak sendirian
Dan semua bintang
Yang ku tinggalkan
Temani kau sampai akhir malam

*Rasa nak joget-joget macam tu sampai pitam. Dan abaikan report.

Thursday, July 12, 2007

akak kaw-kaw


Pernah berada dalam situasi ini?

Setting: Medan selera Maju Junction,KL; bahagian yang ada tempat duduk di 'veranda' untuk orang yang nak 'fresh air' sambil hisap-hisap rokok.

Setelah meng'order' dan membayar air dan makanan di kaunter, aku pun mula nak 'blah'. Akak jual tuh pun dengan manja-manjanya senyum dan bertanya mesra, "Duduk mana, dik?". Ala-ala nak 'bonding'.

Aku pun berkerut, "Oh, saya duduk Bukit Jalil. Tapi asal Johor..."

Akak tu pun gelak-gelak dan mencelah, "Oh, bukan duduk tu."

Aku, "Aa?"

Akak kata lagi, "Duduk meja mana? Nanti akak nak hantar makanan ni kang. Hehe. Takpe. Memang selalu orang jawab macam adik jawab."

~Demn yuh, akak~

Akak ni macam mendapat ilham untuk mempunyai hobi memperkenakan semua orang yang pergi gerai dia, kan? Ramai orang dah kena katanya.*Sigh! Saya tak maulah masuk dalam kategori orang ramai tu. Saya berharap sangat lain kali akak tak membuat muka dan suara ala-ala 'bonding' akak tu. Akak tanyalah dengan kekasaran yang hebat seperti, "Woi!! Kau duduk mana??" Pastilah dengan tepat dan padatnya saya menjawab dengan bibir yang terketar-ketar sambil menunding dengan jari yang menggeletar ke arah meja makan saya, "S..Se..sana, kak..."

Hampir 'kaw-kaw' akak kenakan saya. Akak tak baik tau main-mainkan perasaan orang. Nasib baik saya tak jawab panjang lebar dan sambung bercerita hal keluarga di kampung. Geget betis bunting padi akak,baru akak tau. Warrrgghhpp!

Wednesday, July 11, 2007

kopi dan pria tampan

Oh, I just had to have coffee this morning. Aku bukan peminum kopi. Tapi ex-drinker..ewah! Penyakit tidur aku sangat kronik hingga menggugahkan perasaan realistik aku yang ingin siapkan laporan projek secepat mungkin. Maka aku paksakan segelas kopi pagi tadi. Ber'base'kan susu soya, tambah coklat, tambah kopi separuh sudu kecil dan sebiji 'sweetener'. Kononnya coklat tuh berfungsi me'mild'kan rasa kopi, tapi sama je aku rasa. Strong. Minumlah dalam keterpaksaan supaya aku tak terbongkang di atas katil buat kesekian kalinya. Supaya tak ada 'aftermath' kepeningan, 'straight after' aku gosok gigi dengan seikhlas hati dan berkumur-kumur menggunakan 'mouthwash' dengan jayanya.

Semalam aku tidur 3 jam. Kemudian bangun untuk solat subuh dan sambung tidur lagi sejam. Kemudian terpaksa berangkat ke Manchester untuk menghadiri Foundation Fair. Dalam bas aku ingat dapatlah cover tidur aku yang tak menentu, tapi bas tu asyik berhenti untuk 'pick-up' 'passenger' di perhentian lain. Aku tak kisahlah dia nak berhenti. Masalahnya, setiap kali bukak pintu, pintu automatik tuh buat bising macam lahanat "TEPI, TEPI. PINTU NAK BUKAK. SILA BERHATI-HATI!" Lebih kuranglah terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Aku rasa kerek je. Dan kerusi bas tuh tak sedap untuk tidur. Demn.

Balik dari 'fair', naik bas aku cuba tidur lagi. Dapatlah 45 minit. Sampai rumah, aku tidur lagi 3 jam. Bangun, makan, baca artikel sampai pukul 1 pagi, mata dah mula sambung mengantuk. Tidur-tidur ayam sampai pukul 2 pagi. Solat isyak, sambung subuh. Cuba lagi baca artikel, tapi tak berjaya. Malas nak layan, aku tutup lampu dan tidur selama 6 jam lagi. Waaaahhhhhhhhh. Kemudian, kopi tadilah jawabnya.

Hasilnya? Menaiplah aku isen yang ini. Hahaha. Ni pun masih ada pening-pening sikit.

Oh, aku nak mengambil kesempatan ini mendedikasi lagu bertajuk Pria Tampan, dendangan Tipe-X secara rambang kepada jejaka-jejaka diluar sana terutama sekali Yus, Ejai, Haserol, Jo(entah siapalah ni,haha), Ijad, Bzz, Kasyah dan yang seumpama dengannya [Jet, kau ingat ni rancangan radio??!]. Dengan ucapan: Kalau ada awek 'reject' kalian, percayalah bahawa kalian terlalu tampan untuk mereka. Cakaplah "Maaf, diriku bukan cowok gampangan".



Yeh, sing along bebeh! Oh, maafkan pakcik yang nyanyi, gerak mulut tak sama dengan suara yang keluar.

"Emang lo yakin kalau lo tampan?"

"YAKIN!!!!!"

Err..adakah aku tengah 'high'?

Monday, July 09, 2007

kababoommm!


Perbualan aku yang sekadar inginkan pendapat:

Aku: Bang, kenal ke tak ni. Jajah, ah..
Abang: Hoo.. Ingatkan orang utara mana. Ni keluar nombor 04....
Aku: Nak tanya ni. Apa pendapat abang kalau jajah buat Foundation kat sini lepas grad?
Abang: Foundation tu apa?
Aku: Alaa..yang macam adik kawan abang, Sheeda tu buat tu...
Abang: Aaa.. Kalau tak buat kat sana, nak buat kat mana?
Aku: Buat kat Malaysia lah..
Abang: Berapa tahun?
Aku: Yang ni dua tahun je. Apa pendapat abang? Dengan situasi sekarang ni?
Abang: Situasi apa?
Aku: Eisshh..Tak baca suratkhabar ke? Situasi doktor bom-bom tu lah. Mungkin nanti susah nak dapat working visa.
Abang: Haa.. Ikut sukalah. Dah alang-alang, sambung je lah.Try dulu. Kalau tak dapat, barulah fikir lain. Haa..Kalau nak specialise pulak? Berapa lama?
Aku: Ikutlah nak specialise apa. Ada yang 5 tahun. Ada yang 7. (Aku main bedal je jawab. Entah betul entah idak. Haha)
Abang: Woooaaahhh.. Lamanya. Tak kahwinlah kau. (Sambil gelak-gelak). Jajah umur berapa sekarang?
Aku: Ceh..23
Abang: Abislah adik kau langkah bendul! (Sambung gelak lagi)
Aku: Haah, yelah kot.
Abang: Haa..tapi dia ada 5 tahun lagi nak abis belajar...(dan seterusnya)


Haisshh! Piang-piang! Tambahan side-kick sekali! Lain aku tanya, lain pulak isu yang dia bawak berbincang panjang. Pening-pening. Kalau semua orang yang aku nak mintak pendapat tanya macam ni..mau tak berasap telinga? Sekel kepala satgi~

entah apa nak kasi tajuk ni ha


Ni kenapa ni? Aku dah berapa hari tak update, masih jugak aku yang kena taip isen. Mana budak wasaii ni? Nak kena ketuk? Betul-betul taknak kasik aku k****n lah ni. Demn you all. Haha.

Aku sebenarnya dah tiga hari tak bukak laptop. Dia kata dia penat. Dia nak holiday. Oh, laptop yang kata, aku tak kata. Sepanjang dia holiday, aku ikut holiday sama. Tidur semena. Tak ada yang tidak tidur melainkan tidur-tidur belaka.

Apa lagi? Aku ada perasaan nak maki orang pada hari Khamis lepas. Aku nak cakap kat dia aku dah give-up dengan dia dan aku 'mean it'. Aku rasa nak buka pekung kat dada dia. Tapi sebab aku insomnia dan penat, aku tak larat nak maki. By the time aku ada kudrat nak maki semula, marah aku dah hilang. Malahan, aku rasa nak doakan kebaikan dia pula. Dan tetap terus 'kisah'. Alhamdulillah, Allah hentikan niat buruk aku.

Lagi? For the first time in years, aku teringat semula kisah arwah Asiyah dan ia berjaya membuatkan aku menitiskan air mata. Entah kenapa setiap satu bibit-bibit sedih yang menyelubungi aku dan kawan-kawan ketika itu, menerjah kembali dalam ingatan. Teringat panggilan telefon yang memberitahu aku, dia telah pergi. Terus kuajak mama singgah ke hospital, sebelum pulang ke asrama. Terbayang wajah arwah yang kulawati di bilik mayat. Aku antara mereka yang terawal melihatnya. Terbayang wajah rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Terbayang karenah aku yang menangis dalam pelukan guru Sejarahku. Teringat lagi teguran rakan yang mengatakan aku nampak pucat, sebaik tibanya aku di sekolah. Tiba-tiba aku mengganti dirinya sebagai ketua tingkatan. Murung dan suram kelas kami memang tidak dapat dibendung sehingga setiap guru yang masuk mengajar terpaksa memberikan kata-kata semangat. Semua merasa kehilangan. Apa yang dikatakannya kepadaku buat terakhir kali adalah secara tiba-tiba dan tidak aku sangka. Seakan mengetahui karenah aku yang sentiasa rasa 'insecure' terhadap diri sendiri. "Tak kisahlah apa orang lain nak kata. Tapi aku rasa kau lagi cantik dari kakak kau." Ikhlasnya, bukan puji yang aku cari. Yang pasti ayatnya bukan rigid tapi subjektif, seakan dia cuba berpesan kepadaku agar menjadi orang yang positif. Dan selepas itu, dia hilang. Di sekolah, kadang-kadang aku menjengah ke dormnya, yang boleh kulihat dari tingkap dorm aku. Sekadar membayangkan wajahnya tersenyum, melihat aku dari pintu itu.

Al-Fatihah~

*Gambar: Kredit kepada Bin Gregory Productions. Harap halalkan.

Wednesday, July 04, 2007

ini



Apa ini? Ini adalah kotak putih yang kosong. Jika anda perhati betul-betul anda akan nampak:

1. Kotak biru dengan tulisan 'polygonz art studio' dan bubble-bubble putih.
2. Diikuti dengan keluarnya teddy bear, benda-benda pelik, dan pensel, berserta nama 'Jay'.
3. Kemudian jatuhnya perkataan 'graphic' di sudut kanan anda.
4. Dan diakhiri jatuhnya perkataan 'studio' di kiri anda.

Tak percaya? Tanya Ijad. Hahaha.. Saya tak pandai jugak nak letak montaj awak ni. Siapa tau? Angkat kaki please~

Monday, July 02, 2007

survey saja kerjanya


Ye. Inilah hobi masa lapang aku yang meraban. Membelek-belek Friendster dan melihat apa survey yang ada. Dan menjawabnya dengan sepenuh jiwa ragaku. Ish..ish..ish..

1. The phone rings. Who do you want it to be?
Entah eh? Yang pasti aku taknak jurujual ke, orang syarikat telefon yang call.

2. When shopping at the grocery store, do you return your trolley?
Tak selalu, tapi kebanyakkan masanya aku pulang balik trolley. Ye ke? Amnesia kejap.

3. If you had to kiss the last person you kissed, would you?
Apeka soalan ni? Tak paham. Er..aku jawab NO lah.

4. Do you take compliments well?
InsyaAllah tak akan ada orang kena pukul.

5. Do you play Sudoku?
Tak, tapi I know someone who does. Haha. Aida.

6. If abandoned alone in the wilderness, would you survive?
Entah, aku rasa tak kot. Tak suka ah hutan-hutan. Adventure-adventure ni. Balik rumah makan nasi lagi baik.

7. Do you like tongue ring?
Oh, takpelah. Terima kasih.

8. Did you ever go to camp as a kid?
Kem Bahasa Inggeris masa sekolah rendah. Kat Bandar Penawar, Johor. Itu sajorr~

12. Could you ever date someone with different religious beliefs?
Aik? Dari nombor lapan, pesal engkau tiba-tiba jadi nombor doblas? Kau tak pandai kira ke. Oh, jawapannya, aku takut aku menjadi antara mereka yang sesat.

13. Do you like to pursue or be pursued?
Pursue tu apa? Bukak kamus sat. To chase or be chased ke? Haa..jawapan saya.. Penatlah kejar orang, biar orang kejar aku. Boleh?

14. Use three words to describe yourself at the moment.
Wangi, bodoh, dan malas. Aku tengah blank sebenarnya ni. Manifesto diri sendiri tiada.

15. Do any songs make you cry?
Hmm..ada gak. Kosong by Dewa. Ye ke? Ikut mood time tulah..

16. Are you continuing your education?
Iye, saya.

17. Do you know how to shoot a gun?
Alaa...tarik je trigger dia. Kan senang. Cuma tak pernah aplikasikan saja.

18. If your house was on fire what would you save first?
Ahli keluarga kami.

19. Who were the last 3 people you shared a bed with?
Em.. Mama, kakak, along dengan Arieq.

22. What colour are your eyes?
Dark brown katanya.

23. How tall are you?
159cm

24. What colour is your hair?
Hitamlah. No perang-perang ni. I Melayu tulen tau~

25. If you could do it over again, start from scratch, would you?
Entah. Tak kot. Aku doubt yang aku akan strive harder if I am given the chance. Live with no regrets.

26. Any secret admirers?
Tak ade.

27. Have you ever taken pictures in a photo booth?
Mula-mula nak jawab tak pernah. Tiba-tiba teringat pernah sekali. Dengan along dan kakak.

28. When was the last time you were at the mall?
Dah 10 hari lepas kot. Demn, hadiah kahwin abang aku masih tak beli lagi. Arggh!

29. Favourite ex?
Ex saya tak ramai. Bilangannya satu saja. Kenakah ada favourite? Bodohkah kau?

30. Favourite Macca's burger?
Macca itu apa? Aku tak tahulah.

31. Favorite ice-cream?
Pralines and cream. Yoasshh!

32. Do you like mustard?
Dulu-dulu macam suka. Tahun ni makan, macam tak sedap pulak.

33. Do you prefer to sleep or eat?
Dua-duanya aku melakukan dengan seimbang. Banyak tidur dan banyak makan. Tapi mungkin aku lebih suka banyak tidur.

34. Do you look like your mum or dad?
Entah. Aku rasa aku anak angkat kadang-kadang. Bila tengok gambar, aku adalah campuran keduanya.

35. How long does it take you to shower
Minimun 20 minit. Lama sekali mungkin 40 minit. Tengok jugak, apa kerja yang boleh buat sambil-sambil dalam shower tuh. Haha.

36. Can you do the splits?
Tak bley. Sakit tau~

37. What movie do you want to see right now?
Aku rasa sangat bernafsu untuk tengok cerita-cerita Stephen Chow yang lama. Lagipun, dia celebrity-look-alike aku, u'olls!

39. What did you do for New Years?
Sambut 'burst-die' aku, if you know what I mean~

40. Do you think The Grudge was crappy?
The Grugde tu apa ha? Filem tu ke? Tak pernah tengoklah!

42. Do you own a camera phone?
Ye, inilah pertama kalinya. Tepuk bahu sendiri. *Pok..pok..pok

44. Was your mum a cheerleader?
Tak, tapi mak saya dulu 'calender girl'. Mak Atam lak model. Tak begitu, Atam? Haha.

45. What's the last letter of your middle name?
Binti is my middle name. Maka saya pilih huruf 'I' sebagai huruf terakhir bagi nama tengah saya.

47. How many hours of sleep do you get a night?
8-9 jam. Kira 6 jam tuh, aku tak boleh 'function' properly lah the next day. 7 takpe. Kira OK lagi.

48. Do you like care bears?
Entahlah. Tak fancy sangatlah. Tak sukalah. Muktamad!

49. What do you buy at the Movies?
Popcorn. Popcorn. Popcorn. Dan lagi popcorn. Tak beli tiket pun takpe. Haha.

50. Do you know how to play poker?
I know how to poke your eyes. Tak, aku tak pandai main apa-apa game. Ikhlas. Kalau rasa nak menang main apa-apa, mainlah dengan aku.

51. Do you wear your seatbelt?
Oh, wajib. Dan suka mengingatkan mak aku pakai tali pinggang juga.

52. What do you wear to sleep?
Malam tadi, kain batik dengan nighties. Haha.

53. Anything big ever happen in your town?
Tak pernah tau lah pulak. Tau amik tau pun.

54. Do you like your hair straight or curly?
Pernah pergi kedai curlkan, bayar juta-juta dan naik kematu punggung aku duduk buat rambut. Bila balik, tidur, esok curls terus hilang. Maka aku bersyukur saja dengan rambutku kini.

55. Is your lip pierced?
Rasanya, tidak.

56. Do you like Liver and Onions.
Liver I like. Onions oso I like. Tapi sudah lama tak makan hati.

57. Is it chico time?
Chico adalah menjelekkan. No chico time for me. Eh, dia cakap pasal mamat Chico X-Factor tu ke?

58. Have you ever been in love?
Adalah, sikit-sikit.

59. Do you like funny or serious people better?
Funny, sebab aku suka gelak. Tapi kena ada serious jugak. Balance lah.

60. Have you ever been to L.A.?
Mengikut firasat saya, tidak pernah~

61. Do you like the rain?
Ye, sekarang musim hujan kat sini. Semalam ada guruh dengan petir, aku sangat excited. Mengingatkan aku pasal Malaysia, teh dan goreng pisang.

62. Ocean or pool?
Dua-dua pun tak berapa suka. Saya tak sukalah ditangkap basah dikhalayak ramai. Tapi kalau ada private punya, aku nak pool please.

63. What's your favourite drink?
Air masak.

64. Do you hate chocolate?
Membenci coklat adalah haram. Haha. Aku suka deh.

65. Are you a gullible person?
Gullible tu apa pulak? Bukak kamus lagi. Easily decieved or cheated? Mm, tak jugak. Aku mungkin otak straight, tapi tak bodoh.

66. Do you need a bf/gf to be happy?
Yelah. Mau sekalian rakyat, sebenarnya...to be happy.

67. Do you have socks on right now?
Ye. Socks aku kaler striking pink. Ada love prints.

68. Are you easy to get along with?
Mula-mula susah kot. Lama-lama, aku OK je.

69. What is your favorite time ?
Aku selalu menanti waktu tidur. Aku suka gelap. Dan aku suka bila dengar bunyi hujan 'landing' pada atap rumah, tanpa ada bunyi lain. Heaven~

Aku nak soalan lagi please~